Lirikan pelajar-pelajarku semasa ku masuk ke kelas agak menganggu, aahh, buat butakan mata je. Hairan aku, hanya Ridhuan saja yang mampu berinteraksi mata dengan aku tanpa jelingan benci.
Aku tak faham apa yang mereka benci sangat kat aku, kalau tak nak belajar, mereka kan bila-bila masa saja boleh berhenti sekolah. Hence, senang kerja ku.
Setelah memulakan pelajaran, dengan masa yang berbaki 30 minit lagi, ku luangkan bersama mereka dengan membaca apa saja buku berbahasa Inggeris.
". . .,"
Aku mencapai berus pemadam papan putih lalu membaling secara rawak ke arah yang ku percaya, bunyi sedang berborak ketika aku suruh mereka membaca secara senyap.
"Damn, kalau kena muka aku macam mana?!," soal Roy, yang aku agak berus tadi memang nak kena dia.
"Cikgu dah jadi world's thrower!," bentakku. "One more time, ya Roy, cikgu takkan miss,"
Aku kembali merenung komputer ribaku, menyemak contoh mana atau siapa yang sesuai untuk diberitahu berkenan dengan topik education.
"Gee, dia ni cikgu GP, tapi cakap bahasa melayu," bisik Roy, dia fikir aku tak dengar ke apa? "Entah apa-apa lah,"
Kali ni aku menggunakan pen marker ku untuk dibaling ke arah Roy. Pen marker ku kemudian menggena tepat pada dahi luasnya.
"Ow! Sakit lah," adu Roy.
"I'd warn you," kataku.
Pelajar lain tersenyum sepertinya menyembunyikan ketawa mereka. Kecuali Hafizan. Dia seorang saja yang serius membaca buku.
Well, well, at least ada juga-,
Tunggu, membaca buku?
Aku bergerak laju ke arah tempat duduk Hafizan, Izzat yang duduk bersebelahannya seakan memberi isyarat kepada Hafizan tentang kedatanganku.
"Oh, bermain telefon bimbit kau ya!!," teriakku pada Hafizan. Telefon bimbitnya yang diletakkan antara buku, ku ambil untuk melihat apakah isi kandungannya?
Rupanya, dia membaca cerita secara online. Hmm, cerita apa ni..
"I climbed to his lap, making him say 'I want you more' and I slowly lean forward to make him-," habis panas aku rasa mukaku. Ini cerita..
"What? I am a guy anyway," bela Hafizan, melihat aku dengan muka tak bersalah dia. Dia kemudian melihat pada dirinya sendiri, "Kan?,"
No comment.
"Alah, cikgu baca lah lagi," pinta Izzat.
Semua pelajar menumpukan mata padaku. Gila apa?!
"Hey, korang ni masih bawah umur, mana ada boleh baca cerita macam ni-,"
"Bawah umur? Oh, tak. Seingat saya, kami semua dah berumur 20 tahun," beritahu Harun.
Hah?
Macam mana boleh aku miss informasi penting ni?
"Kecuali Ridhuan," ejek Michael. Ku lihat Ridhuan sudah membuat muka.
"Oh, tak apa, dalam masa tiga minggu lagi, aku akan berumur 18 tahun so carry on," kata Ridhuan.
"Apa lagi cikgu, sambung lah baca," sahut Izam.
Mereka ni..
"Telefon ni dah dirampas, dan Hafizan, kamu tinggal di bilik ni pada waktu rehat nanti, sekarang kita buat latihan," kataku berputus asa, kalau aku suruh kembali membaca, mana lah mereka nak.
"Kenapa?," soal Hafizan lurus bendulnya. Aish, tak hairan lah dia ni masih tak tamat sekolah lagi.
"Tindakan displin," kataku lalu menayangkan telefon bimbitnya. Sumpah aku tengok muka dia seperti baru tersedar.
ANDA SEDANG MEMBACA
Oi, umurku 28!
RomanceNama: Iwanaina Matussin. Usia: 28 tahun. Status: Bujang Situasi: Sepatutnya dah jadi isteri orang, tapi tunang 5 tahun aku dah berkahwin dengan Mimi, adik aku sendiri. Memang aku redha, tapi redha tidak akan mendiamkan bebelan mama di rumah. Hampir...
