Bab 38

25.1K 1.3K 28
                                    

Aku diizinkan pulang sehari lebih awal dari doktor. Tapi, kepala aku dah berbalut macam gula-gula aku rasa. Tinggal bagi cop je lagi. Tapi tak adalah tebal sangat.

"Na..,"

"Ina..,"

"Ha? Apa dia?," sejak bila aku berangan ni?

"Bawa rehat, Ina. Esuk baru kerja kan?," soal mama selalu jururawat ku kat rumah. Aku mengangguk. "Nasib baik lah, Dhuan tu berakal nak jaga kamu, suka hati mama ni,"

"Hmm," jawabku acuh tak acuh.

"Ha, makan ubat ni, lepas tu tidur," suruh mama, aku jadi tergelak dibuatnya.

"Ma, Ina 28 ma, bukan 8," beritahuku masih tertawa.

"Tapi kamu masih anak mama," beritahu mama sebelum menutup pintu bilikku. Aku tergeleng lalu tersenyum sahaja.

Fuh. Esuk kerja.

MATA Farah penuh dengan simpati apabila melihatku yang baru menginjakkan kaki ke bilik guru. Ok, semua mata sebenarnya. Aaron dan Haris juga begitu.

"Awak serius ke boleh masuk kerja hari ni," soal Farah, memegang kedua bahuku.

"Ya, bukannya parah sangat pun,"

"Sampai berjahit kepala tak parah?,"

"Er, ianya cuma 4.6 milimetre je," kataku memaklumkan apa yang doktor pernah beritahu aku semalam.

"Itu panjang," kini Aaron bersuara. Aku hanya menjongketkan bahuku.

"Ehem," suara baru yang ku dengar bila ku lihat, ianya datang dari cikgu Sam.

"Selamat pagi cikgu," tegur kami semua.

"Selemat pagi. Saya ada dengar berita tentang kemalangan kamu, cik Iwanaina," maklum cikgu Sam. Aku mengeluh, kan dah suruh panggil Naina je. Ini dah berbalik ke nama penuh, apa hal?

"Ya, tapi saya dah pulih sepenuhnya sekarang,"

"Bagus, tapi bagi menggelak dari perkara ini berulang, dan setelah dipersetujui secara majoriti oleh kaki tangan cikgu GP semua, kami memutuskan biar lah Cikgu Aaron yang menggantikan cikgu Naina untuk mengajar kelas enam atas repeaters,"

"Apa?,"

"Ya, Naina. Biar saya yang handle,"

"Tapi, saya ok. Lagipun, pelajar saya tak sengaja, saya janji perkara macam ni tak akan berulang lagi," beritahuku separuh merayu.

"Ya, Cikgu Sam. Saya pasti Naina masih boleh kendalikan ini," aku melihat pada suara yang menyokongku. Haris.

"Ris, kamu tak risau ke, teman wanita kamu ni akan cedera lebih parah nanti?," kini Aaron menyoal Haris.

Haria menggeleng, "Saya tak rasa dia lemah macam tu,"

"Ya, cikgu Sam. Saya janji perkara macam ni tak akan berulang, saya akan jaga diri saya lebih berhati-hati," kataku melontarkan janji.

"Maaf, cikgu. Tapi keputusan saya muktamad," putus cikgu Sam.

Aku terdiam. Menarik nafas sedalam yang mungkin supaya bertenang. Proses tadi ku ulangi lagi.

"Itu saja," kata cikgu Sam lalu kembali ke mejanya.

"Awak mungkin nak katakan sesuatu pada pelajar awak, Naina. Jadi saya serahkan kelas terakhir awak dengan mereka hari ni," beritahu Aaron.

Aku mengangguk dan hanya mampu melihat Aaron kembali ke mejanya.

Farah turut berbuat demikian selepas menepuk ringan bahuku. Tapi Haris masih bertahan di hadapan mejaku.

"I am right kan?," soal Haris, membuatkan aku mendongak melihatnya.

"Apa?," soalku lemah.

