Bab 39

25.1K 1.3K 26
                                    

Selama lima minit terus, tiada siapa yang berani bersuara. Masing-masing berdiam sepi. Tapi aku tak sangka pulak reaksi Ridhuan sangat tenang.

“So, sebagai sesi penutup, cikgu akan berikan hadiah kepada dua orang pemenang ujian GP kertas satu tempoh hari yang dapat score 90% ke atas,” umumku dengan nada ceriaku. “Silakan Hafizan dan Ridhuan ke hadapan untuk ambil hadiah kamu,”

Sepi.

Tiada sorakkan.

Too quiet.

Hafizan orang pertama yang berdiri menghampiri mejaku. Dengan muka yang aku tak tahu nak sebut macam mana. Marah?

“Here,” kataku menghulurkan hadiah yang ku bungkusan mungkin beribu tahun yang lalu. Ok, kidding.

“Why are you so happy?,” soal Hafizan dengan nada geram. Tapi belum sempatku membalas. Dia sudah kembali ke mejanya.

“Dan, ini untuk kamu, Dhuan,” kataku memanggil. Walaupun.dia masih duduk di situ. Hadiah tadi terhulur, tidak bersambut.

“I thought you forgave me,” soal Hakim.

“I did. Cikgu dah maafkan kamu, sebelum kamu minta maaf lagi,” beritahuku.

“Habis sekarang kenapa pergi?,”

Aku tertawa tanpa rasa lucu, “Cikgu tak kemana-mana, cuma cikgu tak lagi mengajar kamu,”

“It’s ok, cikgu. Kami hormati keputusan cikgu,” beritahu Roy tersenyum. Tapi semua orang tahu, senyuman itu tak ikhlas.

Ini bukan keputusan cikgu, “Terima kasih, Roy,”

“Should we start our lesson now?,” kini Harun pulak yang bersuara. “I don’t like drama,”

“Baiklah,” kataku dengan laju mengeluarkan risalah untuk hari ni. Hadiah Ridhuan ku ketepikan. Sejujurnya aku rasa sakit juga lah. Ridhuan langsung tidak bergerak ke tempatku.

Apa yang dah terjadi pada Ridhuan dua hari yang lalu?

DAN itu sahaja kelas kita untuk hari ni,” umumku. Semua murid bersiap-siap untuk meninggalkan kelasku. Tapi tiada siapa yang berganjak.

“Thank you, cikgu. Saya janji saya akan berusaha habis-habis untuk peperiksaan saya minggu akan datang,” ucap Hafizan dengan eksperasi muka yang selamba. Begnya disandang selesa sebelum keluar dari kelasku.

“I really appreciate your hard works in solving our problem, thank you,” kini Izzat dan Harun berada di hadapanku. Aku tersenyum sebelum melihat mereka pergi.

Roy mendepakan tangannya untuk berpeluk tapi segera diturunkan apabila melihat muka masamku, “Kidding, terima kasih sebab cikgu lah orang yang berusaha untuk saya, saya tak akan lupakan jasa cikgu,”

Belum sempatku menghalang, Roy sudah membawaku ke pelukannya. Bergurau kepala otaknya. Aku segera meleraikan pelukan kami. Nampak sangat tak senonohnya.

“Good luck, teacher,” kata Roy sebelum berlari meninggalkan kelasku.

“Saya nak ucapkan terima kasih atas kesabaran cikgu mengendalikan kelas kami,” kata Michael, menunduk sebelum meninggalkan kelas. Izam dan yang lain juga ikut sama, tunduk sebelum pergi.

Memang mereka tak banyak bunyi ya?

“I hate you,” ucap Hakim yang muncul di hadapan tetiba. Ok, ini baru. “Cikgu pergi waktu saya mula ingin mengenali cikgu, betul ke cikgu dah maafkan saya? Atau ianya sekadar zahirnya sahaja,”

“Kim, cikgu maafkan kamu zahir dan batin, lagipun permindahan cikgu bukan pilihan cikgu,” beritahuku.

“Tapi cikgu bersetuju kan?,” duga Hakim. Aku hanya melarikan pandangan mataku darinya.

Oi, umurku 28!Where stories live. Discover now