«ᴇᴠɪʟ ғʟᴏwᴇʀ»
______________________Kereta yang dipandu oleh Karina berhenti di depan sebuah rumah. "Ini ke rumah kau, Sunghoon? "
Sunghoon tersenyum tipis. "Ya. Inilah rumah saya. Terima kasih sebab dah hantar saya balik. " Karina mengukir senyuman ikhlasnya lalu mengangguk.
"Aku patut cakap terima kasih. Kalau bukan sebab kau, Leeseul takkan gembira waktu shopping tadi. "
"Eonni! " akhirnya Leeseul bersuara. Karina tergelak sakat.
"Err kalau macam tu, saya minta diri dulu. " Sunghoon tunduk singkat pada Karina. Yelah, dia lebih tua mesti kena hormat. Tanpa memandang atau sebarang kata pada Leeseul, Sunghoon pun keluar dari perut kereta itu.
"Eonni, tunggu aku kejap tau. " tanpa menunggu balasan dari Karina, Leeseul cepat-cepat keluar dari kereta itu dan cepat-cepat ke arah Sunghoon yang baru ingin membuka gate rumahnya.
"Sunghoon tunggu. " Leeseul menyentuh lengan Sunghoon. Sunghoon memberi tatapan dingin pada tangannya yang baru disentuh oleh Leeseul. Leeseul perasan yang Sunghoon tak suka apabila dia menyentuhnya.
"S-sorry.. " Leeseul mengalihkan tangannya. Sunghoon mengeluh namun masih enggan memandang gadis itu.
"Ada apa-apa kau nak cakap ke? " datar sahaja suara Sunghoon ketika itu.
"Ada. " Sunghoon diam. Menanti gadis itu berkata-kata seterusnya. Leeseul menarik nafas sedalam-dalamnya lalu hembuskan nafas.
"Thanks tau untuk hari ni. I happy sangat-sangat sebab you sudi temankan I shopping walaupun eonni I ada sekali. "
"Excuse me, kau yang paksa aku tau. Aku tak pernah sudi pun. "
Leeseul memuncungkan bibirnya acah sedih gitu. Tak sampai sepuluh saat, Leeseul tersenyum semula. Lalu dia hulurkan satu beg kertas yang entah apa isinya kepada Sunghoon yang dari tadi Leeseul sembunyikan di belakang. Sunghoon memandangnya hairan.
"Apa lak ni? "
"Umm hadiah? You kan dah temankan I. So anggap je lah ni hadiah. You sudi ke tak sudi, I tetap happy. "
"Aku tak minta pun. "
"Tch, kan I dah cakap ni hadiah! Kalau namanya hadiah, tak boleh ditolak tau. Nah.. " Sunghoon masih enggan menerima membuatkan Leeseul hampir hilang sabar.
"Lepasni I dah tak ganggu you. I sengaja beli ni untuk you sebagai-- "
"Sebagai apa? Kenangan? Leeseul, kau boleh simpan kenangan aku dalam hidup kau. Tapi aku tak nak simpan apa-apa kenangan tentang kau dalam hidup aku. " sesungguhnya hati Leeseul saat itu bagaikan tisu yang dikoyak-koyak. Perlahan tangannya diturunkan lalu menunduk.
Karina yang melihat dari dalam keretanya juga turut hairan dengan perubahan riak wajah Leeseul. Apa yang Sunghoon cakap sampai macam tu sekali reaksi Leeseul?
"Kadang-kadang aku tak percaya dengan deal kita tu. Kau cakap janji, janji, janji. Tapi last-last kau tetap buat juga. Macam sebelum ini. " ujar Sunghoon lagi.
"I tak pernah pun berjanji dengan you selama ni. "
Sunghoon memejamkan matanya rapat lalu mendengus. Cuba untuk mengawal emosi dan fikiran.
"Okey, aku tak pernah pun janji apa-apa dengan kau. Aku cuma cakap aku suka kau tapi kau yang selalu reject aku. "
"Dah kena reject tu buatlah cara kena reject."
"Kenapa kau reject aku hah? " Sunghoon tertawa dalam masa yang sama tak percaya dengan soalan yang keluar dari mulut Leeseul.
"Sebab aku tak suka kaulah jawapannya. Dan kau, kenapa kau tetap nak kejar aku sedangkan jawapan aku tetap sama? "
"Sebab aku suka kaulah jawapannya! " haa tertinggi suara pula. Reaksi Sunghoon biasa-biasa saja. Dalam situasi ni, siapa yang evil sebenarnya?
"Sudahlah Leeseul. Dah nampak kan yang kita tak sepihak. Relakan perasaan kau dekat aku. Cari lelaki lain yang cintakan kau. Kau kan femes kat sosmed? Cari je lah lelaki dari situ. "
"Kau fikir senang ke Sunghoon? Okey, aku tahu kenapa kau macam ni. Ya, aku jahat. Aku jahat di mata kau. Aku selalu buli orang, permalukan orang lain kat sekolah. Apalagi bila aku kenakan si Hwayeon tu. Kau akan marahkan aku. Sebab apa? Sebab kau sukakan dia! " Sunghoon terdiam. Bukan apa, tapi dia tak sangka gadis di hadapannya sekarang seakan-akan ingin mengalirkan air mata. Namun cepat-cepat Leeseul kesat air matanya lalu melempar beg kertas itu ke lantai simen.
Tanpa sebarang kata selamat tinggal, Leeseul melangkah pergi lalu masuk ke dalam kereta milik Karina.
"Seul-ah.. "
"Jalan sekarang, eonni. " Karina hanya mampu mengeluh sebelum bertolak.
Sunghoon pula masih diam. Kemudian matanya jatuh memandang beg kertas yang terletak atas lantai itu. Perlahan Sunghoon mengutip beg kertas itu sebelum menghela nafas berat.
'Habislah kau Sunghoon. Ini kali pertama kau buat perempuan nangis.' bisik hati Sunghoon.
"Aku terlalu kasar ke? "
Guys, jom tepuk kepala Sunghoon ramai-ramai. Dia dah buat perempuan nangis!
______________
YOU ARE READING
Evil Flower | Park Sunghoon
Fanfiction[C O M P L E T E D] ❝ Her smell was lovely, But her heart was evil; I tried not to fall for her, Guess I'm lost. ❞ __________________________________________________ ᴀᴜᴛʜᴏʀɴɪᴍ ; @alwaysofmoments ɢᴇɴʀᴇ ; ᴛᴇᴇɴғɪᴄᴛɪᴏɴ-ᴄᴏᴍᴇᴅʏ ʟᴀɴɢᴜᴀɢᴇ ; ᴍᴀʟᴀʏ Starte...