"Ada pelajar yang dah mencuri hati awak, sebab tu awak berkeras nak bertahan," kata Haris, tapi kini dengan nada suara yang lemah.

"Saya hanya tak nak buat pelajar saya rasa saya dah putus asa kat mereka," beritahuku kini kembali menunduk.

"Hmm," respon Haris. "Jadi awak akan pastikan mereka tahu yang ini semua bukan keputusan awak,"

Aku tersenyum, "I guess, tapi kenapa tiba-tiba baik ni?,"

"Well, saya tak tahan tengok muka perempuan yang macam nak kena pukul dengan kayu macam awak,"

Aku dengan spontan ingin menghempas tangan Haris, membuatkan dia tergelak pada usahaku yang tak berjaya.

"Jangan lupa give him blow kiss sebelum keluar nanti," usik Haris sebelum kembali ke mejanya. Aku jadi ternga-nga dibuatnya. Gila punya orang!

MASUK sahaja ku kelasku, huh, tak lama lagi ianya bukan kelasku lagi, semua pelajarku sudah senyap menyepi. Aku melangkah penuh berat.

Keputusan ini sungguh mendadak. Aku belum sedia. Jujur, aku tak ingin tinggalkan kelas ini. Di sini lah aku menemui keyakinan diri. Di sini lah aku akhirnya dapat melupakan Herman sepenuhnya.

"Good morning, teacher," tegur semua pelajarku. Aku mengangguk sebelum menyapa kembali.

"We will...we will continue our lesson on..aaa..topic apa lagi?," soalku agak tak tenang.

"Social Media," jawab seseorang. Aku mengangguk setuju. Tenang Naina. Tenang. Be professional. "Kelmarin, siapa yang gantikan cikgu?,"

"Cikgu Aaron," jawab Roy tersengih senang.

"Kamu belajar tentang apa?,"

"Well, kami belajar tentang siapa yang salah, dia kena minta maaf," laung Harun. Aku tercenggang, apa jenis pelajaran tu?

"Yeah, it is the least that they can do when they made mistakes," kata Izzat menongkat dagunya. Ok, kalau tadi aku tercenggang sekarang aku terbenggang.

"Ok lah," kini suara Hakim yang terdengar dari hujung kelas. "Cikgu Naina,"

Ohh, mereka ni nak menyindir Hakim lah. Aduh, comel pulak aku rasa murid-murid aku ni.

"Saya minta maaf kerna dah menyebabkan cikgu cedera cara tak sengaja," aku hanya mendengar keikhlasan yang terlafas. Aku tersenyum.

"Thank you,"

"Hmm?,"

"Sebab dah minta maaf, it means a lot to me," kataku.

"Cikgu, tak akan laporkan ke polis kan?,"

"Silly boy, mesti lah tak," aku serius, ketawa mendengar soalan cemas Hakim. "Cikgu tahu kamu tak sengaja but please from now, behave yourself, the other might not like me,"

"Apa cikgu merepek ni? Ini tahun terakhir kami di sini kan. So, tak ada chance lah cikgu lain nak layan kami," gurau Roy lalu tersengih gembira.

"Korang betul nak jadikan ini tahun terakhir korang kat sini?,"

"Well, itu plan kami lah," beritahu Michael.

"That's great, korang!," kataku gembira. "Kamu juga, Khairul?,"

"Ha? Oh, yeah, what evs,"

"Jadi korang tak kisah kan kalau cikgu Aaron yang akan kendalikan kamu mulai hari ni?," soalku cuba berlagak ceria. "Ini kelas terakhir cikgu mengajar kamu, sebab mulai esuk, cikgu akan mengajar kelas lain pulak,"

Saat tu, aku sumpah, semua reaksi pelajar aku sedih dan muram.

Maaf korang, cikgu tiada pilihan.

(A/N: So, no RidNa moments XD, any suggestion on name shipping? Please do tell me.

Next update: 06.02.2015 may be >=])

Oi, umurku 28!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang