Bab 9

30.1K 1.5K 12
                                    

Bukan nak tambah sihat, kepalaku sekarang semakin berdenyut-denyut ada lah. Macam ada jantung kat dalam kepala aku sekarang ni. Aduh!

Aku merebahkan diri pada katil di bilikku. Segala ubat penahan sakit sudah selamatku telan. Tunggu fungsinya memainkan peranan je lagi.

"Ina!," panggil mama di balik pintu. "Mama masuk ni,"

"Ya, masuk ma,"

Mata mama menjadi sayu bila melihat aku yang terlantar di katilku, tak terdaya lagi.

"Pucatnya muka kamu, kenapa ni? Kelmarin kamu sihat je,"

"Tak tahu," bohongku. Takkan lah aku nak beritahu sebab aku menangis kelmarin kot nya? Buat malu je. Memang lah rasa bersalah juga.

"Naina, kamu menangis ke kelmarin? Ni mata merah ni, ahh, mesti lah tu," teka mama tepat sekali. Aku hanya berdiam. Tak ingin memberi respon lebih. "Kan kamu selalu sakit kalau lepas menangis teruk,"

Mama akhirnya mengangkat kepalaku lalu duduk di atas katilku dan meletakkan kepalaku ke atas pehanya. Aku terkedu seketika, situasi ini hanya mampu aku lihat saja dulu. Bila Mimi demam atau sakit, mama selalu perlakukan Mimi macam ni.

"Dah, jangan nak difikirkan lagi pasal si Herman dan si Mimi tu," beritahu mama lembut. "Mama tahu, selama ni, mama selalu bandingkan kamu dengan Mimi, lebihkan Mimi, jarang ambil tahu perasaan kamu,"

Aku masih berdiam diri, tangan mama yang membelai-belai rambutku membukaku kaku seketika.

"Maafkan mama,"

"Tak mama, kasih sayang mama pada Mimi dan Ina sama rata, Ina bersyukur," beritahuku jujur. Aku tak nak lah mama salahkan diri pulak.

"Mama tahu kamu akan cakap macam tu, tapi sejujurnya, mama tak rasa mama ni adil pada kamu, pada Ina,"

Aku menyentuh pipi mama, "Mama adil,"

"Mama cuba sayang, mama cuba fahami kamu dan tak akan memberi tekanan pada kamu lagi tentang perkahwinan kamu,"

Aku tersenyum mendengar kata mama, lega rasanya. "Terima kasih "

"Sama-sama, sayang, pilu hati mama tengok kamu terbaring lesu macam ni, jarang kamu jatuh sakit, masa dapat tahu Mimi kahwin dengan Herman pun kamu tak macam ni, kenapa sayang, apa yang terjadi?,"

Aku berkira ingin menceritakan hal yang berlaku padaku, perjumpaan dengan Herman, kejadian dibuang telur dan menerima lamaran cinta dari budak berusia 18 tahun. Tapi akhirnya aku hanya tersenyum pada mama.

"Tak ada apa-apa, mama,"

"Mama tak percaya, tapi mama akan diam saja kalau kamu tak nak cerita," kata mama. "Betul ni, sakit kamu tak teruk?,"

"Ya," kataku lemah. Lama mama mengusap kepalaku, damn, I miss this moment. "Ma,"

"Ya?,"

"Mama maafkan lah Mimi ya?," kataku memberi cadangan.

Mama diam seketika, "Mama tak nak cakap pasal Mimi"

"Ma, please, kesian Mimi, dia juga ingin mendirikan rumah tangga dengan restu mama dan papa, dah lah keluarga aba-, ah, Herman agak dingin dengan Herman sekarang," beritahuku pada mama. Aku berdoa sangat-sangat terbuka lah pintu hati mama nak maafkan Mimi.

"Dia mendirikan rumah tangga dengan mengkhianati kakak dia sendiri,"

"Ma, dah Herman dan Ina tak ada jodoh, biar lah mereka bersama, please, ma demi Ina,"

Setelah lama mengamati wajah mama, terdengar sahaja keluhan mama, aku tahu mama akan mengalah.

"Baiklah," kata mama, aku tersenyum."Tapi dengan syarat, dia yang datang jumpa mama,"

"Yay, nanti Ina telefon Mimi," kataku.

Mama tersenyum memandangku, tangannya masih mengusap-usap kepalaku. Ya Allah, biar lah aku tetap merasa belaian ibu walau dah umurku meningkat tua.

Setelah melihat mama berlalu pergi meninggalkan aku di dalam bilikku sendiri. Aku laju mencapai telefon pintarku yang berhampiran.

Aku tersenyum-senyum mendial number cikgu Aaron. Setelah selesai 7 digit ditekan. Aku meletakkan telefonku ke telinga.

"Hello?," kataku. "Ini saya Naina,"

"Oh, hello, dari mana cikgu dapat number telefon saya?," soal cikgu Aaron. Aku tertawa kecil, mendengar reaksinya.

"Cikgu Farah yang beri," kataku.

"Oh, ok, so kenapa call?,"

"Saya nak beritahu cikgu yang saya cuti sakit untuk dua hari jad-,"

"What? Cikgu sakit? Are you ok?," kata Cikgu Aaron, menembak soalan padaku. Aku tersenyum sendiri, hai, cikgu.

"Yeah, I'm okay, it's just demam sudah menunjukkan tanda-tandanya, itu yang tadi pagi lemah semacam," beritahuku masih mengukir senyuman.

"Rehat now, ok?,"

"Yeah," kataku bersetuju. "Saya harap awak dapat jagakan murid saya,"

"Sure no problem,"

"Thanks," ucapku. "Sorry menyusahkan awak,"

"Esh, cikgu ni, apa gunanya kawan kalau tak menolong sesama sendiri,"

Haaaa... Kawan?

Rasanya, selangkah menuju ke arah 'lebih kawan' kot? Aku tersenyum sendiri.

"Ada pesanan kerja untuk murid-murid cikgu?," soal cikgu Aaron, seakan menolak angananku.

Imaginasiku mula berubah pada murid-murid tuaku, "Suruh mereka buat essay 500-800 patah perkataan, mengenai topik-," kata-kataku terhenti, bila terasa ada habuk di kerongkong aku, telefonku pun ku jauhkan jaraknya. "Sorry, hmm, buat essay tentang my favourite people,"

"Wow, cikgu dah sampai the second syllabus?,"

"Hmm, kenapa?,"

"Fast,"

"Naa, itu pun tak tahu mereka faham ke tidak, nahas nanti,"

Helaian tawa cikgu Aaron menyedarkan aku, yang aku masih dalam perbualan telefon. "Ok, so, anything else?,"

"Nope tu aje, Assalamualaikum,"

"Ok. Waalaikumsalam," kata cikgu Aaron. Dan talian dimatikan. Aku tergelak sendiri, macam remaja jatuh cinta saja aku ni, tersenyum selepas berbicara dengan cikgu Aaron. Tunggu, aku harap dia tak curiga lah aku telefon dia instead of cikgu Farah.

Aku bergolek-golek di atas katilku. Mendengar suara cikgu Aaron saja dah ringan sikit kepala aku ni. Aish, ini namanya angau cinta ni.

(A/N: I'm sorry for the late update, ada masalah dengan connection)

Oi, umurku 28!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang