❦Chapter Eight❦

601 104 63
                                    

«ᴇᴠɪʟ ғʟᴏwᴇʀ»
______________________

Sehelai sticky note terlekat di depan pintu loker Leeseul kelihatan. Pelajar-pelajar lain yang melihat sticky note itu ada yang cuba tergelak sehinggalah Leeseul datang. Dahinya berkerut seribu apabila melihat sticky note yang asing itu.

Leeseul mencabut ia sebelum dibacanya ayat yang tertulis kat note itu. Ah sudahlah. Menyesal betul baca ayat-ayat jiwangnya tu. Tak usah dijelaskan, persoalan sekarang ni siapa yang lekat suka hati sticky note di pintu loker Leeseul? Dahlah tak bagitahu nama. Leeseul tanpa banyak fikir lagi terus merenyukkan kertas itu lalu menghulurkan ke arah Jake yang baru saja ingin membuka pintu lokernya juga.

Jake memandang hairan kat Leeseul. Ya, loker diorang bersebelahan je.

"Asal kau bagi kat aku lak? " tanya Jake.

Leeseul berdecit kesal sebelum mencapai tangan Jake lalu meletakkan kertas yang dah direnyukkan itu ke atas tapak tangan Jake dengan kasar. "Tolong buang benda tu. Thanks. " ujar Leeseul sebelum melangkah pergi dari situ.

Jake tak habis fikir, dahinya berkerut memandang kertas di atas tapak tangannya. Mengangkat bahunya tanda tak kisah, Jake pun membuang kertas itu ke dalam tong sampah yang berdekatan.

___________

Hwayeon saat itu saja je nak jalan-jalan kat taman sekolah. Di genggamannya ada sebuah buku yang selalu dibawa ke mana-mana.

"Kau buta ke?! "

Langkah Hwayeon terus terhenti bila mendengar tengkingan itu. Hwayeon mula tercari-cari dari mana arahnya suara itu.

"M-maaf.. "

"Lihat kasut aku! Dah kotor sebab kau! Kau tau tak kasut ni mahal! Kau ada duit nak ganti ha? Ada? Takde kan?! "

Sangatlah mengejutkan. Kedua mata Hwayeon membulat bila mengetahui orang yang sedang marah tu ialah Leeseul. Dan yang dimarahi tu pula salah satu rakan sekelas Hwayeon iaitu Ningning. Kelihatan Ningning sedang berlutut di depan Leeseul.

Siapa je tak terkejut? Hwayeon pandang sekeliling kalau ada pelajar lain kat situ. Ah, ini kan taman. Memang tempat yang sunyi sebab jarang pelajar datang ke situ.

"Aku tak kisah! Aku nak kau bersihkan kasut ni! " tengking Leeseul lagi.

"T-t-tapi.. m-macam m-mana.. " Leeseul tersengih sinis bila terfikirkan sesuatu.

"Macam mana lagi? Jilatlah! " kasut putih bersih milik Leeseul dah kotor sebab Ningning tak sengaja jatuh dan aiskrimnya terkena kasut Leeseul. Dah tahu kan perangai Leeseul tu macam mana? Sebab tu dia marah sangat tu.

Manakala Hwayeon lagi terkejut bila mendengar arahan Leeseul. Bukan ke melampau sangat permintaan tu? Kan?

"Haih pekak ke? Aku suruh jilat kan? Ke kau nak ganti yang baru? Hmph kau mana ada duit nak ganti pun. " Ningning menunduk, tubir matanya sudah mengalirkan air mata.

Hwayeon tambah terkejut apabila Ningning mula merendahkan badannya atau lebih tepatnya mendekati kasut Leeseul. Hwayeon dah tak tahan dengan sikap Leeseul lagi. Oleh itu, dia beranikan diri untuk mara.

"Ningning, hentikan. " serta-merta Ningning terhenti manakala Leeseul terus menoleh. Bibirnya menarik senyuman sinis.

"Wow penyelamat kau dah datang. " ujar Leeseul memaksudkan Hwayeon. Hwayeon enggan pedulikan Leeseul malah dia membantu Ningning untuk berdiri.

Ningning dari tadi hanya menunduk dan kini dia berdiri di belakang Hwayeon. Leeseul menatap tajam ke arah Hwayeon. Begitu juga sebaliknya.

"Sejak dapat Sunghoon, kau dah berani eh?"

"Leeseul, please. Tolong jangan libatkan sesiapa termasuk Sunghoon. Aku datang sebagai rakan sekelas Ningning. "

Leeseul berdecit kecil. "I don't care what are you tryin' to say. Tapi aku rasa kau pun takde kaitan dengan situasi sekarang ni. "

"Ningning kawan aku. So aku kena tolong dia. Berhenti membuli orang lain macam kau buli aku dulu, Leeseul. "

"What? Buli? Sejak bila aku membuli hah? And one more thing, sejak bila kau berani lawan aku? For your info Miss Kim Hwayeon, status kau rendah dari aku. " Hwayeon terasa dengan kata-kata Leeseul.

"I have everything. But you? You are nothing. So berhenti berlagak yang kau lebih kuat dari aku. Sebab bila-bila masa aku boleh jatuhkan kau. Even maruah kau sekali. " seusai berkata, Leeseul mula melangkah.

"Kenapa kau bencikan aku, Leeseul? " langkah Leeseul mulai perlahan setelah mendengar soalan itu.

"Sebab Sunghoon ke? Kalau sebab itu kau bencikan aku, lepasni aku janji takkan berhubung dengan dia lagi. "

Mulanya wajah Leeseul serius. Tapi lama-kelamaan senyuman sinis mulai terukir di bibirnya sebelum dia pusing untuk menoleh Hwayeon semula. Oh, budak Ningning tu masih ada rupanya.

"Aku tak yakin kau akan jauhkan diri dari dia. Sebab Sunghoon yang tak nak jauhkan diri dari kau. " kata-kata Leeseul membuat Hwayeon berkerut dahi.

"Kau ingat aku tak tahu ke yang Sunghoon tu sukakan kau? "

Wahai Leeseul, jangan lupa yang kasut kau dah kotor sebab terkena aiskrim coklat.







● ● ●

Ningning guys! Cute en?♥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ningning guys! Cute en?♥

Evil Flower | Park SunghoonWhere stories live. Discover now