❦Chapter Ten❦

576 103 82
                                    

«ᴇᴠɪʟ ғʟᴏwᴇʀ»
______________________

Tarik sana, tarik sini, bawa ke sana, bawa ke sini, pusing ke situ, pusing ke sana, masuk ke kedai itu lepastu masuk ke kedai ini. Ah sudah, Sunghoon betul-betul penat dengan karenah dua adik-beradik itu. Siapa lagi kalau bukan Leeseul dan Karina.

Anak orang kaya memang macam ni ke? Kakak dan adik rupanya sama je. Lebih-lebih lagi si kakak. Muka nampak macam matang je tapi perangai sama je dengan adik.

"Eonni, jom masuk yang ni pula! "

"All for you dik! " baru je Leeseul dan Karina nak masuk ke kedai itu, Leeseul perasan yang Sunghoon tak ikut sama. Leeseul menoleh ke belakang.

"Sunghoon? "

"Nah, korang je lah masuk. Aku tunggu kat sini. " ujar Sunghoon.

"I think kat dalam ada ruang menunggu. Daripada kau tunggu kami kat luar ni, baik kau tunggu kat dalam je. " kata Karina. Leeseul mengangguk setuju dengan cadangan kakaknya. Tapi Sunghoon tetap menolak. Bukan apa, tapi melihat kedai itu ialah kedai mewah, Sunghoon merasa dirinya tak sesuai nak masuk.

"Betul ni? Okeylah. Jangan ke mana-mana tau. " pesan Leeseul. Amboi dia fikir dia ni kekasih Sunghoon ke? Ikutkan hati, Sunghoon nak je larikan diri dari situ. Tapi Sunghoon terfikir deal antara dia dengan Leeseul. Kalau Sunghoon tak temankan Leeseul sampai akhir, sampai bila-bila Leeseul tak akan berhenti mendekati Sunghoon.

Melihat Leeseul dan kakaknya masuk ke dalam kedai itu, barulah Sunghoon mampu bernafas lega. "Bodohnya aku ni. Kenapa aku setuju ikut diorang? Haihh.. " gumam Sunghoon.

Dia melihat sekeliling kalau ada tempat yang boleh dia duduk. Lalu matanya tertancap pada sebuah bangku yang memang dah disediakan pun kat luar kedai tu. Tanpa ragu Sunghoon duduk kat bangku tu sebelum bermain dengan telefonnya.

Situasi Leeseul dan Karina pula. Mereka fokus sekali membelek setiap baju itu. "Eonni cari apa? "

"Hmm eonni nak cari baju sesuai untuk Sunoo. " Leeseul terdiam seketika lalu memandang Karina dengan muka tak percaya.

"Sunoo? Dia bukannya lebih muda dari eonni ke? "

"Dalam percintaan, umur tak dikira tau. Yang penting perasaan kita masing-masing. Kalau dah saling suka tu nak tunggu lama-lama buat apa kan? " kata-kata Karina membuat Leeseul terdiam sejenak. Dia terfikir tentang perasaannya terhadap Sunghoon. Leeseul tahu Sunghoon takde perasaan langsung padanya. Pandangan Leeseul beralih ke arah Sunghoon yang masih berada di luar kedai.

Karina hairan kerana Leeseul diam. "Kenapa ni Seul? "

"Ah? Umm eonni, apa pendapat eonni tentang Sunghoon dengan Seul? Eonni rasa kitorang sesuai ke? " Karina terus berhenti dari kegiatan mencari baju lalu memandang adiknya itu.

"Jujur je lah eonni cakap. Eonni nampak Sunghoon kau tu macam nak tak nak je layan kau. You know? Macam.. terpaksa gitu. Tapi eonni tak nak bagitahu kau sebab eonni tak nak kau kecewa ke sedih ke. Sebab tujuan eonni ajak kau shopping ni sebab nak gembirakan kau. Ah, eonni setuju je kau ajak laki tu sebab eonni nampak kau macam bahagia je kalau dia ikut. Kau nampak bahagia tapi.. lelaki tu tak. Eonni tahu kau paksa dia but eonni tak nak cakap. Ini keputusan kau, Leeseul. "

Sesungguhnya Leeseul terkelu lidah bila Karina berkata demikian. Nampak sangat Karina lebih matang dan berpengalaman dalam hubungan percintaan ini. Yelah, Karina dah ada teman lelaki. Namanya Kim Sunoo. Macam mana bertemu? Itu kisah diorang, so Leeseul tak tahu.

Leeseul kembali memandang ke arah Sunghoon. Lelaki tu ada je kat luar kedai. Mengingat deal mereka itu, membuat Leeseul berfikir. Mesti Sunghoon sanggup menunggu sebab deal itu. Kalau Sunghoon bertahan sampai diorang habis shopping nanti, Leeseul kena tunaikan janjinya yang dia takkan ganggu Sunghoon lagi. Leeseul mengeluh diam.

'Apa aku nak buat lepasni?'

Leeseul risau jika peluangnya untuk mendekati Sunghoon semakin tipis.
Bukan itu saja, Leeseul juga teringat bahawa Sunghoon sukakan perempuan lain. Korang tahu kan siapa? Macam mana kalau perempuan itu akan bersama-sama Sunghoon nanti? Sememangnya Leeseul berasa tercabar.

"Eonni. "

"Hm? " sahut Karina seraya memandang Leeseul.

"Errr t-takde pape lah. "

"Apalah kau ni. Haa kau tak nak pilih baju ke?"

Bercakap tentang baju, Leeseul terfikir sesuatu. Segaris senyuman terukir di bibirnya.

Jangan terkejut atau hairan kalau 'Evil Flower' ni tetiba berubah jadi 'Nice Flower'.











+anda benci leeseul? Tapi dia kan heroin-

Evil Flower | Park SunghoonWhere stories live. Discover now