❦Chapter Twenty Five❦

567 98 187
                                    

The whole storyline is secured to read, so no worries^.^

«ᴇᴠɪʟ ғʟᴏwᴇʀ»
______________________

Sudah sekian lama Leeseul tak menjejakkan kaki di perpustakaan sekolah. Tapi pada hari itu dia akhirnya masuk juga. Tujuannya cuma nak cari buku sebagai rujukan. Sekeji-kejinya Leeseul, tapi dia pandai belajar.

Leeseul menuju ke rak buku di bahagian buku rujukan. Ketika dia mencari buku, tetiba Leeseul terdengar seseorang bersiul-siul dari rak sebelah. Leeseul perhatikan sekelilingnya. Keadaan sunyi tapi orang itu masih bersiul-siul. Leeseul ketepikan rasa tak sedap hati itu dan teruskan mencari buku. Leeseul mengambil sebuah buku itu lalu dibeleknya. Tanpa sedar, seseorang memerhati Leeseul tak jauh darinya. Orang itu melangkah tanpa membuat sebarang bunyi ke arah gadis itu.

"Leeseul. "

"Kamjjak-Umphh! " orang itu terus menekup mulut Leeseul. "Shhh jangan menjerit. Ini library. " bisik orang itu. Leeseul mulai cemas kerana orangnya lelaki. Leeseul pun menenangkan dirinya, kata-kata lelaki itu betul jugak. Setelah Leeseul bertenang, barulah lelaki itu mengalihkan tangan dari menekup mulut Leeseul. Gadis itu menoleh, kedua bola matanya membulat setelah mengetahui siapa lelaki itu. "Taehyun? "

"Sorry. Saya takde niat nak buat awak terkejut pun. " kata Taehyun. Leeseul memutar bola matanya malas. Baru saja Leeseul ingin pergi, tetiba Taehyun menarik lengan gadis itu sehingga Leeseul kembali menghadap Taehyun. Lebih terkejut lagi bila Taehyun hampir menghapus jarak antara mereka. Leeseul mulai diselubungi rasa gelisah.

"Leeseul-ah, kenapa awak reject saya hm? " soal Taehyun dengan lembut. Sebelah tangan Taehyun terangkat dan hendak menyentuh pipi gadis itu. Tak sempat ia sentuh, Leeseul bersuara, "Kau sentuh pipi aku, nahas kau. "

"Ops, sorry. " Taehyun berpindah mengusap rambut Leeseul pula. "Awak tau tak Leeseul? Awak buat semua lelaki tergilakan awak. " Leeseul terus menepis tangan Taehyun dengan kasar.

"Oh ya? Well, aku kan cantik. Of course semua lelaki akan tersuka aku. " ujar Leeseul bangga. Taehyun suka melihat keyakinan gadis itu. "Tapi sayangnya. Si pujaan hati awak tak suka kat awak pun. Betul tak? "

"Apa masalah kau ni Taehyun? Jauhkan diri dari akulah. " Leeseul menolak dada Taehyun agar boleh terlepas dari kuncian itu. Taehyun tersenyum sinis.

'Lemahnya. Tapi aku tak nak lepaskan peluang ni. Dia sangat wangi.'

• • •

"Tolong aku carikan buku tu kat library? Nanti aku belanja kau. Okey? Thank you Hoon."

Untuk kesekian kali, Sunghoon menghela nafas malas. Buku di tangannya dia letak semula kat rak itu semula. Jake meminta tolong untuk carikan buku tapi tak jumpa-jumpa. Kenapa tak cari sendiri je? Haih.

Sunghoon melangkah sambil matanya memerhati setiap tajuk buku yang tersusun. Kot-kot terjumpa kat mana-mana.

"Tapi sayangnya. Si pujaan hati awak tak suka kat awak pun. Betul tak? " langkah Sunghoon terhenti tatkala mendengar suara itu. Mulanya Sunghoon tak kisah. Mungkin itu pelajar lain yang dating senyap-senyap kat library. Sunghoon tak nak masuk campur. Tapi hidungnya menangkap satu bau yang agak familiar. Bau harum yang selama ini dia nak elak tapi boleh pula tercium kat situ.

Sunghoon pasti bau itu berada dekat dengannya sehinggalah Sunghoon terdengar satu suara. "Apa masalah kau ni Taehyun? Jauhkan diri dari akulah. "

'Tunggu. Suara ni.. bau ni..' Sunghoon tanpa banyak lengah mempercepatkan langkahnya. Dia tahu suara itu datang dari rak sebelah. Sebab dia kenal pemilik bau itu dan suara itu. Apalagi nama Taehyun disebut.

Sunghoon menggenggam penumbuk apabila melihat situasi di mana Taehyun mengunci Leeseul dan mengambil kesempatan untuk mendekati gadis itu. Sedangkan Leeseul berusaha mengelak kerana tak selesa.

Entah apa yang merasuki Sunghoon, dia menghampiri Taehyun lalu menarik lelaki itu agar menjauhi Leeseul. Leeseul pula ternganga kerana Sunghoon datang menyelamatkannya dari situasi tadi.

"Aku ingat kau boleh kawal diri. Rupanya kau lebih teruk dari aku, Taehyun. " kata Sunghoon. Kemudian Sunghoon beralih memandang Leeseul. Tanpa sebarang kata, Sunghoon mencapai tangan Leeseul lalu membawanya pergi dari situ.

Taehyun hanya melihat dua manusia itu pergi sehingga hilang dari pandangan. Perlahan sudut bibir Taehyun terangkat. "Sunghoon, Sunghoon. Kau pun tak boleh tipu perasaan kau sendiri."














Laki siapa ni? Aip mesti la laki aku- I mean, mestilah laki beomgyu sjksjsjsjjsjsj jangan marah Taehyunnie sebab dapat watak camtu huhu marah dina je la hikseu-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Laki siapa ni? Aip mesti la laki aku- I mean, mestilah laki beomgyu sjksjsjsjjsjsj jangan marah Taehyunnie sebab dapat watak camtu huhu marah dina je la hikseu-

Evil Flower | Park SunghoonWhere stories live. Discover now