Bab 33

27K 1.2K 20
                                    

Satu per satu perlajarku memasuki kelas. Aku kira seperti biasanya hanya lapan kepala yang ku kira hari ni. Aku mengeluh.

Khairul.

Ridhuan.

Yang seorang lewat, yang seorang sekejap muncul sekejap tak. Nasib lah jadi cikgu kelas ni. Sedih.

"Cikgu," panggil satu suara yang datangnya dari Michael. Aku mengangkat mukaku. "Betul ke?,"

"Apa yang betul?," soalku benggang. Jangan beritahu aku dia dah tahu macam mana nak baca fikiran orang. Itu menakutkan.

"You and another teacher," Michael mengangkat jari telunjuknya yang kanan, kemudia jari kirinya. Kemudian, dia rapatkan keduanya. "Together?,"

"And that another teacher is...?," soalku benggang.

"Another cikgu GP,"

Kini bilik kelasku kedengaran dengan suara bisikkan dari para pelajarku. Haris. Oh, I am gonna kill you.

"Tak da, tak da, tak da," ucapku ulang-ulang.

"Tipu," ejek Roy.

"Dah, kita sambung belajar," perintahku. Sekali gus tidak mengendahkan soalan Michael. Geram betul aku dengan si Haris ni.

IANYA pelik bila memandang kerusi Ridhuan yang kini kosong, tidak bertuan. Terasa kosong? Memang tak hairan bila Ridhuan tidak menghadirkan diri untuk dua hari berturut-turut. Kelmarin dan hari ni.

Tapi kenapa hari ni, ianya agak terasa bila dia tiada?

"Lying is not always the best option," suara Hafizan menyapaku.

"Oh, Fizan. Belum balik lagi?," ya aku tahu. Soalan bodoh.

"Why are you with cikgu Haris?," soal Hafizan yang mengejutkan aku. Woah, aku tak tahu itu akan datang.

"Fizan,"

"Cikgu sendiri cakap mesti lebih terbuka, but now, why is that you are the one keeping," kata Hafizan. "Are you seeing us as kids?,"

"No, Fizan," kataku. "Why am I discussing this with you?,"

Hafizan memeluk tubuhnya, matanya tepat memanah padaku, "Are you going to leave us after you satisfied with the change?,"

"Errr, no? As you can see, I am stucked," kataku. "Class dah lama habis, kamu balik lah Fizan,"

"Dhuan is my friend," beritahu Hafizan, membuatkan aku berpusing kepala kembali padanya. Kenapa dia beritahu aku tu? "Saya tahu, dia yang menceritakan hal kami pada cikgu. I thank him for that,"

"Oh, so?,"

"Tapi cikgu tak pelik ke? Kenapa Dhuan ada di sini?,"

Kejap. Betul lah! Kalau Ridhuan bersekolah di sini, ada di kelas ni! Mesti dia ada masalah! Apa masalah dia?

"Saya memang harap cikgu tak macam cikgu sebelum ni," kata Hafizam sebelum mengangkat tangan lalu beredar ke luar kelas.

Apa yang sebenarnya telah berlaku dulu?

Ridhuan ada sentuh tentang kepercayaan? Apa yang sebenarnya cikgu Ros buat sampai ianya menjadi taboo di sekolah ni?

"FARAH," panggilku berhati-hati. Berbisik pun ada. Farah memandangku hairan tapi masih mahu mengikuti arahanku untuk mendekatiku.

"Ada apa?,"

"Saya nak tanya sesuatu,"

"Ya?,"

"Who is cikgu Ros?," soalku dengan nada suara serendah mungkin. Muka Farah ketara berubah eksperasi. Dia bagai telah sesuatu yang kelat.

"Saya tak rasa, saya adalah orang paling terbaik untuk memberitahu tentangnya," kata Farah seperti rasa bersalah. "Lagipun, saya tahu pun dari Aaron dan Haris,"

Oi, umurku 28!Where stories live. Discover now