23

1.6K 65 31
                                    

Alex membuka matanya perlahan-lahan. Suasana bilik yang samar-samar dimasuki cahaya matahari baru terbit menyedarkan Alex hari sudah beransur pagi. Dia menguap sedikit.

Alex tersedar lengan kanannya terasa berat daripada biasa. Dia menoleh.

Sesusuk tubuh cantik sedang lena dalam pelukannya. Alex tersenyum.

Rambut panjang yang menutupi sebahagian wajah gadis itu perlahan-lahan di selitkan dibelakang telinganya.

Semakin jelas wajah tersebut di mata Alex.

Semuanya bagaikan mimpi. Dia juga tidak menduga akan berterus terang dengan Christina tentang perasaannya kelmarin. Semuanya langsung tak dirancang.

Dan hari ni, dia bangun dengan adanya Christina dalam pelukannya. Dia rindukan cinta hatinya.

Alex mendekat bibirnya ke dahi Christina lalu memberi kucupan lembut tetapi lama.

"I love you, i miss you." Ucap Alex perlahan. Matanya tidak beralih dari memandang wajah mulus Christina.

Selepas beberapa detik, Alex mengalihkan tangannya yang berada di bawah kepala Christina. Perlahan-lahan agar tidak mengganggu tidur Christina.

Dia perlu bersiap-siap untuk ke kolej kerana dia ada kelas pagi ini.

Baru sahaja dia duduk di birai katil dan ingin bangun, terasa ada gerakan dibelakang.

Alex menoleh ke belakang.

Christina baru tersedar dan sedikit menggeliat.

"Good morning Sayang." Ucap Alex tersenyum.

"Aaaaa..." Tiba-tiba sahaja Christina menjerit kecil. Alex ikut sama terkejut.

"Apa, kenapa?" Soal Alex risau. Badannya sudah dipusingkan menghadap Christina.

"Jangan pandang, malu." Pantas sahaja Christina menutup wajahnya menggunakan selimut.

"Malu? Kenapa?" Tanya Alex.

"Malulah, muka baru bangun tidur. Tak cantik, sememeh." Balas Christina dari dalam selimut. Alex tergelak.

Perlahan Alex menarik selimut tersebut ke bawah. Pada awalnya Christina melawan, semakin dieratkan pegangan pada selimut.

"Sayang." Panggil Alex dengan nada romantik. Masih mencuba mengalihkan selimut daripada menutupi wajah kekasih hatinya.

Christina akhirnya menurut. Tetapi hanya dibuka sehingga paras hidungnya sahaja. Mata menjeling Alex yang berada disisi.

"Comel je malu-malu." Alex menyentuh hujung hidung Christina. Christina menjegilkan mata tapi tidak dilayan Alex yang masih menganggapnya comel.

"Sayang tak perlu malu, pada biy muka bangun pagi ni natural beauty. Baru lah nampak wajah sebenar seseorang. Sayang cantik, dan sentiasa cantik di mata dan hati biy. Jangan risau okay."  Alex memujuk. Sempat diberikan ciuman pada dahi Christina.

Wajah Christina memerah. Tetapi didalam hatinya merasa terharu dengan pujukan Alex.

"Okay, biy nak bersiap. Ada kelas pagi ni. Sayang takde kelas ke?" Tanya Alex.

Christina mula bangun dari baring, merapikan rambut panjangnya.

"Ada tapi jam 10 nanti." Balas Christina sambil mengikat rambut.

"Nak pergi sekali tak?"

"Takpelah, nanti Shane datang ambil." Jawab Christina tanpa sedar.

Alex diam. Lama.

Barulah Christina menyedari dia tersilap kata.

Dia menelan liur. Terasa berat.

"Biyy..." Baru ingin menyentuh bahu Alex, Alex terlebih dahulu berdiri dari katil.

"Nak mandi, dah lewat." Alex terus mencapai tuala pada penyidai dan memasuki bilik air yang terletak didalam biliknya. Meninggalkan Christina diatas katil sendiri.

"Aduh..." Christina menepuk dahi. Memarahi kesalahan diri.

******

"Morning." Sapa Shane dengan senyuman sebaik Christina duduk di bahagian penumpang sebelah pemandu.

"Morning." Balas Christina ramah. Tali pinggang keledar ditarik sebagai langkah keselamatan.

"Boleh gerak?" Tanya Shane.

"Ha boleh-boleh."

Shane mula menggerakkan kereta memandu keluar dari kawasan apartment yang diduduki Alex dan Christina.

"Emmm...next week ibu dengan papa ada nak buat makan-makan. Ibu ada kata nak jemput mummy dengan daddy sayang sekali. Ibu nak kenal-kenal dengan parent sayang."

"Ohhh... boleh-boleh takde masalah. Nanti saya tanya mummy dan daddy."

Christina mula membuka telefon pintar, lalu menekan pada logo 'Whatsapp'

"Bila tarikh?" Tanya Christina sambil menaip sesuatu pada telefon.

"Sabtu depan." Ujar Shane, fokus pada pemanduan.

"Okay." Balas Christina.

Usai menghantar pesanan kepada ibunya, Christina menutup telefon.

"Tapi, kenapa Alex tak inform saya pun pasal ni?"

"Sebab Alex pun tak tahu lagi. Ni ibu baru bagitau saya je. Nanti saya bagitahu Alex."

"Owh...okay-okay."

"Dah makan? Breakfast?"

"Dah sudah, Alex buatkan sandwich tadi."

"Okay. Malam ni kita keluar nak?" Soal Shane, memandang sekilas Christina disebelah.

"Malam ni? Tak dapatlah, Alex dah ajak saya jalan. Kitorang dah set dari minggu lepas lagi."

"Hmmm... Alex lagi." Gumam Shane sendiri.

"Huh?" Tanya Christina, seperti mendengar Shane bersuara hanya tidak jelas butir bicaranya.

"Nope, nothing." Dalih Shane pantas.

Tangannya memusing stereng untuk memasuki kawasan kolej. Kereta diperlahankan mencari tempat parking.

Hanya suara radio yang kedengaran diantara mereka berdua.

Usai meletakkan kereta, Shane mula mematikan enjin. Christina pula sudah mula melangkah keluar dari perut kereta. Kemudian diikuti Shane.

Mereka berjalan beriringan kearah bangunan fakulti. Beberapa orang  memandang mereka, almaklumlah Shane terkenal sebagai kapten bola keranjang kolej. Christina pula disebabkan oleh kecantikannya.

Mereka merupakan pasangan yang disebut-sebut selalu kerana sama cantik sama padan.

"Tu Alex kan?" Tanya Shane memandang ke satu arah.

Mendengar sahaja nama Alex, mata Christina pantas mencari kelibat Alex.

Christina terpempan.

Hatinya terasa pedih.

Alex ...

Alex sedang berpelukan...

Dengan Aimi...

Sangat rapat dan erat...









Comment vote ya....sorry atas kelewatan.

Mood tak okay, mood down balik😂...maafkan author ya

Maaf juga sbb chapter ni pendek, hrp dpt lepaskan rindu korang dekat Alex

Never and Always (GxG) Where stories live. Discover now