Bab 11

29.4K 1.4K 87
                                    

Melangkah sahaja ku ke restaurant Chicken Rice Shop, senyuman yang memekar tadinya bagi telah disiram racun. Let’s just say, ianya tidak seperti yang aku sangka.

Sebab,

“Oh, cikgu Naina dah sampai,” tegur cikgu Haris. Aku tersenyum paksa melihat cikgu Haris memanggilku. Dia buat apa kat sini? “Sini, Naina,”

Aku mahu tak mahu, hanya mengorak langkah sahaja ke meja yang hanya dihuni oleh cikgu Haris sahaja.

“You look awfully young sekarang,” awfully? Pandai-pandai je dia mengkritik aku ya?!

“You look not bad either,” kataku jujur. Tudungku ku elokkan di kala mendudukkan diri berhadapan dengan cikgu Haris. Cikgu Haris nampak terkejut tapi cepat-cepat dia merubah reaksinya.

“Well, thank you,”

“You’re welcome,” balasku kembali. Cikgu Haris meletakkan telefon pintarnya yang dimainnya dari tadi ke kocek bajunya.

“Aaron kata dia akan lewat malam ni, you know apa maksudnya?,”

Cikgu Aaron, sampai hati awak tinggalkan saya dengan mamat entah apa-apa ni. Aku mengeluh.

“Late dinner?,”

Cikgu Haris tergelak lembut, “No, silly. It means we are alone for a while,”

“Oh, dan?,”

Cikgu Haris tersenyum sekejap, sebelum cuba berlagak ‘cool’ kononnya. Ha, menyampah pulak aku dibuatnya lah. Orang yang ditunggu pulak, masih tak kunjung tiba.

“Apa kata kita nikmati masa ni dengan mengenali diri masing-masing?,” soal Cikgu Haris, meminta pendapat.

“Ok,” kataku kurang berminat dan satu-satunya topik yang akan menarik perhatianku adalah bila kah cikgu Aaron akan sampai?!

“Cikgu-, ah, saya patut panggil Naina je kot? Umur pun tak jauh mana,” jelas cikgu Haris.

“Silakan,”

“Naina, hmm, ringkas disebut, so, reason for transfer?,”

“To the school?,”

“Yup,”

“Pihak atasan yang perintahkan, they said, sekolah korang kekurangan cikgu di sana,” maklumku. “Awak ada reason ke?,”

“Yes, I do,”

Aku mengerutkan dahiku, tak sangka, “And the reason is?,”

Cikgu Haris tertawa janggal, “Menjaga bunga di taman,” rambutnya disasarkannya ke belakang. Hey, he looks familiar pulak ya.

Tunggu, menjaga bunga di taman. Maksud?

“Jangan awak sangka awak akan dapat rebut dia hanya sebab dia dapat rapat dengan awak, those teasings, those talks semuanya adalah permainan semata-mata untuk menutupi the truth,”

Aku terkelu, pertama sebab kata-katanya aku tak faham langsung. Siapa ‘awak’ di sini? Siapa dia? Kedua kenapa tiba-tiba dia...?

Cikgu Haris tertawa kecil, mungkin setelah melihat reaksi wajahku, “Jangan lah serius sangat, I am just joking,”

“Ha, masalahnya saya tak faham the joke,”

“Your face is so priceless,” beritahu cikgu Haris. “Joking, itu dialogue dari filem,”

Dan, aku tak percaya. “Oh,”

“Chill, saya sebelumnya adalah cikgu drama di sekolah rendah,”

“Oh, no wonder muka tu serius semacam je tadi,” kataku, berniat nak mengurangkan kejanggalan. Tapi ada ke drama sekolah macam tu? Drama sekolah rendah pulak tu.

Oi, umurku 28!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang