«ᴇᴠɪʟ ғʟᴏwᴇʀ»
______________________Tak!
"Akh! "
"Aigoo maafkan saya.. " Jake meminta maaf apabila dirinya tak sengaja terlanggar seorang gadis. "I-it's okay. " balas pelajar perempuan itu. Jake melihat ke lantai dan matanya tertangkap sebuah telefon yang terletak kemas di atas lantai itu. Oh, kuat sangat ke Jake terlanggar dia sampai telefon milik gadis itu terjatuh? Apa-apapun, Jake merendahkan badannya lalu mengutip telefon itu sebelum dihulurkan kepada gadis di hadapannya.
Belum sempat gadis itu mengambil, namun Jake melihat sesuatu yang tertayang di skrin telefon yang menarik perhatiannya. "Tunggu kejap. " Jake tak jadi menghulurkan telefon itu sebaliknya dia pula yang menatap skrin gajet itu. Ia merupakan sebuah video yang belum dimainkan. Jake memandang hairan ke arah gadis di hadapannya. "Nama awak Yuna kan? Video apa ini? "
Pelajar perempuan yang namanya Yuna itu mulanya agak ragu ingin memberitahu tapi memandangkan Jake ialah seniornya, Yuna terpaksa. "Huhh.. i-itu.. video Yeonhee dengan kawannya. S-saya tak sengaja nampak dan dengar perbualan diorang.. jadi saya rakam. " Yuna menggigit bibir bawahnya seraya menunduk setelah menjelaskan.
'Yeonhee?' Tipulah kalau Jake tak kenal siapa Yeonhee. Jake memang kenal siapa Yeonhee, mereka pernah bertemu beberapa kali di sekolah juga. Disebabkan ingin tahu, Jake memainkan video itu.
"Siapa je yang suka dekat Leeseul tu? Dia memang layak pun terima hukuman. Hmph! Disebabkan dia, aku pun terlibat. Tak guna betul."
"Tapi en, kuat juga kau tendang kaki dia. Pfft nak gelak aku bila nampak dia berjalan macam zombie hahahhahaha.. "
"Well, she deserved it anyways. Nasib baik takde sesiapa yang perasan aku tendang dia masa kat trek tu. Alahai dia pula tertolak Hwayeon. In the end, no one trust her hahahahaha..even Sunghoon pun tak percayakan dia. Haihh kesian kesian.."
Lalu video itu berhenti. Jake memproses apa yang berlaku. Jadi dalam situasi ni, Leeseul tak bersalah. Tetapi dia la mangsanya. Jake memandang Yuna semula. "Awak yang record? " Yuna mengangguk. "Kenapa awak buat camtu?"
"Saya rasa kesian dekat Seul sunbaenim. Dulu Seul sunbae pernah tolong saya. So kali ni saya dapat bukti yang dia tak salah. Video tu saya nak tunjuk pada Seul sunbae tapi--"
"Awak dah tunjukkan pada dia ke? " Yuna menggeleng kepalanya. Jake tersenyum lega. Di fikirannya dia terfikir satu idea. "Yuna-ssi, boleh awak bagi saya video ni? Lagi satu, awak tak perlu tunjuk video ni pada Leeseul. Biar saya uruskan. "
___________
"Woi Sunghoon! You should watch this!" Jake terus duduk di sebelah Sunghoon lalu menunjukkan satu video. Video yang sama seperti dilihat oleh Jake dari seseorang yang namanya Yuna itu. Saat itu mereka berada di dalam kelas dan hanya mereka berdua di situ kerana yang lain pergi rehat.
"Dari mana awak dapat video ni? "
Jake sekadar mengangkat bahu. "Bukan itu yang penting, Sunghoon-ah. Kau tak rasa pape ke lepas tengok video tadi? " Sunghoon terdiam. Namun otaknya tengah memproses apa yang berlaku.
'Leeseul.. tak bersalah..'
Satu keluhan panjang terlepas dari mulut Sunghoon. Jake tak boleh untuk tak tersenyum melihat riak muka Sunghoon ketika itu. Rasa bersalah. Memang itu yang dirasai Sunghoon. Memanglah Sunghoon tak suka dekat Leeseul, namun Sunghoon masih ada perasaan. Mengingat semula keadaan Leeseul, gadis itu mempunyai kecederaan lebih teruk. Apalagi tiada sesiapa yang mempercayainya ketika dia berkata yang benar. Tiada sesiapa yang membantu dan percaya. Termasuk Sunghoon. Jika dibandingkan kecederaan Leeseul dengan Hwayeon, kecederaan Leeseul lebih serius. Mungkin disebabkan kelakuan Leeseul selama ini menyebabkan orang lain tak percaya padanya.
"Sunghoon-ah, aku tahu kau rasa bersalah sekarang ni. Why not kau tebus rasa bersalah kau tu dengan tolong dia? Kau tak perlu pun jumpa Leeseul. Kau cuma pergi tunjukkan video ni dekat pengetua. Aku dengar perbicaraan ibu bapa dengan pengetua diorang esok. "
"Kau gila ke? Tak mung-- "
"I know who you are, Sunghoon. Selagi kau rasa bersalah, hidup kau takkan tenang. Betul kan? " Sunghoon terdiam lagi. Kata-kata Jake, semuanya betul. Patut ke Sunghoon dengar cakap Jake?
YOU ARE READING
Evil Flower | Park Sunghoon
Fanfiction[C O M P L E T E D] ❝ Her smell was lovely, But her heart was evil; I tried not to fall for her, Guess I'm lost. ❞ __________________________________________________ ᴀᴜᴛʜᴏʀɴɪᴍ ; @alwaysofmoments ɢᴇɴʀᴇ ; ᴛᴇᴇɴғɪᴄᴛɪᴏɴ-ᴄᴏᴍᴇᴅʏ ʟᴀɴɢᴜᴀɢᴇ ; ᴍᴀʟᴀʏ Starte...