Bab 3

37.3K 1.7K 99
                                    

Cikgu Aaron yang berdiri di hadapanku pun turut terdiam bila ku menceritakan kejadian yang ku alami bila nak mengajar pelajar Tingkatan Enam atas repeaters.

"Kenapa cikgu nak bersungguh-sungguh?,"

Aku bersungguh-sungguh? Aku tahu, tindakkanku yang melarikan diri tadi memang sangat memalukan dan tak dapat diterima sebagai cikgu tapi, mereka melampau sangat.

"Jadi cikgu nak swap dengan saya ke?," soal cikgu Aaron yang kini sudah duduk berhadapan denganku. "Saya tak kisah,"

"Tak,"

"Hmm?,"

"Boleh saya minta rekod pelajar kelas enam atas repeaters?," pintaku. Tak, aku tak nak mengalah.

"Boleh," kata cikgu Aaron tersenyum.

"Kenapa cikgu senyum?," soalku hairan. Dia lega lah tu, aku tak jadi suruh swap dengan dia?

"Nothing, I just hope, cikgu Naina ni berbeza dengan cikgu yang pernah mengajar sebelum ni," kata cikgu Aaron lalu tekun melihatku. Ok, ini janggal.

"Kenapa dengan cikgu yang mengajar sebelum ni?," soalku.

"Hmm, let's just say that they," kata cikgu Aaron bangkit dari duduknya dan berarak ke arah almari besi di satu sudut bilik. "They gave up too early,"

Putus asa terlalu awal?

"Nah," hulur cikgu Aaron. Aku sambut dengan pantas, kesian nanti tangan cikgu Aaron tergapai-gapai.

Mataku cepat menyemak senarai rekod pelajar-pelajar enam atas repeaters. Mataku hampir tanggal bila terbaca profil pelajar enam atas repeater tertua di antara mereka.

"25 tahun?!,"

"Oh, Hafizan," ucap cikgu Aaron, seakan hafal sudah dengan pelajar enam atas repeaters. "Dia memang dah mengulang habis 8 kali,"

"Hah?! Kenapa tak berhenti je?,"

Cikgu Aaron memandangku dengan wajah keberatan seakan ada sesuatu yang aku tak perlu tahu pun.

"It's not easy for them, yes, mereka memang nakal yang amat but saya tahu, deep inside them, mereka juga ingin berjaya," kata-kata cikgu Aaron seakan menyantapku.

Mereka ingin berjaya? Boleh percaya ke?

"Well, kecuali Ridhuan,"

"Kenapa dengan dia?,"

Cikgu Aaron mengambil fail rekod pelajar dari tanganku. Terkejut juga aku dibuatnya.

"Here,"

Satu lagi fakta yang mengejutkan aku.

"Pengiran Dr. Haji Mohd Hisham?! Anak menteri?!," soalku bertubi-tubi. "But, why?!,"

"Hmm, sebenarnya dulu Ridhuan budak yang sangat patuh dan bijak tapi tiba-tiba je, dia berubah dan chose untuk bermain dari belajar," cerita cikgu Aaron. "Tapi, yang best tentang Ridhuan ni, dia tak pernah menggunakan kuasa bapa dia tu,"

Hmm, ianya benda yang baik atau tak?

Yelah, benda baik sebab dia memang seorang yang adil, well, amanah is the best word kot? Atau, bapa dia memang tak kisah dengan dia? Hmm..

"Boleh saya bawa balik rekod pelajar ni?," tanyaku. Aku ingin belajar untuk mengenali mereka lebih lagi. Terutama tentang Ridhuan.

"Boleh kot, tapi dengan syarat ini rahsia antara kita berdua," kata cikgu Aaron meletakkan jari telunjuknya di depan bibirnya.

"Right," jawapku.

HELAIAN demi helaian muka surat sudah selesai ku semak. Semua perangai mereka, aku sedikit demi sedikit sudah faham.

Pasti, kesepuluh-sepuluh mereka mempunyai alasan kenapa mereka memilih untuk menjadi budak nakal. Tapi, latar belakang mereka agak tak jelas,

Terutama Ridhuan. Latar belakang dia aku belum yakin sangat. Terlalu vague. Di sini, aku membuat spekulasi,

Hafizan: Pelajar berumur 25 tahun, membuang masa remajanya dalam mengulang pelajaran. Setiap tahun, tiada peningkatan dalam peperiksaan yang diambilnya. Dan merupakan pelajar paling betah di antara 10 mereka.

Hakim@Kim: Pelajar yang suka menyeksa orang lain dengan perangai sarkastiknya. Tiada kemajuan langsung dalam hidupnya.

Izzat: Pelajar yang pernah menggodam sistem pendidikkan sekolah dan dihukum gantung sekolah 2 tahun. Terus dihantar bersekolah di sini.

Harun: Kawan pada Izzat yang bersubahat dalam menggodam sistem sekolah dan sekarang dalam keadaan tak baik dengan Izzat.

Roy: Budak yang selalu menconteng dinding sekolah dengan lukisan tak senonoh. Mungkin kerana terlalu sukakan seni hingga dia direkodkan hampir setiap bulan dengan kes rambut dia yang selalu bertukar warna.

Khairul: Hanya memunculkan diri sebulan sekali. Tiada tindakan diambil untuk budak ni. Sepertinya, tiada yang mengendahkan dia. Tiada rekod displin di sini.

Izam: Pelajar yang hanya mengikut-ikut tindakan jahat kawan-kawannya. Pendiam tetapi berbisa.

Kashim: Sama seperti Izam.

Micheal: Sama seperti Izam.

Ridhuan: Pernah mewakili pelbagai pertandingan akedemik dan sukan dan menaikkan nama sekolah yang lalu. Dan dia tiada sebarang rekod tak baik sebelum pindah di sekolah Tinggi Lelaki Gadong. Anak kepada Menteri Pengiran Dr. Haji Mohd Hisham.

Dan Ridhuan, terima kasih pada kau tapi sekarang aku dah ada jawapannya. Jawapan bagi soalan kau tu. Aku bersungguh-sungguh sebab.. Sebab..

...

Apa ni? Macam mana aku boleh lupa ni?!

AIR liur ku telan bila mencorak langkah menuju ke arah kelas enam atas repeaters. Seperti biasa, keadaan kelas dah jadi pasar gelap sekarang ni.

Keadaan secara automatik menjadi sunyi bila sahaja aku memunculkan diri. Ya, meski pun mereka ni hanya budak-budak je, tapi tergugat juga aku.

Aku hanya melihat tajam pada Ridhuan yang lagaknya macam bos duduk di atas meja. Eh, geram pulak aku dengan perangai tak bertauliah budak-budak ni lah.

"So, apa yang cikgu sweetie nak sekarang?," soal Ridhuan.

Aku berjalan menghampirinya, pantas tangan kananku ku hayunkan menggena pipinya.

"There, itu yang aku nak," jawabku megah, aduh, padahal dalam hati ketar juga aku. Anak menteri ni.

"Oi, cikgu dah gila ke? Ini namanya penderaan tau!," jerit Roy dengan rambut merahnya kali ni.

"Tambahan Ridhuan ni anak menteri!," kali ni Hakim pulak yang menjerit.

Allah, kan sekarang aku dah takut, penderaan pada anak menteri?! Silap-silap dibuang kerja aku dibuatnya, lebih parah kena penjara. Ya Allah.

"So, what's next?," soal Ridhuan yang mukanya masih merah bekas penampar aku. Sengihan dia menunjukkan dia tak ketar pun. Dan bila difikir-fikirkan balik, aku tak menyesal menampar dia.

What next's, dia kata?!

Oi, umurku 28!Where stories live. Discover now