Aku hampir putus nafas bila terasa tanganku ditarik seseorang di lorong sekolah, ketika dalam perjalananku ke bilik guru.
“Ridhuan!,” jeritku tak sengaja bila melihat muka Ridhuan. Tunggu, ini bukan Ridhuan!
Manusia ini menjulingkan matanya.
“Ha, seorang lagi yang sangka saya adik kembar saya,” rungut lelaki serupa Ridhuan. Adik kembar? KENAPA AKU BARU TAHU? “Hello, miss Naina, saya tahu agak rude untuk kita bertemu macam ni,”
“Awak abang kembar Ridhuan?,” soalku, tidak mengendahkan teguran lelaki ini.
“Yup, saya Redzuan,” kata Redzuan, mengenalkan diri. Hmm, dimana aku pernah dengar nama ni ya?
“Oh, macam mana awak tahu nama saya?,“
“From my brother?,” Dia buat muka, ‘daaaa’ dia lah pulak.
“Kalau awak nak cari adik awak, he’s in the class right now,” beritahuku. Pfft, apa? Aku tahu lah dia kemari nak adik dia, maksud aku, apa lagi dia nak buat kalau bukan tu?
“Saya sebenarnya nak cari awak,”
“Ohhh, tunggu, apa?,”
“Let’s not discuss it here, ya?,” pelawa Redzuan. Ya, memang mereka nampak serupa. Tapi personaliti mereka nampak sungguh berbeza.
Berbeza dengan Ridhuan yang nampak kebudak-budakkan dan nampak sangat relax orangnya. Manakala Redzuan pulak nampak mature dan ke-abang-annya terserlah.
“Saya akan temui awak selep-,”
“Bak sini telefon awak,” walaupun cara Redzuan cakap macam tu. Sopan. Tapi dia segera menyelongkar tas tanganku. Oleh kerana kedua tanganku sibuk mengangkat kertas soalan. Aku tak mampu berbuat apa-apa selain..
“Hey!,” jeritku melarang.
“Dah, I will call you tomorrow,” beritahu Redzuan lalu meletakkan telefonku di atas kertasku, belum sempatku berkata apa-apa dia dah pergi. Kurang ajar betul lah.
Hmph, muka je hensem! Tapi perangai fuh!
AKU tak tahu apa aku nak buat bila Ridhuan melayan aku macam ni. Ya, sepatutnya aku bersyukur sebab lepas dari gangguan dia.
Tapi, aku akui memang aku sunyi.
Hari ni dah masuk lima hari kami tak bercakap apa-apa selain dari hai, bye, selamat pagi, ya, tak. Huh.
Redzuan pulak masih belum menghubungi aku. Aku curious juga apa halnya dia nak bincang sesuatu dengan aku? Apa halnya Redzuan, abang kembar Ridhuan! Nak bincang dengan aku?!
Tunggu, adakah Ridhuan marah kat aku sebab aku masih belum selesaikan masalah Hakim? Ya, aku kena selesaikan masalah Hakim supaya aku dapat date dengan Dhuan.
Ha ha ha.
Sejak bila aku nak date dengan Dhuan ni?
Sejak bila aku panggil hang out kami date?
Kusutnya!
“SAYA tak sepatutnya beritahu semua ni kat Naina tapi, oleh kerana Naina guru di sini juga, saya rasa Naina juga perlu tahu,” kata Farah setelah lama ku tekan untuk memberitahuku.
“It’s ok Farah, kalau ada apa hal nanti, saya yang tanggung semua kesalahannya,” kataku.
“Well, we call cikgu Ros, Bunga ok?,” kata Farah, memutuskan nama panggilan cikgu Ros yang baru. “Seperti sedia maklum, Naina tahu kan kelas enam atas repeaters adalah kelas paling nakal di sekolah ni?,”
YOU ARE READING
Oi, umurku 28!
RomanceNama: Iwanaina Matussin. Usia: 28 tahun. Status: Bujang Situasi: Sepatutnya dah jadi isteri orang, tapi tunang 5 tahun aku dah berkahwin dengan Mimi, adik aku sendiri. Memang aku redha, tapi redha tidak akan mendiamkan bebelan mama di rumah. Hampir...