22

965 71 30
                                    

Author P. O. V

"Hai, boleh saya join?"

Serentak enam pasang mata memandang kearah gerangan yang bersuara.

Chris, Zane dan Ikmal nampak terpinga-pinga. Terkesima melihat dia yang menegur.

Hanya Shane, Alex dan Christina yang tersenyum mesra. Namun yang terlebih dahulu berdiri menyambut adalah Alex.

Christina memandang Alex pelik.

"Guys, kenalkan ini Aimi."

Serentak Chris, Ikmal, Zane menghulurkan tangan ingin bersalaman. Bergegar meja dibuatnya.

Shane dan Alex tergelak melihat gelagat 3 sahabat baik mereka. Pantang nampak perempuan cantik mesti berebut. Begitulah reaksi mereka semasa Shane memperkenalkan Christina dulu.

Mujur bila Christina sudah menjadi milik Shane, tak ada perangai kawan makan kawan.

Aimi menyambut lembut huluran tangan mereka.

Alex memperkenalkan mereka seorang demi seorang.

" Yang kiri ni, Ikmal. Tengah Chris. Yang itu Zane." Aimi tersenyum manis menyapa mereka.

"Ini abang I, Shane..." Aimi berjabat tangan dengan Shane.

"Dan ini..."

"Christina, girlfriend Shane." Sebut Christina sendiri tanpa sempat Alex memperkenalkan.

Alex terdiam.

"Hai, we met masa pendaftaran haritu kan?" Aimi sedikit teruja ketika berjabat tangan dengan Christina. Christina tersenyum canggung.

"Yeah." Christina membalas perlahan.

"Jemputlah duduk, makan sekali." Jemput Shane. Aimi masih dengan senyuman manisnya.

Alex beralih sedikit dan memberikan tempat yang didudukinya tadi kepada Aimi.

Beg sandang yang dibawa Aimi, dicapai oleh Alex perlahan lalu diletakkan pada kerusi kosong disebelahnya. Aimi tersipu malu dengan layanan yang ditunjukkan oleh Alex.

Christina memandang gerak geri mereka berdua dengan cemburu.

"Okay aku nak bagitahu, Aimi ni famous tau." Alex cuba membuka cerita.

"Kami tahu lah, masa mula-mula dia tegur lagi kami dah tahu. Ingat kami ni macam kau, tak tahu isu semasa?" Sampuk Chris. Alex tersengih.

"So, Aimi ni junior kami lah kan? How was your class? " Giliran Ikmal pula bertanya.

"Okay, cuma tak seperti yang dibayangkan sangat lah." Balas Aimi ramah.

"Owh, biasalah tu. Awal lagi. Tapi nanti kalau ada nak minta tolong, bagitau je abang." Tambah Ikmal tersengih.

Chris dan Zane sudah membuat gaya mual mendengar Ikmal membahasakan dirinya 'abang'. Tubuh Ikmal ditolak-tolak mereka.

Alex tergelak. Begitu juga Shane.

"Straight to the point jelah senang, Aimi suka lelaki yang macam mana?" Tanpa basa basi, Zane bertanya.

Cepat-cepat Ikmal dan Chris membetulkan duduk mereka, cuba untuk menunjukkan sisi maskulin.

Tersipu Aimi dibuatnya. Pipinya memerah

"Korang bertiga, jangan nak lebih-lebih." Shane menunjuk kepada 3 sahabatnya.

"Jangan kacau Aimi, dia Alex punya."
Shane memberi peringatan dalam nada bergurau. Alex ketawa riang dan Aimi pula semakin segan bila Shane menyebut sebegitu.

Never and Always (GxG) Where stories live. Discover now