❦Chapter Eighteen❦

547 102 84
                                    

«ᴇᴠɪʟ ғʟᴏwᴇʀ»
______________________

"Yah Choi Yeonhee! " Leeseul membaling botol air ke arah Yeonhee dan ia tepat mengenai belakang badan Yeonhee.

Ketika itu mereka berada di bilik persalinan pelajar perempuan. Pelajar-pelajar yang melihat tindakan Leeseul amat terkejut. Beraninya dia baling botol tu kat orang. Well, ini Leeseul la.

Yeonhee mengetap giginya menahan marah sebelum dia pusing ke belakang menoleh ke arah Leeseul. Wajah Leeseul saat itu jelas menunjukkan dia sedang marah.

"Kau kan yang tendang kaki aku sampai berbalut macam ni?! Sebab kau, kaki aku cacat! Dan sebab kau semua orang tak percayakan aku!" bentak Leeseul.

"Oh? Masih tak nak mengaku kau tolak Hwayeon? Terus salahkan aku pula? Memang patut takde yang nak percayakan kau. " kata-kata Yeonhee betul-betul membuatkan hati Leeseul makin panas.

Leeseul nak maju dan beri pengajaran pada Yeonhee tapi kakinya yang sudah berbalut itu menghalangnya. Yeonhee menahan diri daripada tertawa.

"Kau gelak eh? Kau boleh tipu semua orang! Tapi kau tak boleh tipu aku sebab aku tahu semua ni angkara kau, Yeonhee!" suasana di bilik persalinan itu sangat tegang. Pelajar lain tak berani nak masuk campur dan hanya mampu menonton drama tak berbayar ni.

Yeonhee menyilang tangannya di dada lalu mengambil beberapa langkah untuk menghampiri Leeseul. Manakala Leeseul sudah mengepal penumbuk di kedua-dua tangannya.

"Mesti kau sedih sebab pujaan hati kau tu lebih memilih Hwayeon dari kau en? Kau tak tau nak salahkan siapa, so kau salahkan aku pulak. Hmph, pandainya kau berlakon. Patutlah kau digelar evil flower. Dari luar kau memang nampak flawless, tapi hati kau jahat."

"MWO?! KAU MEMANG TAK GUNA LA! "

Dush!

Bukan penampar tapi satu tumbukan. Ya, Leeseul baru sahaja menumbuk pipi Yeonhee. Yeonhee juga tak duduk diam selepas ditumbuk lalu dia menyerang Leeseul dengan menarik rambutnya. Leeseul juga melakukan perkara yang sama. Dan mulalah girls fight di ruang persalinan itu. Leeseul tak peduli sakit di kakinya tapi dia tak boleh terima apabila orang menghinanya.

Hwayeon yang baru nak masuk ke dalam ruangan itu terdengar suara jeritan dari dalam bilik persalinan perempuan itu.

"Diorang gaduh ke?" cepat-cepat Hwayeon masuk ke dalam bilik persalinan pelajar perempuan. Kedua matanya membulat apabila sangkaannya tepat. Dan yang terlibat itu ialah Leeseul dan Yeonhee. Ini pelik. Bukannya diorang satu kelas ke?

"Hwayeon-ah.. " Ningning menghampiri Hwayeon yang baru sampai itu.

"Apa yang berlaku ni? " soal Hwayeon. Namun Ningning membalas dengan gelengan. Hwayeon perlu mencari jalan untuk hentikan pergaduhan itu. Sesuatu jalan penyelesaian yang tak akan libatkan dirinya. Sel otak Hwayeon cepat terhubung apabila dia memikirkan sesuatu.

"Ningning-ah, teman aku jumpa guru disiplin. Cuma ini cara nak hentikan diorang tu. " ujar Hwayeon. Ningning hanya angguk setuju.

ᴥᴥᴥ

Di bilik guru disiplin.

Di situlah Leeseul dan Yeonhee berada sekarang. Dengan penampilan yang tak terurus. Rambut serabai, luka dan lebam serta kesan cakar di wajah. Cikgu Min Yoongi selaku guru disiplin hanya mampu mengeluh.

"Berapa umur kamu sekarang? "

Tiada balasan.

Pap!

"SEMBILAN BELAS! " serentak Leeseul dan Yeonhee menjawab akibat terkejut.

"Tahu pun. Kamu berdua dah sembilan belas tahun, bukan sembilan tahun. Tindakan kamu berdua tu.. adalah tindakan tak matang! Dan kamu Leeseul! Orang tua kamu lah yang paling berjasa dan beri banyak sumbangan pada sekolah! Tapi cikgu tak percaya perangai kamu macam ni!" Leeseul menundukkan kepalanya.

"Choi Yeonhee! Nama kamu selalu je dalam senarai lewat datang sekolah! Sekarang dah berani buat hal! "

"Leeseul tumbuk saya, cikgu!"

"Yah! Kau yang hina aku dulu!"

"Aku cakap kau jahat je! Bukan hina maruah kau pun!"

"Tapi kau yang buat hal dulu! Kau yang tendang kaki aku tapi kau tak nak mengaku!"

"Kau cakar muka aku!"

"Kaki aku dah cacat sebab kau!"

"Mana bukti yang aku tendang kau?! " baru saja Leeseul ingin membalas namun cikgu Min menghentak mejanya lagi membuatkan Leeseul dan Yeonhee berhenti bertengkar.

"ESOK SURUH IBU BAPA KAMU DATANG SEKOLAH KALAU TAK KAMU BERDUA DIGANTUNG SEKOLAH!"

Serentak Leeseul dan Yeonhee menjerit.

"MWO?! "

_________________

+ haa padan muka seul dan yeonhee

+ ekceli aku nak reply komen korang tapi entah apa terjadi tetiba kawasan aku takde elektrik huhu sampai malam pulak tu sjskjsjsk merana hidup ini 😭

+ buka2 je pakcik oyen ni noti aku sampai 99+ woyh tengkiu so so much and sorry sebab x dpt reply internet bangang😌✋

+ aku update tiap pagi, masa tu korang dah bangun ke?

Evil Flower | Park SunghoonWhere stories live. Discover now