❦Chapter Four❦

608 113 60
                                    

«ᴇᴠɪʟ ғʟᴏwᴇʀ»
______________________

Ketika Leeseul sedang mencalit lipbalm ke bibirnya di depan cermin, tepat saat itu seseorang melangkah masuk ke dalam tandas perempuan. Ya, saat itu Leeseul berada di dalam ruangan tandas hanya ingin melihat imejnya di pantulan cermin. Melihat kedatangan seseorang, atau lebih tepatnya Hwayeon membuat Leeseul rasa muak dan tak suka akan gadis itu.

Manakala Hwayeon berusaha menguatkan dirinya lalu menuju ke singki untuk membasuh tangannya. Suasana diam seketika sehinggalah Leeseul mula bersuara.

"Kau sekelas dengan Sunghoon kan? "

Hwayeon diam untuk beberapa saat sebelum dia mengangguk. "N-ne.. "

"Patutlah. Korang nampak rapat je sejak kebelakangan ni. "

Hwayeon tak tahu apa yang harus dia katakan. Sejujurnya Hwayeon tak ingin sesiapa memusuhinya termasuk Leeseul. Kalau diberi peluang Hwayeon nak sangat jelaskan semuanya pada Leeseul. Oleh itu dengan segala keberanian Hwayeon menoleh untuk menghadap Leeseul. Leeseul pula menyilang tangannya di dada apabila Hwayeon menghadapnya.

"Leeseul-ah, kau dah salah faham ni. Aku dan Sunghoon.. kitorang jadi rapat sebab kami pernah buat tugasan kumpulan. Tapi siyes, kami takde pape hubungan lebih dari kawan. " jelas Hwayeon.

Leeseul mengangkat sebelah keningnya ke atas. "Boleh percaya ke kata-kata kau ni? "

"Betul. Tak percaya, kau tanya Sunghoon sendiri. Kalau kau nakkan dia sangat, aku tak kisah. Sebab aku takda hak nak halang kau. "

Leeseul tersenyum sinis setelah mendengar kata-kata Hwayeon itu. "Baguslah kalau macam tu. So aku nak kau jauhkan diri dari Sunghoon. Kalau kau tak dengar cakap aku.. " Leeseul menapak beberapa langkah mendekati Hwayeon. Manakala Hwayeon sudah menundukkan wajahnya. ".. siap kau. "

Hwayeon menelan air liurnya. Nak tak nak Hwayeon mengangguk laju membuatkan Leeseul sedikit rasa puas hati. Tak sangka seketul Hwayeon ni takut berhadapan dengan Leeseul. Daripada berlama-lama di situ, Leeseul pun melangkah keluar dari bilik tandas perempuan itu. Setelah memastikan Leeseul betul-betul sudah beredar, Hwayeon melepaskan nafas panjang.

"Takpe, Hwayeon. Ini demi kebaikan kau jugak. " monolog Hwayeon sendiri.

---

Sejak dari kejadian di mana Leeseul mengugut Hwayeon, sejak itu Hwayeon berusaha menghindarkan dirinya dari Sunghoon. Ketika Sunghoon ingin berbicara, nak tak nak je Hwayeon bercakap dengannya.

Semua tu disebabkan Hwayeon ingat kata-kata Leeseul. Hwayeon tak nak situasi menjadi lebih buruk kalau dia dan Sunghoon jadi rapat. Hwayeon tak nak dirinya dipermalukan lagi seperti hari-hari sebelum ini. Dan dia tak nak berlaku pergaduhan antara Leeseul dengannya yang cuma disebabkan seorang lelaki.

Tidak dinafikan bahawa Sunghoon juga perasan akan perubahan sikap Hwayeon tetiba. Apalagi gadis Leeseul itu pula seperti biasa berusaha mendekati Sunghoon. Sunghoon pula? Mestilah tak suka. Sudah dibilang jangan berjumpa atau mendekatinya, Leeseul tetap keras kepala. Nasib baiklah bijak kalau menjawab exam.

Suatu hari, Sunghoon berniat ingin bercakap dengan Hwayeon apabila kelas mereka sudah kosong menandakan pelajar-pelajar lain sudah keluar dari kelas.

"Hwayeon-ah, boleh kita bercakap kejap? " ujar Sunghoon.

Kelihatan Hwayeon ragu-ragu ingin menjawab. "Umm..a-aku..maaf, Sunghoon. Aku kena cepat pulang ni. Ada hal keluarga. Lain kali je la k? Bye. " Hwayeon berusaha mengelak daripada bertentang mata dengan Sunghoon.

Namun langkah Hwayeon terhenti apabila Sunghoon menahan lengannya tapi taklah kasar sangat namun mampu membuat Hwayeon menoleh semula ke arah Sunghoon. "Kau ingat aku tak perasan ke yang kau cuba nak hindar dari aku? Hwayeon-ah, cuba cakap bebetul. Aku ada buat pape ke yang buat kau tak selesa? "

Perasaan Hwayeon mulai tak sedap hati. "Mana ada.. kau tak buat pape. Tapi aku rasa.. lebih baik kita jadi macam dulu je. Anggap macam kita ni stranger. Sorry Sunghoon. " lepastu Hwayeon blah.

Hanya satu sebab yang muncul di fikiran Sunghoon saat itu. Tangannya sudah mengepal penumbuk.

________________

+Team Leeseul or Hwayeon?

+Hehe ni macam soalan 'team Seojun ke Suho?'

+mohon menahan diri daripada mencarut yerr

Evil Flower | Park SunghoonWhere stories live. Discover now