"Macam mana kami tak dimaklumkan?," marahku tak bertempat pada sesiapa. Ini mesti jabatan pentadbiran sekolah ni yang tak maklumkan ni.
Ridhuan menunjukkan skrin telefonnya padaku. Oh, by message.
"O/AS/A RESULT 20++
Exam Center: BN+++
Candidate Index: ++
G.P = a
PHY = A
MAT = A*
CHE = B
Result: 3A 1AS ""Saya score,"
Aku tersenyum gembira "Tahniah, Dhuan. Wah, it's an amazing achievement!!,"
"Tahniah," terdengar suara lain mengucapkan tahniah kepada pelajarku yang ku lihat masih dalam keadaan tak menerima hakikat. Aaron menepuk-nepuk belakang Ridhuan yang masih dengan muka terkejut dia.
"Awak dapat GP grade A," kataku bahagia.
"Semua kerana cikgu," kata Ridhuan mula tersenyum padaku.
"Saya gembira awak bercadang nak beritahu cikgu kamu, tapi rasanya kamu tak dibenarkan di bilik guru," tegur cikgu Sam membuatkan Ridhuan mengangguk akur sebelum keluar.
"Kenapa lah cikgu ni strict sangat? Spoil lah," marah Haris bergurau.
"Hmph," geram cikgu Sam lalu kembali ke tempatnya. Aku pulak memilih untuk menjenguk Ridhuan di luar bilik.
"Hong Kong huh?," kataku bila menghampiri Ridhuan yang berdiri seperti dalam berfikiran panjang.
"Ya,"
"Tahniah," kataku. Aku memang bahagia melihat salah seorang muridku berjaya macam ni. Aku suka tengok dia bahagia.
"4 years,"
"Hmm?,"
"Tempoh saya kat Hong Kong, sekurang-kurangnya 4 tahun tapi mungkin akan extension macam yang papa pernah alami,"
"Oh," sejujurnya, aku tak tahu nak cakap apa. Tak kan aku nak cakap, hey, kamu tahu tak, kalau kamu balik je, cikgu dah 32 tahun!
"Saya excited," beritahu Ridhuan, ku lihat tangannya memegang erat telefon pintarnya. Ianya seperti melepaskan segala perasaannya ke telefon pintarnya.
"Cikgu juga excired mendengar, apa yang kamu plan nak ambil?,"
"Itu saya nak bincang dengan Redzuan dan papa,"
"Oh, bagus itu,"
"Jangan salah sangka, saya nak bincang dengan Zuan sebab saya tak nak course yang saya nak ambil, sama dengan course yang dia tengah ambil,"
"Tak salah kalau sama pun," sekarang aku cuba nak membiarkan Ridhuan dan Redzuan berdamai. Mereka kembar! Kembar tak baik bergaduh.
Yeah, bukan kembar je yang tak boleh gaduh.
"Saya tak suka," eee, boleh tahan degil juga budak ni.
"Ikut suka awak lah, tapi ini semua mesti ikut minat awak juga," kataku menasihati kekasihku. Eseh!! Ok, sudah lah.
"Saya ada beberapa pilihan dalam otak saya,"
"Good,"
Ridhuan kini memandangku, dia sedar ke yang aku sedih? "Naina,"
"Apa?," kataku cuba menutup gelabah.
Ridhuan memandangku lama, aku tak tentu arah dibuatnya bila dia merenung mataku lama, "Tak ada apa,"
"Well, cikgu ada kelas dalam 10 minit lagi, kalau tak ada apa, cikgu akan masuk ke bilik guru,"
"Dhuan," sebut Ridhuan akan namanya sendiri. "Awak bukan cikgu saya lagi, saya akan menguruskan borang berhenti sekolah sebentar lagi,"

ANDA SEDANG MEMBACA
Oi, umurku 28!
RomanceNama: Iwanaina Matussin. Usia: 28 tahun. Status: Bujang Situasi: Sepatutnya dah jadi isteri orang, tapi tunang 5 tahun aku dah berkahwin dengan Mimi, adik aku sendiri. Memang aku redha, tapi redha tidak akan mendiamkan bebelan mama di rumah. Hampir...