12

1.9K 68 29
                                    

Srap!

Alex menjaringkan gol lagi.

Bola keranjang yang masih melantun sendiri diambil. Bola tersebut kembali di 'bum' prlahan, sebelum kembali menjaringkan gol.

Perbuatan sama dilakukan Alex, di gelanggang kolej tersebut. Sendirian. Mahu mengambil angin. Tanpa rakan-rakannya, tanpa Shane Dan tanpa...

Alex mngeluh, sebelum bola tersebut kembali dilontar menuju ke lingkaran jaring gol.

Namun kali ini lontarannya tersasar, menyebabkan bola tersebut melantun kearah lain... Alex mngeluh kuat.

Sebaik berpaling hendak mengambil bola tersebut, Alex trdiam...

"Sorang je? Mana yang lain?" Soal seseorang, sambil bermain-main dengan bola keranjang milik Alex ditangan. Terdapat empat orang lagi berada dibelakang lelaki itu sambil memegang batang kayu pada tangan mereka.

"Shaw, jangan ganggu aku. Aku tak nak buat hal." Arah Alex.

Orang yang dipanggil Shaw masih bermain-main dengan bola Alex sambil tersengih.

"Tak nak buat hal? Habistu, sebelum ni kau tak fikir pula bila korang buat hal dengan aku." Shaw membalas sinis.

"Kau yang buat masalh sendiri, kitorang cuma buat benda betul. Dah memang dalam peraturan, atlet tak boleh guna barang terlarang tu, kau tetap guna juga." marah Alex. Cuba untuk menegakkan kebenaran.

"Masalhnya, sebab korang lah aku tak dapat join sukan. Biasiswa aku kena tarik balik. Sebab korang lah!" Teriak Shaw. Bola keranjang dilontar cukup deras, kerana trlalu marah.

Hampir sahaja mengena wajah Alex. Mujur dia pantas mengelak.

"Memandangkan, kau sorang sekarang ni.... And kau juga yang sibuk sangat dengan masalah aku..." Shaw jeda. Tersengih sinis.

Alex mula menapak selangkah ke belakang. Bersedia untuk segala kemungkinan.

"Senang kalau aku habiskan hal tu dekat sini..."

Peluh sejuk Alex mula mengalir turun dari dahi...

"Kerjakan dia!" Teriak Shaw.

Mata Alex terbeliak...

*****

"Alex mana?" Tanya Ikmal.

"Ha'ah. Alex mana Shane?" Giliran Zane pula bertanya.

"Mana aku tau, pandai-pandai dia lah nak datang ke tidak." Marah Shane. Rimas bila ditanya soalan sama. Air dihadapan mata, diteguk.

Terdiam Ikmal, Zane dan Chris bila disergah sebegitu.

"Ohhh... Gaduh lah tu." Ucap Zane, tersenyum simpul.

"Patutlh sorang ke utara, sorang ke selatan." Sambung Zane. Masih tersengih.

Shane memandang tajam. Geram.

"Kau nak rasa penumbuk aku, timur ke barat aku bagi kau. Nak?" Shane menggenggan penumbuk, di tunjuk dihadapan Zane.

Zane tergelak, kedua tangan diangkat seperti menyerah.

"Korang kenapa?" Lama berdiam, Chris akhirnya bersuara.

"Takde lah, aku baru je balik semalam kan... Lepas je dia ambil aku, dia terus nak balik rumah bujang dia tu, kata ada kerja... Aku minta dia stay, dia tak nak... Entah apa busy sangat. Bila aku minta Tina pujuk dia, tiba2 je dia marah Tina sampai Tina menangis. Bengang lah aku, aku marah dia balik." Cerita Shane penuh emosi.

"Lepastu terus blah tak minta maaf pun. Chat minta maaf pun takde." Sambung Shane.

" Lah, tu je sebab korang? Benda kecik, gaduh tak brtegur macam budak-budak." Ikmal mencelah.

Shane trdiam sendiri.

" Mungkin betul dia ada kerja nak buat, rushing... Penat lagi, sebab tu dia termarah girlfriend kau. Kau pun nak emo sangat, apahal?" Tambah Ikmal.

" Aku... Hmmm..."

" Sebab dia tak minta maaf? Apa punya alasan kau ni. Macam budak-budak betul. Bukannya dia rampas Christina, jadi awek dia pun. Yang kau nak emo sangat, dah kenapa?" Sambung Ikmal.

" Memang dia sentap lah, kau abang dia... Tapi kau lebih kan awek kau yang orang luar, then marah dia tak tentu pasal. Kalau aku jadi dia pun, aku sentap."

Shane diam... Riak wajahnya menunjukkan tanda mnyesal.

" Hmmm... Memang salah aku. Sorry guys." ucap Shane, bersama keluh kesal.

Serentak itu, telefon Chris berdering menandakan ada pemanggil.

Chris menjawab.

" Yup, kenapa?" Soalnya.

Diam...

Wajah Chris berubah, risau.

"Hah, dekat mana?"

Diam...

"Okay2, thanks." Chris menutup panggilan.

"Asal?" Tanya Zane.

"Alex!" Ucap Chris. Menarik minat Shane memandang kearahnya.

"Alex kena belasah, dekat court."

"What!?" Terus sahaja Shane berlari meninggalkan rakan-rakannya.

*****

Buk!

Alex terbaring.

Kepala, mulut Dan hidung mengalirkan darah. Pipi dan matanya, mulai lebam.

Badannya juga sakit-sakit, kerana dipukul menggunakan batang kayu.

Mata Alex hampir tertutup, tidak bertenaga.

Samar-samar dia melihat bayang beberapa orang berdiri mengelilinginya.

"Puas hati aku!" Telinga Alex menangkap butir bicara tersebut. Namun dia sudah tidak mampu untuk membalas. Trlalu lemah.

"Sial!" itu ayat terakhir yang didengar Alex, sebelum matanya tertutup sepenuhnya.

Gelap. Sunyi.



Nah, hadiah... Hahaha.. Sorry late.. Baru balik Cuti2 malaysia😂😂

Never and Always (GxG) Where stories live. Discover now