Bab 22

28.6K 1.4K 35
                                    

“Are you sure Naina tak nak masuk dulu? The night still young,” pelawa Ridhuan kali ke tiga dan masih membuka pintu keretaku. Untuk menyakinkanku dengan jawapanku, aku memandang rumah milik Ridhuan.

Yup, masih besar rumahnya walau dipandang beberapa kali.

“No, dah pukul 8.15 dah pun,” kataku sambil mengerling jam digital di keretaku. “And a student like you should dah bersiap nak tidur,”

Ridhuan tergelak dengan nasihatku, “Come on, we both know saya no longer five,”

“Yes, but you act like one,” kataku, tanganku cuba menutup pintu kereta yang masih ditahan Ridhuan.

“Master Ridhuan,” sambut seseorang yang berpakaian uniform di hadapan pintu. Pembantu rumah ke? “Ma’am is looking for you in her room,” mata pembantu rumah ni sibuk melihatku. Dan apa salahku?

“Will be better soon,” kata Ridhuan selepas mengeluh panjang. “Naina boleh stay sini, you know,”

“Cikgu tak boleh, tapi thanks sebab pelawa,” kataku acuh tak acuh. Ridhuan menggunakan muka pleading dia, “Dah, I believe your mom tunggu kan?,”

Ridhuan mengangguk, “Ok lah, assalamualaikum,”

“Waalaikumsalam,” jawapku, tersentak dengan pintu yang ditutup tiba-tiba. Tahu lah kaya, jangan lah nak rosak kereta aku pulak.

Pembantu rumah tahu mengangguk bila tangan Ridhuan mengishyaratkan agar dia masuk dahulu. Ridhuan berpaling lalu melambaiku. Aku lambai kembali.

Bagai baru tersedar, aku menghentikan lambaian tanganku. Why am I waving my 18 years old student?! Ridhuan yang ternampak sedang ketawakan aku.

Tanpa banyak bicara, aku terus memecut keluar dari halaman rumah orang berada ini. Perbualanku dengan Ridhuan tadi terlayang kembali.

“Bila nak cari orang baru?,” soal Ridhuan. Aku menjongketkan bahuku. Tak ada selera nak meneruskan perbualan kami. “Have you ever once think of me?,”

“No,” bohongku laju. Aku tak nak beri harapan pada Ridhuan. Kasihan.

“I see,”

Aku tersenyum dengan reaksinya, mungkin sekarang dia akan patah hati dan bertukar perasaan kat orang lain. Yang secocok dengannya. Yang muda.

“I guess saya akan berkerja keras lagi untuk Naina,”

“Yea-, tunggu, apa?!,” kataku. Hampir-hampir aku menekan pedal brek keretaku tadi. “No... No, you don’t have to,”

“I will,” kata Ridhuan.

Dan beri tepukan kepada lelaki terdegil dunia.

Senyuman terukir secara spontan bila mengingatkan perbualan tadi. Entah apa lah yang akan diusahakan Ridhuan.

“ENOUGH, aku dah tak tahan dengan sikap acuh tak acuh kau ni lah!,” jerit seorang pelajar yang datang dari kelas enam atas repeaters ku.

“Hey, apa hal ni?,” soalku ingin memecahkan pertengkaran mulut mereka. “Izzat, Harun,”

Aku lihat Michael dan Izam di belakang Izzat, manakala Kashim seorang di belakang Harun. Oh, take sides ya. Bila tiada seorang yang menjawap, aku mengajukkan lagi soalanku pada orang yang tertentu.

“Apa yang sebenarnya berlaku ni, kenapa semakin tak terkawal ni, Michael?,” soalku.

“Izzat dan Harun gaduh lagi cikgu, kami dah cuba nak tenangkan mereka,” jawap Michael.

“Ohh, tak, bukan kau jadi batu api ke tadi?,” beritahu Roy yang duduk sebagai penonton bersama yang lain. Rambutnya berwarna biru keputihan sekarang. Itu tak penting, sekarang yang ini dulu.

Oi, umurku 28!Where stories live. Discover now