«ᴇᴠɪʟ ғʟᴏwᴇʀ»
______________________Hari seterusnya. Selama Leeseul bersekolah di Victoria Highschool, ini kali pertama ibu bapanya dipanggil ke sekolah disebabkan kes disiplin. Disebabkan kaki Leeseul yang belum sembuh itu, dia mengambil cuti. Jadi, hanya orang tuanya saja yang datang ke sekolah.
Leeseul hanya di rumah. Tapi tak bermakna dia tak belajar. Saat itu, Leeseul berada di ruang tamu bersama seorang tutornya. Ya, jika Leeseul tak datang sekolah, akan ada tutor yang datang ke rumah untuk mengajarnya. Begitulah yang terjadi untuk beberapa hari lepas cuma author tak selitkan. Hehe.
Kembali ke situasi Leeseul. Saat itu, Leeseul mengerjakan tugasan yang diberi oleh tutor yang namanya Jung Jaehyun. Leeseul kena buat English esei tiga perenggan. Lalu Karina pula? Tenang, setiap hari kerjanya keluar rumah saja dengan teman-teman.
"Tutor Jaehyun, dah siap. " ujar Leeseul lalu menghulurkan kertas itu pada Jaehyun.
"Good. Now you have to-- "
"Tutor Jaehyun, can I rest for a while? I feel uncomfortable because.. my legs are hurt if I sit like this. " haa terkejut Leeseul pandai speaking en? Well, ni Leeseul la.
"Yes, you can. I'll check your essay then. " ujar Jaehyun. Leeseul ucapkan terima kasih sebelum dia mendudukkan dirinya di sofa daripada terus duduk di lantai. Baru pejam mata sekejap, Leeseul tak sedar yang dia tertidur. Jaehyun terdengar dengkuran halus dari Leeseul dan hanya mampu menggeleng kepala.
ᴥᴥᴥ
Lalu apa yang berlaku di sekolah?
Di bilik pengetua itu, adanya pengetua of course, ada cikgu Min si guru disiplin, ada ibu bapa Leeseul tapi anak tak datang sekolah dengan alasan kaki masih sakit dan juga ibu bapa Yeonhee serta diri Yeonhee sendiri.
Ibu bapa Leeseul dan ibu bapa Yeonhee memasing memberi pandangan dingin kerana memasing ingin membela anak mereka.
"Pengetua, tidak mungkin anak saya cetuskan pergaduhan. Pengetua lupa? Anak saya itu pelajar cemerlang di sekolah ini. Saya percaya atitudnya baik berbanding anak ini. " kata Puan Lee. Yeonhee diam-diam memutar bola matanya malas.
"Excuse me, Puan Lee. Menurut anak saya, anak puan yang mulakan dulu. Anak puan itu membaling botol ke arah anak saya lalu menumbuk anak saya. Lihat lebam di muka Yeonhee. Semua itu gara-gara anak kamu, Puan Lee. " ini pula Puan Choi iaitu ibu Yeonhee.
Dalam fikiran cikgu Min pula, 'Haih anak-anak dan ibu rupanya sama je.'
Puan Lee tersenyum sinis. "Well, anak kamu sudah buat kaki Leeseul cedera sampai dia tak boleh datang sekolah. "
"Huh, ada bukti ke yang anak saya buat macam tu? Tak ada kan? " balas Puan Choi, tak ingin memgalah. Aduhai, orang tua bergaduh tak tahula realiti macam mana. Sedangkan Tuan Lee dan Tuan Choi hanya duduk diam.
Tetiba pintu bilik pengetua diketuk. Muncul cikgu Han kat situ. "Maaf, pengetua. Boleh saya masuk? "
"Ah silakan, cikgu Han. " kata pengetua itu. Cikgu Han berjalan menghampiri pengetua lalu meletakkan sebuah pendrive di atas meja.
"Hm? Apa ini? " soal pengetua hairan. Cikgu Han pula mendekatkan mulutnya ke telinga pengetua ingin membisikkan sesuatu. Pengetua itu pula terus memasang laptopnya lalu mencucuk pendrive itu ke dalam laptop sebaik cikgu Han berbisik demikian.
Kedua-dua mata pengetua itu membulat sebaik melihat isi pendrive itu. Cikgu Min yang sudah tak tahan rasa ingin tahunya turut melihat ke arah laptop pengetua. Mata cikgu Min yang sepet itu ikut membulat seolah terkejut.
"Ada apa ni pengetua? " soal Tuan Lee yang dari tadi kebingungan sebab reaksi pengetua dan cikgu Min itu.
"Puan Lee, Tuan Lee, anak anda memang tak bersalah dalam kejadian kat trek. Dalam rakaman ni, Yeonhee yang bersalah."
"Apa?! "
"Tidak mungkin.. "
"Huhhh.. " Yeonhee mengeluh. Tak guna, kedapatan la pulak.
"Tapi dalam kes disiplin, anak Puan Lee dan Tuan Lee memang bersalah sebab gunakan kekerasan dengan menumbuk dan membaling botol ke arah Yeonhee. " jelas pengetua itu lagi. Diam-diam Yeonhee tersenyum sinis.
"Tapi.. rasionalnya, Yeonhee pun bersalah sebab tak mengaku kesalahannya malah menuduh orang lain sehingga cetuskan pergaduhan. Kami semua tahu temper Leeseul itu macam mana. Jadi.. jika Yeonhee mengaku dari awal, pasti Leeseul dapat kawal emosi dia. " Senyuman Yeonhee tadi perlahan memudar.
"Yeonhee-ssi? "
"Ne? "
"Boleh saya tahu.. apa masalah awak dengan Leeseul sampai awak tak puas hati dengan dia? " soalan itu membuat Yeonhee bungkam. Kebenaran sudah terungkap, patut ke dia jujur alasan kenapa dia tidak menyukai Leeseul selama ni?
"Saya.. cuma iri dengan Leeseul. "
_____________________
+ tenang, Yeonhee sekadar cameo je.
+ guys, dah nampak enha punya concept photo tu? 🔥🔥itu baru hype ver.
YOU ARE READING
Evil Flower | Park Sunghoon
Fanfiction[C O M P L E T E D] ❝ Her smell was lovely, But her heart was evil; I tried not to fall for her, Guess I'm lost. ❞ __________________________________________________ ᴀᴜᴛʜᴏʀɴɪᴍ ; @alwaysofmoments ɢᴇɴʀᴇ ; ᴛᴇᴇɴғɪᴄᴛɪᴏɴ-ᴄᴏᴍᴇᴅʏ ʟᴀɴɢᴜᴀɢᴇ ; ᴍᴀʟᴀʏ Starte...