Setelah sempurna menghidangkan makanan dengan susunan antarabangsaku. Akhirnya mama mengizinkan aku untuk pergi ke bilikku di atas membersihkan diri.
Tak ku sangka, keluar sahaja aku dari bilik air dalam bilik aku. Manusia yang dah lama aku tak jumpa sudah terpacak berdiri di hadapan komputer riba aku.
“Mimi,” tegurku.
Mimi laju mengorak langkah maju padaku. Lalu memlukku dengan erat walaupun sekarang aku masih berkemban, separuh bogel. Heh, depan adik aku. Tak apa lah.
“Miss you, kakak,” ucap Mimi. Tanpa membuang masa, aku pun membalas pelukan adikku.
“Miss you too,” ucapku. Tiba-tiba hilang semua perasaan cemburu yang pernah Haris ungkapkan sebelum ni. Pelukan dileraikan.
“I’m sorry,”
Hmm?
“Sorry sebab Mimi dah hancurkan-,”
“Itu tak betul,” kataku cuba untuk melihatkan yang aku benar-benar merestui perkahwinan mereka. Sebab betul, aku dah redha, “Dah jodoh adik dengan Herman,”
“Tapi-,”
“Adik menyesal kahwin dengan dia?,”
“No,”
“Then no buts,” kataku, entah kenapa begitu senang aku ungkapkan semua ini?
“Mimi ada sesuatu nak beritahu kakak,” kata Mimi sedikit takut. Hmm, kalau pasal Haris, aku dah maafkan. Tapi belum sempat aku ingin melontarkan kata-kata, kedengaran suara mama memanggil nama kami berdua.
Tapi panggilan itu membuatkan aku tersenyum, begini lah dahulunya mama memanggil nama kami berdua sebelum ni. Wah, rindunya.
“Baik ma, tapi kakak belum pakai baju lagi!,” jerit Mimi lalu dia tertawa kerna berjaya membuatkan aku malu. Habis lah makcik Limah sekeluarga terdengar. Dia ni memang tak berubah lah.
“Cepat sikit!,” jerit mama kembali.
DAN keadaan janggal sudah bermula. Meja makan kini dihuni oleh tujuh orang namun sepatah perkataan pun tak terluah. Herman dan Mimi asyik menunduk sahaja sejak duduk di meja ini.
Dulu, di kananku lah tempat Herman menikmati jamuan, setiap kali kalau mama ingin mengajak Herman datang ke rumah. Tak pernah ku terfikir yang tempat ni akan kosong apabila Herman makan di sini.
“Ina dah ada penganti ke?,” soal makcik Limah yang sepertinya memang tak nak menapis langsung perbualannya.
“Tengah cari,” kataku tersenyum paksa. Walaupun dalam hati, aku bagai mati hati nak cari yang lain. Penganti yang lain.
“Baik cari penganti cepat, umur dah meningkat, aih, kalau tak sebab yang tertentu, kamu dah selamat jadi isteri seseorang,” kata makcik Limah.
Aku perasan yang tundukan Mimi semakin ke bawah. Dan melihat pada reaksi terkejutnya dan menoleh pada Herman, aku tahu kini Herman sedang menenangkan Mimi.
“Kalau dah jodoh makcik, tak akan kemana, mama sendiri pun dah nasihatkan agar tak terlalu tergesa-gesa,” ucapku berhati-hati.
“Saya sebenarnya nak minta maaf dengan mengajak kamu semua makan malam ni,” kini mama pulak yang bercakap. “Saya minta maaf sebab tak dapat kawal anak bungsu saya tu,”
“Apa pulak Siah oi, si Herman ni yang gatal sangat,” ucap makcik Limah. “Dijodohkan dengan si kakak, dipilih pulak si adik,”
“Dah, Herman cintakan Mimi, ma. Mana boleh paksa,” kata Herman. Sungguhpun begitu ayatnya tapi pertuturan halus.
![](https://img.wattpad.com/cover/21913088-288-k634859.jpg)
YOU ARE READING
Oi, umurku 28!
RomanceNama: Iwanaina Matussin. Usia: 28 tahun. Status: Bujang Situasi: Sepatutnya dah jadi isteri orang, tapi tunang 5 tahun aku dah berkahwin dengan Mimi, adik aku sendiri. Memang aku redha, tapi redha tidak akan mendiamkan bebelan mama di rumah. Hampir...