❦Chapter Nine❦

583 105 83
                                    

«ᴇᴠɪʟ ғʟᴏwᴇʀ»
______________________

"Omo cantiknya dia. "

"Apa dia buat kat sini? "

"Entah-entah tunggu boyfriend kot."

"Weh tu bukan si instafemes tu ke? Aku rasa tu dialah! Cantik siaaaa."

Si gadis berambut panjang dan lurus itu hanya mengabaikan bisikan-bisikan orang terhadapnya. Saat itu, dia berdiri sambil bersandar pada keretanya ala-ala model gitu. Visualnya yang mempesona itu menarik perhatian orang sekeliling. Tapi tujuannya hanya satu iaitu menunggu seseorang.

"Ish mana dia ni? Tak keluar-keluar lagi.. " macam mana nak sabar? Dah dekat 15 minit kot dia berdiri tunggu seseorang tapi orang tu belum keluar dari gate sekolah.

Menunggu punya menunggu, akhirnya orang itu pun muncul. Senyuman mulai terukir di bibirnya sebelum melambai ke arah orang itu.

"Yah! Seul-ah! "

Manakala si pemilik nama itu pula terkejut apabila melihat orang yang baru memanggilnya. Sangat tak percaya sebab dia datang ke sekolahnya.

"Eo? Tu.. Karina eonni kan? " kata Heejin.

"Wahh aku rasa dia nak jemput kaulah, Seul. " ujar Sunhwa pula. Leeseul tak bercakap pape. Dia mula melangkah menghampiri orang itu atau lebih tepatnya kakaknya iaitu Karina. Heejin dan Sunhwa hanya mengikut Leeseul.

"Apa eonni buat kat sini? "

"Haih buat apa lagi? Mestilah nak jemput kau. "

"What? Mana uncle driver tu? Kenapa mesti eonni yang datang? "

Tanpa amaran Karina memeluk adiknya itu membuatkan Leeseul membulatkan kedua matanya. Betul ke ni kakak aku?

"Alaaa eonni tahu kau mesti kesal dengan eonni lepas kita gaduh hari tu. " lalu Karina meleraikan pelukan itu. Dia memegang kedua bahu Leeseul.

"Eonni nak cakap sorry. Untuk menebus kesalahan eonni, eonni nak ajak kamu pergi shopping hari ni. Macam mana? " wajah Karina saat itu berseri sangat.

"Tch, aku penatlah hari ni. Aku nak rehat. "

Karina membuat muka cemberut. "Ish mana boleh camtu. Ni shopping tau. Kau boleh beli apa je kau nak. Haa tengok kasut kau tu. Eonni nampak kotor je kasut kau. Tak malu ke kalau orang lain nampak? Macam mana pula boleh kotor ni? Kau pijak najis ke apa? Sekolah korang ni tak bersih ke? Takde cleaner ke kat sek-- "

"Eonni stop ! " sebelum Karina melalut, Leeseul segera menghentikannya dengan memotong percakapan Karina. Manakala Heejin dan Sunhwa dari tadi menahan gelak.

"Ahh sorry. Oh? Korang berdua kawan baik Leeseul kan? Ummm ni Hajin dan kau pula Sun..Sun.. Sunki? Ahh dah lama aku tak balik sini. Nama korang pun aku lupa. " Karina tertawa sendiri. Heejin dan Sunhwa hanya mampu berpandangan. Dahlah salah sebut nama, lepastu tunjuk orang yang salah. Tadi Karina tunjuk Heejin sebagai 'Sunki' dan Sunhwa pula 'Hajin'.

"Umm saya Heejin. "

"Saya Sunhwa. "

Leeseul mengeluh tak tahu nak buat apa. Tak sangka Karina akan datang menjemputnya. "So, Leeseul? Jomlah. " ajak Karina.

Sebelum Leeseul menjawab, kebetulan dia ternampak Sunghoon yang baru keluar dari gate sekolah. Leeseul terfikirkan sesuatu sebelum memandang Karina semula. "Eonni, tunggu kejap eh. "

Sepantas kilat Leeseul berlari menghampiri Sunghoon lalu menghalang lelaki itu. Macam biasa, riak wajah Sunghoon kosong bila melihat gadis itu. Baru je dia nak bebas tanpa melihat Leeseul tapi gadis tu pula muncul sendiri.

Tanpa sebarang amaran, Leeseul menggenggam pergelangan tangan kanan Sunghoon dan menariknya. Sunghoon terkejut sebelum dia menarik tangannya semula dari genggaman Leeseul.

"Apa kau buat ni? "

"Tch, ikut je lah. " sekali lagi Leeseul menarik tangan Sunghoon. Jangan lupa banyak mata yang memandang ke arah mereka. Haih drama betol.

Kedua mata Karina membulat seraya meng-scan Sunghoon dari atas ke bawah lalu ke atas semula. "Who is this guy? "

Leeseul masih belum melepaskan genggamannya pada tangan Sunghoon walaupun hakikatnya Sunghoon sangat tak selesa. "Eonni, kalau eonni ajak pergi shopping, izinkan aku bawa Sunghoon oppa. "

Sunghoon mahupun Karina terkejut dengan permintaan Leeseul. "But-- "

"Or I will not forgive you, eonni. " cantas Leeseul. Karina hanya mampu pasrah sebelum akhirnya dia mengangguk.

"Ha yelah yelah. Tapi siapa dia ni? Boyfriend? "

"Umm a-aku rasa cik dah salah-- "

"No, dia bukan boyfriend I. But he will. " Sunghoon menatap tajam ke arah Leeseul. Tapi gadis itu bersikap biasa saja. Karina pula hanya mengangkat bahunya.

"Okey. Let's go! " Karina terlebih dahulu masuk ke dalam kereta. Sunghoon pada mulanya menolak tapi Leeseul memaksa.

"Masuklah oppa. "

"Tak. Aku taknak pergi. "

"Please. Kali ni je. "

"Kau gila ke? Kita bukannya ada pape pun."

"Yes, I know that. But I janji this is the first and last one. Please Sunghoon.. "

Karina mengeluh bila melihat dua manusia yang masih berbual kat luar sebelum dia menurunkan cermin keretanya.

"Oi! Sudah-sudah lah tu. Cepat ah masuk! " arah Karina sebelum menaikkan semula cermin keretanya.

Sunghoon meniup bangs nya lalu memandang Leeseul. "Last. Kau janji ini last. Lepasni jangan ganggu aku. "

Sedikit mengecewakan tapi Leeseul tak boleh buat apa dah. Dia memasang senyumannya lalu mengangguk seolah dia teruja sangat. Memang teruja pun. Akhirnya Sunghoon dan Leeseul masuk ke dalam kereta Karina. Tak lupa juga Leeseul melambai ke arah Heejin dan Sunhwa.

Di sisi lain, Hwayeon melihat dari awal sampai akhir. Satu keluhan dilepaskan dari mulut sebelum dia melangkah pergi.













+sorry part ni panjang😩

Evil Flower | Park SunghoonWhere stories live. Discover now