"Herman, awak tahu hari ni hari apa?," soalku pada tunangku. Dia tak lah sekacak mana, tetapi hati ni berjaya dipautnya. Herman mengerutkan dahinya.
"Hari Khamis?," jawab Herman sedikit ragu-ragu. Oh, dia ni nak bergurau lah pulak.
"Ya, haribulan nya?," soalku lagi, come on, ada 5 jam lagi hari ni nak tamat. Tak kan dia masih tak dapat nak agak.
"10hb?,"
Lelaki ni, serius ke dia? Aku menundukkan kepalaku, tahun ni masih jugak dia lupakan tarikh hari jadiku ke?
"Anything special ke?," soal Herman, reaksi wajahnya memang menunjukkan dia tak ingat langsung. Patut ke aku bersuara? Tak. Tak perlu agaknya.
Aku menggeleng laju, "Just checking,"
Herman tersenyum manis, melihatku. Akhirnya satu lagi hari dibazirkan begitu saja. Lagi. Hah, yang parahnya, aku dah biasa dengan sikap acuh tak acuh dia. Pada awalnya, aku fikir.dia saja buat macam tu. Tapi, no. Itu lah sikap sebenar dia.
MATAKU ku paksa buka, ingin cepat-cepat menyudahkan mimpi ngeri yang menyakitkan. Memang menyedihkan. Sudah sebulan aku asyik bermimpi hal yang sama. Tentang Herman dan Mimi.
Agaknya ini lah dia, orang katakan hipokrit. Aku menggeleng laju, ku bangkit segera dari katil. Kalau dilayan sangat emosiku ni, jadi pelakon Mexico lah aku kat bilik ni. Sentimental.
"SELAMAT pagi, cikgu Naina," tegur cikgu Aaron yang sudah awal menghadirkan diri. Eh, awalnya~
"Selamat pagi, awalnya cikgu," kataku, cuba menyembunyikan rasa seronok bila berduaan bersama cikgu Aaron di bilik guru, awal-awal pagi begini.
"Ya," kata cikgu Aaron tersenyum macho. Wow, yup, aku mengaku dia kacak sangat. Dia kemudian meletakkan penyapu ke satu sudut di bahagian bilik guru.
Ya Allah, comelnya. "Cikgu baru lepas membersihkan ke?,"
Pipi cikgu Aaron sudah memerah, aik, kenapa dia macam tu pulak?
"Ya, saya tak suka tengok bilik guru ni tak bersih," hmm, seorang yang mengutamakan kebersihan. I like it. Aku tersenyum lebar memandang cikgu Aaron.
"Bertuah siapa yang dapat cikgu," kataku tetiba terpancul. Esh, mulut aku tak erti nak jaga betul lah!
Cikgu Aaron tergelak kecil, "Masalahnya, tak ada yang berkenan,"
Sikit.. Siiikit sahaja lagi aku nak tawarkan diri, Naina. Sedar diri Naina. Cikgu Aaron sudah mendudukkan dirinya di tempatnya. Eh, jantung ni dah buat hal lah pulak nak berdegup bagai.
Ok, ini janggal.
Sunyi pulak bilik ni, hanya kedengaran bunyi penghawa dingin sahaja memecah kesunyian. Aku, dalam situasi macam ni lah aku kekok sikit.
"Cikgu ok tak?," laung cikgu Aaron tidak memandangku. Aku mempamerkan muka tak faham aku. "Dengan kelas enam atas repeaters,"
"Oh, hmm, macam mana nak cakap ya?," kataku memikirkan ayat yang sesuai. "Agak susah but everything's under control,"
Cikgu Aaron kini tersenyum memandangku, "Syukur lah, nampaknya budak-budak tu kalah jugak dengan cikgu cantik,"
Cikgu cantik, aduh malu pulak aku. Dah dah, Naina jangan nak mengada-ada pulak. Dia tu saja je tu, jangan nak perasan lebih. Kawal gedik tu ok?
"Jangan nak merepek lah, cikgu," kataku. Lebih kepada menyembunyi rasa malu yang dah menumbuh. Aduh, mungkin. Aku dah jatuh cinta lah kat cikgu Aaron. "Ar, cikgu?,"
YOU ARE READING
Oi, umurku 28!
RomanceNama: Iwanaina Matussin. Usia: 28 tahun. Status: Bujang Situasi: Sepatutnya dah jadi isteri orang, tapi tunang 5 tahun aku dah berkahwin dengan Mimi, adik aku sendiri. Memang aku redha, tapi redha tidak akan mendiamkan bebelan mama di rumah. Hampir...