Bab 40

27.4K 1.4K 118
                                    

Dalam perjalanan balik ke rumah, senyuman tak lekang dimuka. Ya, aku gembira. Walaupun aku tahu, perasaan aku ni salah. Tambahan kat murid aku sendiri.

Tapi aku tak dapat halang.

Memang cinta sepatutnya bahagia macam ni ke?

"Assalamualaikum," laungku setelah berjaya membuka pintu rumah.

"Waalaikumsalam," jawap isi rumah.

"Kamu dah balik ya, Ina?," soal mama yang datangnya dari ruang tamu. Aku bergerak ke ruang tamu.

Tapi aku dikejuti dengan kelibat seseorang yang aku tak sangka dia muncul pada waktu macam ni.

"Hello, Ina," tegurnya dengan senyuman ada makna.

Aku cuba untuk tidak menunjukkan aku jengkel dengan kemunculannya "Hello,"

"Dhuan kata Ina nak jumpa dia kat sini, betul ke?," soal mama. Dhuan?! Ha! Nampaknya mama dan papa dah terperdaya.

"Mungkin," jawabku tapi mata masih tak lepas dari memandang si tetamu yang tak diundang.

"So, saya minta diri dulu ya makcik," kata Redzuan berganjak dari duduknya.

"Eh, apa pulak makcik, masa tu elok dah panggil mama," kata mama lalu tertawa kecil.

"Of course mama," kata Redzuan kini memandangku dengan pandangan yang dia menafsirkan ini semua menyeronokkan.

"Go, pergi lah bermesra kat sana," kata mama, tapi dijeling tajam oleh papa. Aku mengangguk lalu meluru Redzuan ke bilik bacaan kami.

"Who do you think you are?," soalku selepas ku menutup pintu bilik bacaan yang selalu papa gunakan.

"Saja, berlakon jadi Ridhuan, tak sangka your parents tak perasan," beritahu Redzuan lalu bersandar pada meja papa. "It can't help kan? Memandangkan kami mempunyai rupa dan suara yang sama,"

Hampir sama.

"Baru hari ni kamu muncul ya," kataku kini dah memeluk tubuhku. Geram.

"Well, sejak kali terakhir saya jumpa awak, saya sibuk memanjang, tak ada peluang nak temui atau hubungi awak,"

"Oh, tapi ada pulak masa untuk menceroboh rumah orang,"

"Naa, saya hanya minta alamat awak dari-,"

"Please jangan beritahu dari adik awak," kataku dah mengurut kepalaku.

"Pemandu Ridhuan," sambung Redzuan. "Lagipun Ridhuan tak boleh tahu saya jumpa awak selama ni,"

"Why?," kataku kini melihat pada matanya.

"Ini yang saya nak bincangkan malam n," kata Redzuan sudah berdiri rak bersandar sekarang. Matanya penuh dengan fokus melihatku.

"Ok," serius je.

"Stay away from my brother,"

.

.

.

"Apa?,"

"Yes, kami masing-masing dah ada calon isteri kami," beritahu Redzuan. Kaca mata hitamnya yang tadi tergantung di kemeja depannya, dilap beberapa kali tanpa melihatku. "Bakal isteri kami semestinya memiliki segalanya, status, kekayaan, pendidikan dan semestinya kecantikan,"

"Will they make him happy?," soalku serius.

Redzuan memandangku hairan, "Yes, of course,"

"Baik, bila masanya nanti, akan ada waktu Ridhuan dah bosan dengan saya, saya akan lepaskan dia pergi," beritahuku mengenai rancanganku selama ini.

Oi, umurku 28!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang