«ᴇᴠɪʟ ғʟᴏwᴇʀ»
______________________Selepas makan malam bersama Keluarga Kim itu, kini Leeseul dalam perjalanan pulang ke rumah. Di dalam kereta, yang memandu ialah si ayah, ibu pula di sebelah tempat duduk pemandu dan di belakang pula adanya Karina dan Leeseul.
Dari tadi Karina tak henti-henti bercakap. Entah apa yang dibualkan tapi yang pasti tentang teman lelakinya yang namanya Kim Sunoo itu. Memandangkan ibu dan ayah dah setuju dengan hubungan mereka, siapa je tak teruja kan?
Sedangkan Leeseul hanya mampu diam dan layan dunianya sendiri dengan bermain telefon. Karina menoleh ke arah adiknya itu yang sejak tadi diam. Bahkan waktu makan malam tadi Leeseul kurang keluarkan suara.
"Seul-ah. " panggil Karina.
"Hm? " sahut Leeseul tanpa memandang Karina.
"Kau okey tak ni? Muka murung je dari tadi. Ada yang berlaku ke kat sekolah? " mendengar soalan dari Karina, membuat Leeseul terimbas kembali tentang Sunghoon dan Hwayeon. Tanpa membalas soalan itu, tetiba Leeseul menyuruh ayahnya berhentikan kereta.
"Pa, berhentikan kereta depan kedai 7E. "
"Kenapa pula ni Seul? " ini Puan Lee yang menyoal.
"Haa yelah yelah. " Tuan Lee pula dengar je arahan anaknya itu. Setibanya di depan kedai 7E, Tuan Lee memberhentikan kereta. Leeseul terus keluar dari kereta lalu masuk ke dalam kedai itu.
Bukannya apa pun, Leeseul cuma nak beli benda-benda yang manis sebab moodnya tak berapa baik. Hanya dengan makan makanan manis jalan penyelesaiannya. Leeseul mengambil tiga balang gula-gula lalu menuju ke kaunter.
Tapi yang buat tak puas hati ni bila kaunter tu takde orang. Leeseul mengeluh malas. Sementara menunggu penjaga kaunter, Leeseul keluarkan telefonnya lalu melihat ruang sembangnya yang penuh dengan chat Heejin dan Sunhwa terutamanya.
"Maaf sebab menunggu lama. Tadi saya di belakang stor. " ujar seseorang membuatkan Leeseul menoleh. Sungguh tak percaya kerana orang yang menjaga kaunter itu ialah..
"Sunghoon oppa? " Sunghoon juga agak terkejut namun dia cuba mengawal reaksinya.
Sunghoon mula melakukan kerjanya. Sedangkan Leeseul masih menatap lelaki itu tak percaya. Macam mana dan kenapa Leeseul boleh bertemu dengan Sunghoon di kedai tu? Dan sejak bila Sunghoon kerja kat situ?
"Semuanya tiga puluh ringgit. " ujar Sunghoon seraya menghulurkan satu beg plastik yang isinya balang gula-gula yang dibeli oleh Leeseul.
Leeseul mengeluarkan kad kreditnya lalu dihulurkan kepada Sunghoon. Leeseul hanya memerhati pergerakan Sunghoon. Setelah selesai, Sunghoon mengembalikan kad itu dengan penuh santun.
"Terima kasih sebab datang. " kata Sunghoon. Leeseul tahu yang Sunghoon cuma menjalankan kerjanya. Leeseul pun mengambil kadnya.
"Sejak bila Sunghoon oppa kerja sini? " soalan pertama. Dalam hati, Sunghoon berharap sangat yang Leeseul akan pergi segera namun nampaknya gadis itu cuba berbasa-basi dengannya.
"Semalam. " jawab Sunghoon pendek. Leeseul mengangguk. Sunghoon melirik beg plastik yang dihulurnya pada Leeseul tadi. Gila ke beli tiga balang gula-gula terus?
"Kau beli tiga balang terus. Tak takut gigi rosak ke? " Leeseul tersenyum kecil apabila Sunghoon berkata demikian. Entahlah, tapi nampak macam Sunghoon risau je. Eleh perasannya kau Leeseul.
"Biarlah rosak. Gigi aku, bukan gigi kau. "
"Ye, gigi kau. Bukan gigi aku. Aku harap sangat semua gigi kau tu rosak nanti. "
"Jahatnya you ni! " beberapa detik kemudian, Leeseul terus menekup mulutnya. Leeseul tersedar dia baru je cakap 'you' dekat Sunghoon tadi padahal Sunghoon tak suka akan panggilan itu. Nak buat macam mana? Leeseul dah terbiasa panggil macam tu bila dengan Sunghoon je.
"Umm kerja baik-baik Sunghoon oppa. A-aku.. pergi dulu lah. Bye! Jumpa esok! " Leeseul melambai namun Sunghoon hanya menjeling dan sambung buat kerja.
Agak mengecewakan. Leeseul mencebik kecil sebelum melangkah keluar dari kedai itu.
Tanpa Leeseul sedari, diam-diam Sunghoon memerhati gadis itu sehinggalah Leeseul keluar dari kedai. Setelah memastikan Leeseul betul-betul dah keluar, Sunghoon memejamkan matanya lalu satu keluhan panjang dilepaskan.
Sedari tadi, Sunghoon rasakan atas kepalanya-lebih tepat di bahagian dahinya-dia sedar peluhnya mulai menitis. Persis seperti orang kepanasan. Padahal di dalam kedai itu dingin je. Ditambah lagi dengan adanya pendingin hawa. Aneh bukan?
Sunghoon mengambil sehelai tisu lalu mengelap cecair asin yang menitis di dahinya sambil memikirkan apa yang sudah terjadi dengan dirinya.
"Kali ni bau tu lebih menyengat. "
Sunghoon menurunkan tangannya, tisu yang berada di tangan digenggam erat.
___________________
+ drop your comments. What is wrong with Sunghoon?
YOU ARE READING
Evil Flower | Park Sunghoon
Fanfiction[C O M P L E T E D] ❝ Her smell was lovely, But her heart was evil; I tried not to fall for her, Guess I'm lost. ❞ __________________________________________________ ᴀᴜᴛʜᴏʀɴɪᴍ ; @alwaysofmoments ɢᴇɴʀᴇ ; ᴛᴇᴇɴғɪᴄᴛɪᴏɴ-ᴄᴏᴍᴇᴅʏ ʟᴀɴɢᴜᴀɢᴇ ; ᴍᴀʟᴀʏ Starte...