Dari pandangan Naina,
Mataku memang tak dapat disembunyikan yang sudah memerah. Aku rasa bersalah sangat pada Ridhuan, pelajarku. Bukan sahaja aku telah melukakan hatinya malam tu, malah secara tak langsung aku sudah memalukan dia.
Air mata baru kini ingin keluar lagi, tapi segera ku tahan. Aku dah serik menangis. Menangis tak akan selesaikan masalah.
Pagi tu, cuaca macam tahu-tahu saja menyamakan dengan mood aku yang muram memanjang. Aku melangkahkan diriku ke kereta ku.
Hujan renyai-renyai pun sudah mula turun, membuatkan aku lebih berhati-hati untuk memandu. Destinasiku hanya berjarak lima kilometer sekarang tapi reaksi untuk berhadapanan dengan Ridhuan masih belum tersediakan.
Macam mana kalau dia benci aku?
Walaupun itu lah yang terbaik buat masa ni, tapi aku memang pentingkan diri sendiri kerna aku tak nak dibenci Ridhuan.
“NAINA, kenapa hidung merah ni?,” sambut Farah yang bergerak ke mejaku. “Mata pun, masha Allah,”
“Selesma,” jawabku mudah. Ya, simpton pelik aku dah buat hal. Asal nangis je, penyakit datang.
"Oh, saya ada ubatnya, jap ya," Farah berlari-lari anak ke mejanya lalu bersusah menyelongkar begnya. Wah, dah tak malu lagi budak ni.
"Hello, clown," tegur Haris. Badut? Ha, mesti sebab warna hidung aku sekarang ni.
"Shut up!," marahku, meletakan dua helai tisu ke hidungku.
Haris tertawa, "Saya ada berita baik,"
“Apa?,” tanyaku acuh tak acuh. Mesti sebab Ayu dia lagi lah tu.
“Cikgu Sam cuti,”
“So? Apa yang baiknya?,” soalku benggang. Tak patut.
“Nah,” kata Farah sambil meletakkan botol kaca berwarna hitam. Saiznya kecil tapi luarnya nampak menakutkan.
"Thanks, Farah,"
"Awak ni Ris, nama je teman lelaki tapi tak tahu nak jaga teman wanita langsung, patut tak ada yang lekat," marah Farah, membuatkan aku tersengih sebelum menelan dua pill dari botol hitam Farah.
"Oh, kami dah lama putus,"
"Apa? Seriously?,"
“Yup,” kataku bersetuju lebih baik beritahu sekarang. Aku tahu aku berbohong. Ya tak baik kan?
“Naina curangi saya dengan anak menteri,” tuduh Haris.
Aku tersedak dengan alasan Haris, membuatkan Haris tergelak bahagia. Farah pulak mengurut-urut belakang badanku. Mana kala aku pulak terbatuk-batuk.
“You idiot! I am not,” kataku membela diri sendiri.
“I knew it,” gunam Farah masih mengurut belakang.
"Awak percaya lah dengan Anjing ni,"
Haris tersengih, "Kucing,"
"Hey, tenang. Jadi, sekarang korang...?,"
"Single," beritahuku laju.
“Double,” beritahu Haris.
“Hah? Siapa yang curang siapa ni?,”
Melihat muka Farah, membuatkan kami berdua ketawa terbahak-bahak.
“Saya tak faham lah,” kata Farah, macam nampak sangat lah muka benggang dia. Aku menggeleng saja.
“Mana suami?,” soalku, mengubah topik.
"Oh, Aaron gantikan kelas cikgu Sam sebab orang tua tu dah demam pulak," bebel Farah. Mungkin tak suka sebab lakinya dah ganti kelas cikgu Sam.
![](https://img.wattpad.com/cover/21913088-288-k634859.jpg)
YOU ARE READING
Oi, umurku 28!
RomanceNama: Iwanaina Matussin. Usia: 28 tahun. Status: Bujang Situasi: Sepatutnya dah jadi isteri orang, tapi tunang 5 tahun aku dah berkahwin dengan Mimi, adik aku sendiri. Memang aku redha, tapi redha tidak akan mendiamkan bebelan mama di rumah. Hampir...