Alex P. O. V
Telefon bimbit aku bernyanyi nyaring mengganggu lena aku. Aku meraba-raba disekeliling katil dengan mata terpejam. Sebaik sahaja aku capai, aku membuka sedikit mata.
11 pagi.
Aku mngeluh melihat nama pemanggil. Punat hijau aku tekan.
"Hmmm..." Sapa aku dengan suara masih mengantuk. Mata terpejam semula.
"Woi, buka pintu. Membuta lagi kau eh." Suara Shane bergema.
"Kau kenapa telefon aku pagi-pagi ni. Hari ni cuti lah, aku nak tido." Jawab aku malas.
"Kepala hotak kau pagi, ni nak dekat tengahhari dah gila. Buka pintu cepat nak patah tangan aku ketuk pintu rumah kau ni. Aku dengan Tina depan pintu rumah kau dari tadi lagi. Bangun cepat!" Marah Shane. Serta merta mata aku terbuka luas. Bukan kerana Shane marah, tetapi...
Tina...dekat rumah aku?
" Tina...Tina buat apa datang sini?" Tanya aku gagap.
"Adui, kau ni. Lupa ke? Kau yang benarkan Tina duduk sekali dengan kau kan? Kan aku dah cakap haritu. Ni hari ni aku bawa Tina pindah masuk rumah kau." Jawab Shane.
"Bila masa aku benarkan?" Soal aku.
"Kau ni banyak tanya lah, buka lah dlu pintu ni. Dah stengah jam kami dekat depan ni." Marah Shane lagi.
"Hah, Okay-okay. Jap aku pegi basuh muka dulu." Cepat- cepat aku bangun menuju ke tandas untuk membasuh muka dan memberus gigi. Usai mengelap muka, aku berjalan kearah pintu rumah yang masih berkunci. Aku membuka dari dalam.
Sebaik aku buka, terjengul wajah Shane dan juga Tina.
"Sorry, sorry... Aku baru bangun.Jemputlah masuk." Ucap aku. Aku membantu mmbawa masuk barang - barang Christina yang sudah berada diluar rumah aku.
'Aduhai, dah lah aku ni tengah serabai baru bangun tido.' Bisik hati aku sendiri.
"Hmmm... Tina, awak duduk lah dulu. Saya ada benda nak cakap dengan Shane. Kejap ye..." Tanpa apa-apa tanda, aku terus mengheret Shane masuk ke dalam bilik tidur aku...
*****
Christina P. O. V
"Hmmm... Tina, awak duduk lah dulu. Saya ada benda nak cakap dengan Shane. Kejap ye..." Ucap Alex, berlalu bersama Shane. Aku pula... terkebil-kebil diruang tamu tersebut.
Aku melabuhkan duduk diatas sofa. Suasana didalam rumah Alex aku perhatikan. Kecil sahaja rumah ni, biasalah rumah jenis apartment.
Susunan perabot juga tersusun kemas, mungkin kerana perabot nya sedikit sahaja. Ada sofa, ada TV, ada meja kopi, ada kabinet... Senang kata, perabot rumah orang bujang. Cumanya, Alex ni suka menghias. Bukan semata rumah bujang yang kosong.
Kenapa?
Sebab, disetiap sudut dinding pasti ada gmbr pemandangan dalam bentuk lukisan. Yang lebih menarik lagi, pemandangan tersebut merupakan susunan puzzle yang telah siap malah diframekan. Kreatif juga kan. Selain tu, ada juga beberapa hiasan bentuk-bentuk bangunan seperti Eiffel Tower, Jambatan San Francisco dan beberapa lagi diatas kabinet bersebelahan dengan TV.
Kreatif. Berseni.
Alex Dan Shane mendekati aku. Shane mengambil tempat duduk disebelah aku. Alex pula kekal berdiri.
"So Tina... Saya balik dulu ya. Jumpa lagi dua minggu ya. Jangan lupa chat saya." Ucap Shane lalu mengucup pipi kanan aku. Aku terkesima. Shane tersengih lalu berdiri sebelum berjabat tangan dengan Alex. Alex menghantar Shane hingga ke pintu.
"Hmm... Tina, mari saya tunjukkan bilik awak." Ucap Alex. Nampak awkward. Aku menurut. Beg bagasi aku tarik. Alex mendahului didepan aku.
"Ni bilik awak, maaflah. Belum ada katil dengan almari. Bilik ni kosong je sebelum ni. Petang ni kita keluar, kita beli katil dengan almari baru." Ucap Alex segan. Dia menggosok-gosok tengkuknya.
"Hmmm... Sebelum awak bawa masuk barang-barang. Ada baiknya awak bersihkan dulu bilik ni. Saya pun dah lama tak bersihkan. Maaf lah." Ujar Alex lagi. Aku trgelak. Alahai, comelnya...
"Hmmm... Saya masuk bilik saya dulu ye. Nak mandi. Segan pula dengan awak." Alex melangkah perlahan ke belakang sebelum menghilang disebalik dinding. Bunyi pintu tertutup menandakan Alex telah masuk ke dalam biliknya.
Aku memandang sekitar bilik yang kosong. Yang ada hanyalah langsir dan kipas siling serta lampu. Berfikir untuk menghias bilik.
"Oh ya Rose, penyapu, mop baldi... Semua ada dekat dapur lupa nak bagitau." Ujar Alex dan terus menghilang semula. Aku terkaku.
Adakah aku salah dengar?
Alex panggil aku Rose?
Vote n komen... Luv u alll
YOU ARE READING
Never and Always (GxG)
Storie d'amore"Aku takkan tinggalkan kau, NEVER. Dan aku sentiasa Cintakan kau. ALWAYS. NEVER and ALWAYS." - si dia CHRISTINA ROSE... Hubungan yang mendapat tentangan keluarga. Terpisah kerana diketahui mempunyai hubungan sejenis. Terpisah tanpa rela untuk bertah...