3

2.5K 118 4
                                    

Christina P. O. V

"Hebat juga adik Shane tu main kan, sama hebat macam lelaki." Vanessa bersuara. Aku pula tidak lepas dari memandang permainan bola keranjang tersebut. Tengok game atau tengok pemainnya?

"Wow, tengok tu! Dia skor 3 point. Betul-betul hebat. Patutlh dia boleh join budak lelaki main." Vanessa beriaksi teruja sambil menepuk tangan.

'Sudah tentu hebat, dia tu atlet bola keranjang sekolah dulu. Sampai peringkat kebangsaan.' Aku bercakap didalam hati. Anak mata aku tidak trlepas dari memandang pergerakan Alex yang lincah didalam gelanggang.

Sekejap keatas, sekejap kebawah. Malah mampu membuat beberapa trick untuk mengelirukan pasukan lawan. Shane juga tidak kurang hebatnya. Senang kata, gabungan mereka berdua menjadikan pasukan mereka mendapat mata dengan lebih mudah dan cepat.

Piiittt!!

Bunyi wisel menandakan perlawanan telah tamat. Shane dan rakan-rakannya memenangi perlawanan tadi. Meskipun sekadar perlawanan persahabatan, namun cukup sengit sekali. Shane bersalaman dengan pasukan lawan sebelum mereka beredar meninggalkan gelanggang.

Kelihatan Shane bercakap sedikit kepada ahli kumpulannya sebelum mereka turut bergerak meninggalkan gelanggang.

Alex yang baru berjalan mahu meninggalkan gelanggang, tiba-tiba ditarik oleh Shane untuk mengikutinya. Bahu Alex dipaut lalu ditarik kearah aku dan Vanessa. Shane tersenyum ceria.

"Congrats Shane, Alex." Ucap Vanessa bertepuk tangan.

"Thank you." Balas Shane dengan Alex serentak. Aku tidak lepas dari memandang wajah Alex. Rasa rindu yang tidak pernah terpadam kembali membara. Wajah Alex serius sahaja memandang aku.

"Tina, tak nak ucap tahniah ke?" Vanessa menyiku aku disisi. Aku trsentak.

"Oh hah, tahniah." Ucap aku dengan suara dibuat Ceria. Semakin melebar senyuman Shane.

"Terima kasih Tina, dan terima kasih juga sebab sudi datang, sudi tunggu sampai game habis." Balas Shane. Alex sekadar berdiam diri.

"Alex, tak sangka awak pun pandai main bola keranjang. Kenapa tak jadi wakil kolej macam Shane?" Soal Vanessa. Oh, baru aku tahu Shane ni rupanya atlet bola keranjang kolej. Patutlh famous.

"Tak boleh, doktor tak benarkan." Balas Alex pendek. Dahi berkerut pelik. Doktor tak benarkan?

"Oh, patutlah. Jadi main tadi tak apa-apa ke?" Sudah seperti wartawan Vanessa bertanya. Salah kos budak ni ambik rasanya, macam tak sesuai ambil kos muzik. Patutnya ambil kewartawanan.

"Tadi tu saja, lepas gian je." Balas Alex lagi.

"Hmm... Alex ni memang pendiam ke?" Giliran aku bersuara. Terus sahaja 3 pasang mata tersebut memandang aku. Shane tergelak. Bahu Alex ditepuk-tepuk.

"Ha'ah, dia ni memang pendiam. Dekat rumah pun susah betul nak dengar suara dia. Orang tanya baru dia bersuara." Shane menjawab bagi pihak Alex. Kontra sungguh Shane dengan Alex ni. Sorang perang, sorang pendiam.

Semakin lama aku pandang Alex ni, semakin aku perasan perbezaan Alex ini dengan Alex yang aku kenal dulu. Diornag ni orang berbeza ke? Tapi takkan muka sama, nama sama? Takkan kebetulan? Aku mula keliru.

Alex yang aku kenal periang orangnya, dan dia anak tinggal dalam keluarga. Dia tiada abang, malah Shane ni pun aku baru kenal. Dan aku sendiri memang pernah kenal ibu dan ayah Alex dulu. Aku salah orang ke?

"Tina... Tina!" Panggil Shane. Tangan diawangkan dihadapan aku. Aku trsentak dari lamunan.

"Awak okay ke?" Tanya Shane, bernada risau.

"Saya okay je, cuma tengah fikir sesuatu je. Tu tak dengar. Awak ada kata apa-apa ke?" Balas aku segan.

"Risau saya. Awak pandang Alex macam nak telan dah saya tengok tadi. Saya tanya, boleh tak saya nak nombor telefon awak? Vanessa dah bagi nombor dia, saya nak nombor awak pula." Terang Shane semula.

"Hah, boleh. Boleh. Takde masalah. Bak sini telefon awak." Aku meminta telefon Shane, lalu menaip nombor telefon aku padanya. Telefon diserahkan semula kepada Shane.

"Thanks. Hmm... Kalau bila-bila saya ajak lepak, korang okay ke?" Tanya Shane.

"Saya okay je." Jawab Vanessa laju.

"Tina?" Tanya Shane, memandang kepada aku. Aku pula melirik kepada Alex. Kelihatan Alex sudah mula memandang kearah lain. Mungkin bosan dengan perbualan kami.

"Saya pun okay je." Akhirnya aku membalas. Shane senyum.

"Okay, good. So, kita jumpa lain kali lah ya. Thanks again sebab sudi datang support tadi." Shane sekali lagi mengucapkan terima kasih.

"Shane, aku balik dululah. Aku ada kerja nak buat." Sekian lama menjadi pendengar, barulah Alex bersuara.

"Okay2, hati-hati balik. Jangan lupa, esok malam ibu suruh balik rumah. Kita makan malam sama-sama." Shane memberi pesanan kepada Alex yang mula melangkah. Alex sekadar membalas dengan menunjukkan thumbs up.

"Alex tak duduk sekali dengan keluarga awak ke?" Aku bertanya setelah Alex semakin jauh.

"Tak, kami memang dah ada rumah masing2. Cumanya saya je yang selalu ada dekat rumah tu. Kadang-kadang je baru dia balik rumah. Biasanya hujung minggulah." Jawab Shane berterus terang. Aku memandang Alex yang semakin menghilang dari pandangan dengan menaiki superbike.





Weeee... Pembaca dh makin ramai. Nasib baik terniat nak promote kat cerita Only you, my love! tu.... Barulah Pembaca makin ramai... Dah tak risau. Sangat..... Thanks kaliaannnn

Never and Always (GxG) Where stories live. Discover now