Bab 45

30.5K 1.3K 66
                                    

Aku duduk tak senang, sekarang, saat ini, semua pelajar enam atas repeaters, kecuali Roy sedang menduduki peperiksaan GP kertas dua. Ya, semua, Khairul juga. Aku tak tahu lah kenapa dia tu bipolar sangat.

Tapi ya, Khairul mahu juga menduduki peperiksaan tu. Aku sekarang berada di bilik guru bersama guru yang lain. Kelas aku akan bermula dua puluh minit dari sekarang.

Aku harap mereka yang sedang menduduki peperiksaan besar tu terjawab lah dengan mudah dan lancar. Esh, aku pulak yang gementar habis.

Oleh kerana terlalu bosan, aku melirikkan mata pada Haris yang tersenyum-senyum menghadap telefon pintar. Eee, benci lah kalau aku tengok dia bahagia.

"Haris, pssst!!!," tegurku.

"Apa?," soal Haris tapi matanya tak beralih dari telefon pintarnya.

"Awak dengan Farah, dulu ada apa-apa ke?," soalku ingin tahu.

"GAME OVER," jerit telefon pintar milik Haris. Dia main game rupanya. Curi tulang betul ini budak. Kini Haris memandangku.

"No, which remind me why did you bring up this subject, again?,"

"Eeh, saya hanya tanya dua kali je, satu masa waktu awak lindungi saya dari berita Aaron dan Farah, kedua now, awak ni macam suka sangat dengan Farah, so care to answer?,"

"Well, masa tu awak mengingatkan saya pada cerita yang selalu ada orang ke tiga muncul bila hero dan heroin bercinta, ianya selalu begitu kan?,"

"Saya sebagai orang ke tiga?,"

"Yup," kini Haris mula menumpukan perhatiannya pada telefon pintarnya. "Everyone in this room tahu lah, Farah dan Aaron tu have thing to each other tapi yeah, seorang-orang tak nak take a step forward,"

"Saya masih tak puas hati dengan ungkapan awak yang mengatakan saya orang ke tiga," marahku mula bangkit dari dudukku, bersedia untuk ke kelasku.

Kini Haris tergelak, "Yeah, yeah, you know, kedatangan awak membuatkan perempuan or should I say, Farah, Rubi dan Saidah tergugat,"

"Who are they?,"

"The other unimportant side characters that involve in your life?,"

"Dude, tak faham,"

"Those cikgu GP perempuan kat sini lah,"

"Oh but why?,"

Haris memandangku sejurus telefonnya menjerit 'Game Over' lagi tadi, "Awak tu single and cantik, habis lah lelaki dalam department terpukau dengan awak," aku tak tahu pulak itu.

"You're kidding," kataku tapi cuba mencuri-curi melihat sekeliling. Aku perasan semua cikgu perempuan berpura-pura tak mencuri dengar perbualanku dengan Haris. Ketara sangat diaorang ni jaga tepi kain orang.

"You know the answer,"

"Well, thank you for telling me that I am beautiful," kataku bertujuan untuk mengusik si jejaka ini.

"Yeah, sure,"

"Tak guna cakap dengan orang yang obses dengan game ni," gunamku tetapi sengaja dinyaringkan volume suaraku sebelum ku keluar dari bilik guru dengan perasaan sebal pada Haris.

Dalam perjalanan ke kelasku, telefon pintarku yang menyanyikan lagu Cindai nyanyi Siti Nurhaliza meminta perhatianku. Aku memberhentikan langkahku untuk menjawab panggilan telefon yang tak bernama.

"Assalamualaikum,"

"Cik Iwanaina?," sergah suara di dalam telefon, aku terkejut dengan suara yang seperti memarahi walaupun hanya menanyakan identitiku.

Oi, umurku 28!Where stories live. Discover now