Bab ini agak membosankan. Sorry. It’s still on hold cause saya masih dalam exam mode. I hope you guys tak marah. ;(
Ya.
Apa seterusnya?
Aku kembali memandang Ridhuan dan konco-konconya. Bila ku pandang hanya Ridhuan seorang je yang tersenyum panjang. Lebih kepada senyuman...mencabar?
Aku tak nak kalah, aku mungkin berusia tua, tapi aku tak nak kalah pada budak-budak! Jadi sekarang!!
Oh, come one! Bring it on, yo!!
“Kita mulakan pelajaran ya?,” soalku dengan senyuman. Yelah, waktu aku senyum ni, aku bayangkan je lah, Herman jadi kahwin dengan aku. Ya ya, aku tahu, aku ni menyedihkan. Tapi kalau nak senyum pada budak-budak nakal ni, aku tak sanggup.
“Ok,” balas Ridhuan juga tersenyum. Sepertinya dia ingin mengikut rentak permainanku.
Semua pelajar memang reaksi mereka terkejut, mana taknya, tadi hangat macam nak bertempur tapi sekarang, bukan main indah lagi, main balas-balas senyuman. Aish, ketara plastik betul lah aku ni. Oh, tengok tu ada bunga-bunga ilusi lagi berterbangan.
“So, today we begin our topic with education,” laungku dengan semangat. Semua pelajar memandangku dengan tekun, aku tahu mereka pandang aku bukan sebab nak belajar pun, tentu mereka geram aku berani tampar anak menteri sanjungan mereka.
Terketar-ketar juga lah tanganku menulis sesuatu untuk di ajar. Tapi aku sembunyikan. Mana lah aku nak mereka tahu. Habis hancur ego aku nanti.
Suara yang ku lontarkan pulak, semua berjenis monotone. Nak sembunyikan perasaan gentar lah.
BERBUNYI saja loceng sekolah, terus aku memecut keluar dari kelas tu. Gah, takutnya aku. Macam mana aku nak bertahan ni?
Cikgu Aaron tergelak ceria mendengar ceritaku, aku pulak buat muka tak suka aku. Ada ke patut dia ketawakan aku.
“Apa yang lucu sangat? Sekarang saya tunggu masa nak kena buang kerja je ni,” rungutku sambil mengurut kepala. Kemana kah sikap kewanitaanku yang ku semai selama ini?
Tawa cikgu Aaron kian reda, “Sorry sorry, tapi memang lah cikgu Naina ni cikgu yang powerful. Sebelum ni, senakal mana pun budak-budak tu, tak ada yang berani angkat tangan lagi, termasuk lah saya,”
“Aish, cikgu Aaron ni, makin lah saya takut,” kataku, menutup gementar yang makin kuat ku rasa. “Agaknya, kalau saya merayu agar tak dibuang kerja, diterima tak?,”
“Jangan risau cikgu, kalau apa-apa terjadi, biar abang yang handle,” kata cikgu Aaron menepuk-nepuk dadanya. Presis hero dunia kat dalam movie.
Hah?!
“Abang?,” soalku lalu tersipu-sipu malu. Aduh, ini yang bikin hati tak tenteram ni. Dia nak panggil diri dia abang pulak.
“Ya,” balas cikgu Aaron lalu tersenyum ceria. “Abang,”
“Oi, Ron, kau tu muda sangat nak jadi abang pada cikgu Naina.kita ni,” laung Haris yang baru masuk ke bilik guru. “Lain lah kalau aku, aku memang terlebih layak,”
“Kau ni kacau lah, Ris,”
Dah, buang masa je lah. Aku kembali ke meja ku dan hanya membayangkan celotehan gaduh cikgu Aaron dan cikgu Haris bagaikan radio je.
Risalah yang hendak diedarkan esuk ku ketepikan. Now, aku kena copy 10 keping kertas latihan.
Atau,
Mungkin aku patut sediakan plan untuk hari seterusnya, lagi senang kerja aku nanti.
Atau,
Aku boleh pandang je muka cikgu Aaron yang kacak tu. Aman je hati aku ni kalau tengok muka dia. Kacak. Maksud aku, yeah, sure muda tapi ianya tak menghalang perempuan macam aku untuk-, Eh?!
Aduh, takkan lah aku dah jatuh cinta kot?
“BARU balik?,” soal mama menanyakanku. Aku mengangguk sahaja, haih, mesti hari ni juga aku akan diceramahi mama ni. “Kamu ni dah tua, lambat balik macam ni makin lah tak ada yang guna kamu,”
Tengok?
Apa lah kena-mengena lewat balik dengan tak ada yang nakkan aku?
“Ma, Ina letih lah, tiap-tiap hari mama cakap benda yang sama, Ina-,”
“Tengok, cakap sikit dah melawan, tu yang buat si Herman lari dengan Mimi tu,” marah mama. “Si Mimi ni pun satu, macam tak ada lelaki lain dia nak rampas,”
Lagi.
“Ma, dah jodoh si Mimi dengan Herman, nak buat macam mana-,”
“Ini sebab kamu lah, tak pandai nak jaga tunang, tengok adik kamu, belajar dari adik kamu, tengok, sekarang dia dah ada laki dah, tapi tunggu lah kalau dia balik,” lontar mama dengan geram.
“Siah, cuba bawa bertenang, si Ina ni baru balik dari kerja,” kata papa, menyabarkan mama. Aku tersenyum memandang papa, hanya papa je faham perasaanku. “Biar lah dia berehat dulu,”
“Nak bawa bertenang macam mana nya bang?,” marah mama. “Si Ina ni memang tak beruntung dengan lelaki, tengok sampai sekarang tak ada seorang yang melekat, kena dimandikan bunga budak ni,”
“Siah,” larang papa lagi.
Aku tak mampu berkata apa-apa lagi, kerna semua yang mama cakapkan tu benar-benar belaka. Seumur hidup aku, hanya Herman lah yang bertahan lama dengan aku, itu pun akhirnya tidak menjadi juga.
“Dah lah, Ina naik atas dulu,” pamitku, tidak mengendahkan sindiran mama. Kalau dilayan merana hati je dibuatnya
Tiap-tiap hari telinga ni membengkak mendengar bebelan mama. Kalau macam ni, mahu pekak aku dibuatnya. Aku rasa lah, aku kena cari calon cepat-cepat untuk mendiamkan mama.
Calon?
Aku dah tua ni, ada ke yang nak?
Laa, dalam waktu macam ni kenapa lah muka cikgu Aaron yang muncul. Shoo, shoo, cikgu tu muda. Mana boleh. Lagipun, aku tak tahu dia tu dah berpunya ke tak.
Kalau tanya, malu pulak.
Aish, Naina, dah tua pun kau masih nak malu-malu. Kau ingat kau tu budak remaja ke apa?
Tapi aku kena cari jalan lah gayanya.
Sebab, aku dah jatuh hati kat cikgu muda tu.
Agaknya?
Aduh, macam desperate pulak aku rasa sekarang ni.
YOU ARE READING
Oi, umurku 28!
RomanceNama: Iwanaina Matussin. Usia: 28 tahun. Status: Bujang Situasi: Sepatutnya dah jadi isteri orang, tapi tunang 5 tahun aku dah berkahwin dengan Mimi, adik aku sendiri. Memang aku redha, tapi redha tidak akan mendiamkan bebelan mama di rumah. Hampir...