20

1.2K 72 11
                                    

Christina dan Alex memakai baju yang sama. T-shirt berkolar berwarna merah, dan terdapat logo kolej pada bahagian dada. Pada leher mereka pula tergantung lanyard, dan padanya tertulis nama serta jawatan mereka.

'AJK pendaftaran'

Yup, hari ni merupakan hari pendaftaran bagi pelajar baharu.

Alex dan Christina diantara 10 orang AJK pendaftaran bagi fakulti muzik.
Tugas mereka adalah untuk membantu menyusun atur pergerakan pelajar baharu agar sentiasa terkawal sebelum ke meja pendaftaran fakulti masing-masing.

Selain itu, mereka juga bertugas untuk membantu menjawab setiap persoalan yang diajukan oleh pelajar-pelajar baharu.

"Ramai juga intake sem ni kan." Ujar Christina memandang pintu utama Dewan Canselori. Tidak putus-putus orang berjalan keluar masuk dari pintu tersebut.

"Itulah, penat nak menjawab soalan-soalan diorang. Belum tengahari lagi ni." Jawab Alex, berdiri disisi Christina Rose.

Alex mengenakan baju inner lengan panjang berwarna putih sebagai lapis dalam, berserta seluar jeans berwarna biru. Lengan inner tersebut ditarik sehingga ke paras bawah siku.

Christina Rose pula hanya mengenakan Tshirt merah berkolar tersebut, dipadankan dengan seluar jeans hitam. Rambutnya yang panjang, diikat kemas.

"Tapi takpelah, yang penting dapat skip kelas." Tambah Alex tersengih.

"Amboi, rupanya join sebab nak ponteng kelas. Lain dah niat tu." Christina menjeling. Alex tertawa menampakkan giginya yang tersusun rapi.

Suasana yang sedikit riuh di satu kawasan menarik perhatian Christina. Beberapa orang kelihatan berkumpul pada kawasan tersebut.
Orang-orang berhampiran pula memandang, dan ada yang berbisik-bisik.

"Ada apa tu?" Soal Christina cuba untuk melihat disebalik tubuh-tubuh yang menghalang pandangannya.

"Pergilah tengok." Arah Alex. Christina pantas menggeleng.

"Tak nak lah, nanti siapa yang nak jaga sini." Balas Christina.

"Alah kejap je, saya cover lah kejap. Dah pergi tengok."

Christina memandang

"Betul ni?"

"Pergilah." Alex mengangguk, dan tersenyum. Tanda mengiyakan.

Perlahan-lahan Christina menapak kearah tempat yang menjadi tumpuan beberapa orang sebentar tadi.

*******

"Thank you." Ucap orang yang entah ke berapa.

Senyuman manis tidak lekang dari bibir. Menampakkan lesung pipit yang agak dalam.

Baru sahaja masuk pintu dewan, dah diserbu beberapa orang yang tidak dikenali. Meminta izin untuk bergambar dengannya.

Namun dia tidak sedikit pun kekok. Malah dengan ramah melayan permintaan peminat-peminatnya.

Usai sahaja orang terakhir bergambar dengannya, dengan pantas anak mata berwarna Hazel tersebut mencari tempat, tujuan utamanya ke sini.

'Mendaftar'

"Hai, Aimi betul tak?" Tegur seorang gadis berbaju merah. Lanyard yang tergantung pada leher gadis tersebut, dibaca.

'Christina'

"Hai, ye saya." Aimi masih menampakkan lesung pipitnya.

"OMG, tak sangka boleh jumpa awak depan-depan. Saya minat sangat semua video cover song awak." Puji gadis bernama Christina.

Never and Always (GxG) Where stories live. Discover now