16

2.5K 111 90
                                    

ALEX P. O. V

Aku melantunkan bola diatas gelanggang simen. Berkali-kali. Sebelum mencuba untuk memasukkan bola ke dalam jaring.

Srap!

Masuk.

Aku berlari mengejar bola yang sedikit menjauh.

Sekali lagi, aku melantunkannya diatas simen. Sesekali aku membuat 'trick'.

Sudah 3 bulan aku tidak memegang bola. Lepas gian. Walaupun sebenarnya tak berapa digalakkan oleh doktor. Tapi apa aku kisah.

Minggu lepas baru simen aku dibuka. Rasa ringan tangan ni. Dan hari ni aku dah cuba bermain, sambil bagi latihan sikit pada tangan ni. Dah lama sangat keras, tak bergerak.

Kepala aku menerawang, teringat kejadian tempoh hari. Aku dengan Christina.

Usai sahaja memberikan aku kucupan mengejut itu, dia terus berlalu pergi. Masuk ke dalam biliknya. Tinggal aku yang masih terkaku, terkejut.

Dan selepas beberapa hari, Christina melayan aku seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara kami.

Aku menyentuh bibir aku.

Masih terasa lembutnya bibir Christina, kemanisan bibirnya.

Cepat-cepat aku menggeleng.

"Tak boleh, tak boleh. Dia Shane punya." Aku bercakap sendiri.

Bola keranjang kembali aku lantun kan.

"Dia milik Shane. Kau jangan cari masalah Alex." Berkali-kali aku mengingkatkan diriku perkara yang sama.

Aku melompat sedikit lalu menolak bola kearah lingkaran bulatan yang berjaring.

Srap!

Sekadar terkena jaring, namun tidak masuk. Aku mengeluh.

Tumpuan aku terganggu.

Bola yang melantun, dan semakin menjauh aku biarkan.

Aku duduk di tengah gelanggang. Melepaskan lelah. Peluh yang mengalir turun dari dahi aku lap menggunakan lengan baju.

Perlahan-lahan aku membaringkan diri. Memandang langit.

Mujur waktu petang seperti ini tidak panas terik. Dan gelanggang ini sedikit terlindung daripada cahaya matahari disebabkan oleh bangunan Apartment yang tinggi. Kawasan riadah ini juga tidak ramai orang. Mungkin masih di tempat kerja dan budak-budak  bersekolah.

Aku memejamkan mata. Menghayati angin bertiup yang mengena pada kulit. Nyaman.

Aku melepaskan keluhan, lega.

Cuba untuk mengosongkan otak. Dari memikirkan kerja, assigment dan...

Tiba-tiba aku perasan suasana sedikit gelap. Aku mengerutkan dahi.

"Alex." Suara Christina menarik mata aku untuk terus terbuka.

"Kenapa tidur dekat sini?" Soalnya.

Cepat-cepat aku mendudukkan diri semula.

Christina ikut duduk di sisi aku. Dia menghulurkan bola keranjang milik aku. Pastinya dia kutip semasa mahu menghampiri aku.

Aku menyambut.

"Thanks. Bukan tidurlah, saya rehat jap." Beritahu aku.

"Owh... Ingatkan nak tukar angin, nak tidur dekat gelanggang ni." Ucap Christina seraya tergelak.

Aku senyum.

Bola yang berada di tangan, aku putar-putarkan diatas simen.

"Dah habis kelas ke?"  Soal aku, memandang sedikit kearah Chrisitina.

Never and Always (GxG) Where stories live. Discover now