"Nak saya papah awak naik tak?," soalan dari Ridhuan yang membuatkan aku sedikit menjauhkan diriku secara fizikal.
"No, thanks, ah, macam mana kamu nak balik ni?," soalku. Oleh kerana Ridhuan datang dengan kereta ku, memang lah dia tak ada pengangkutan.
"Tunggu driver saya lah lagaknya,"
"Bila driver kamu akan datang?,"
"Lebih kurang 40 minit lagi, kalau dia tak sesat,"
Aduh, kasihan pulak aku dengan dia ni. Dia susah-susah tolong aku, sekarang dia pulak yang susah. Tak kan aku nak suruh dia tunggu dalam rumah aku ni kot? Eh, malu lah, nanti mama bising pulak nak tanya apa-apa kat dia.
"Kamu boleh pakai kereta cikgu dulu kalau kamu nak balik," beritahuku lalu menghulurkan kunci kereta yang tadinya diberikan padaku.
"Well, Naina dearest, kenapa tak Naina jemput saya masuk ke rumah?," tawaran Ridhuan yang agak...mengancam.
"No, kamu pakai lah kereta cikgu," suruhku.
"Tapi esok macam mana cikgu nak pergi kerja?," soal Ridhuan. Matanya memandangku tanda mengharap. Nak harap apa?! "Nak saya ambil tak esok?,"
"Boleh ke ambil cikgu?," soalku bila memikirkan esoknya aku tiada pengangkutan.
"Great deal," jawab Ridhuan, tersenyum senang. "Beside, Naina juga perlukan rehat kan?,"
"Ya, rasanya,"
"Well, pergi lah masuk," beritahu Ridhuan. Tanpa banyak berlengah, aku memasuki rumahku. Dia melambai-lambai tangan bagai budak kecil padaku. "See you tomorrow, Assalamualaikum,"
Aku tersenyum lalu membalas lambaiannya. "Waalaikumsalam,"
Setelah menutup pintu depan rumahku, aku dikejuti dengan kelibat mama yang menantiku di belakangku. Denyutan kepala yang tadi menghilang, terasa semakin kuat.
"Ma, apa yang mama buat ni?," soalku bila kejutku dah redha.
"Siapa tu? Kenapa Ina balik awal? Ya Allah, pucatnya muka, kenapa?," bertubi-tubi soalan yang mama tembak padaku.
"Pelajar Ina, Ina kurang sihat, panjang ceritanya ma,"
"Haa, kamu naik lah atas, tidur, bawa berehat,"
Aku mengangguk sebelum melangkah kaki ke bilikku. Baru sahaja merebahkan diri, aku akhirnya terlelap.
TEPAT jam lima subuh, aku bingkas bangun lalu mengerjakan rukun Islam kedua. Selesai ku membaca surah Al-Fatihah, tanganku panjatkan sekali lagi, berdoa pada yang Satu. Agar dijodohkan dengan lelaki yang soleh dan bisa membimbingku kelak.
Tapi, layak kah aku meminta pada-Nya?
Setelah doa di Aminkan. Aku menuju ke almariku untuk memilih baju kerja. Hari ni memang aku bersiap lebih awal. Sebab aku ingat hari ni pelajar aku akan singgah menjemputku.
Yelah, dah lah dia susah payah menjemput aku, tak kan nak biarkan dia tunggu lama kat halaman rumahku. Setelah puas hati dengan penampilanku hari ni, aku bersedia untuk menegur mama hari ni.
"Oh, dah siap kamu Ina?," sapa mama. Papa yang membaca surat khabar terhenti sejenak memandangku. Ok, ada sesuatu yang tak normal tentang pagi ni. Sebab mama dan papa tak akan santai macam pagi-pagi ni.
"Dah," jawabku.
"Hello," tegur suara yang aku tak percaya dia akan di sini. Dalam rumah ni?!
"Kenapa kamu masuk?,"
"Ina, tak baik kamu, dari jam 5 pagi dia duk tunggu kamu," beritahu mama, agak senang dengan kehadiran Ridhuan yang baru keluar dari bilik air.
"Mama dah buatkan Ina rasa bersalah," beritahu Ridhuan tersenyum senang.
YOU ARE READING
Oi, umurku 28!
RomanceNama: Iwanaina Matussin. Usia: 28 tahun. Status: Bujang Situasi: Sepatutnya dah jadi isteri orang, tapi tunang 5 tahun aku dah berkahwin dengan Mimi, adik aku sendiri. Memang aku redha, tapi redha tidak akan mendiamkan bebelan mama di rumah. Hampir...