❦Chapter Thirteen❦

556 111 70
                                    

«ᴇᴠɪʟ ғʟᴏwᴇʀ»
______________________

Tanpa sebarang keraguan, dengan beraninya Leeseul masuk ke dalam kelas yang bukan kelasnya. Semua pelajar dalam kelas itu kehairanan tapi Leeseul endahkan semua tu dan fokus mencari seseorang bernama Kang Taehyun.

Langkah Leeseul mendekati ke arah Taehyun yang sedang sibuk menulis sesuatu di bukunya.

Tak!

Kegiatan Taehyun terhenti apabila seseorang mengganggunya. Dilihatnya beg kecil yang diletakkan di atas mejanya sebelum mengangkat wajahnya. Gadis itu, Leeseul, sedang menyilangkan tangannya di dada. Wajahnya seolah meminta penjelasan. Taehyun pula kekal dengan wajah tenangnya.

"Jangan pura-pura, Taehyun. Jujur, ini dari kau kan? Dan note hari tu pun dari kau kan? " Taehyun diam sejenak. Tak lama selepas itu, satu senyuman tipis terukir di bibirnya.

Taehyun pun berdiri lalu menghadap Leeseul yang sedang menatapnya serius. "Cepatnya awak dapat teka. "

"Heol. Jadi betul itu kau? "

"Kalau ya kenapa? Apa awak nak buat? " Leeseul mengecilkan matanya sehinggalah kelibat seseorang menarik perhatian Leeseul.

Park Sunghoon.

Lelaki itu baru masuk melalui pintu belakang. Ah, Sunghoon rupanya sekelas dengan Taehyun. Taehyun sedar yang Leeseul memandang di belakang membuat Taehyun turut menoleh. Sunghoon yang merasa diperhatikan turut menoleh. Dia hairan. Asal Leeseul kat kelas diorang ni?

Beberapa saat selepas itu, Sunghoon memutuskan pandangan lalu menuju ke tempat duduknya. Leeseul juga mengalihkan pandangannya.

"Jangan lakukan ini lagi. Aku tak suka. " kata Leeseul.

"Awak tak suka ini atau awak tak suka saya?" Leeseul menatap tajam tepat ke anak mata Taehyun.

"Semuanya aku tak suka! Jangan ganggu aku lagi. " lalu Leeseul beredar keluar dari kelas itu. Ketika melihat Sunghoon tadi, dia teringat kejadian tiga hari yang lalu di mana Sunghoon menyakiti hati Leeseul dengan kata-kata.

Sejak hari itu, Leeseul dah tak ganggu mahupun bertemu dengan Sunghoon seperti yang dijanjikan. Hari itu, boleh pulak Leeseul berjumpa dengan Sunghoon di kelas lelaki itu sendiri.

Leeseul menggeleng kepalanya perlahan. Malas ah nak fikir benda yang berlalu. Langkah Leeseul dipercepatkan apabila loceng tetiba berbunyi menandakan kelas akan bermula tak lama lagi.

________________

"Seul-ah, kenapa kau dah tak terkejarkan si Sunghoon tu? "

"Ha ah. Aku ingat kau akan buat dia sayangkan kau. Tapi kau lak yang give up awal-awal. Something happen ke? "

Leeseul berhenti mengacau makanannya lalu memandang Heejin dan Sunhwa. "Eonni aku cakap, buat apa nak kejar lelaki yang takde perasaan dekat kita? Tu buang masa namanya. "

"Wah, betul ke ini Leeseul yang aku kenal? "

"Andwae.. n-ni bukan Leeseul. Leeseul yang kami kenal takkan give up punya. "

"Siapa cakap aku akan give up? " kata-kata Leeseul ini membuat Heejin dan Sunhwa tak faham.

"Habis tu? Ke kau ada plan sesuatu? " soal Heejin.

"Nah, aku tak plan pape pun. Tapi.. " Sunhwa dan Heejin teruja sangat nak tahu sampai mata tak berkelip memandang Leeseul.

"Tapi aku masih tak suka perempuan tu. Kim Hwayeon.. aku masih tak puas hati. Aku tak faham, apa yang menarik sangat kat dia? Kenapa Sunghoon boleh tertarik kat dia? Apa kurangnya aku? Hishh disebabkan deal tu, aku pula kena jauhkan diri dari Sunghoon. Tak guna betul lah.. " disebabkan geram, sampai tak sedar Leeseul menggenggam erat sudunya. Wahai Leeseul, kau sendiri yang buat deal tu tapi kau lak menyesal.

Namun lama-kelamaan, pegangan itu makin longgar. Wajah Leeseul juga bertukar jadi sedih balik. Kemudian matanya beralih memandang ke arah Sunghoon yang sedang bersama Jake itu. Boleh pula dia senyum, boleh pula dia gelak.

'Happy la tu sebab aku dah tak kacau hidup kau, kan Sunghoon?'

_______________

+ double up ! Hehe Taehyun beraksi~

+ dina nak mintak maaf kalau jalan cerita ni jauh dari expectation korang hikseu-

Evil Flower | Park SunghoonWhere stories live. Discover now