Song recommendation
'Gone by BLACKPINK's Rosé'
*play the media above*«ᴇᴠɪʟ ғʟᴏwᴇʀ»
____________________Hwayeon membuka pintu lokernya. Tetiba sehelai kertas terlipat jatuh ke lantai. Hwayeon pun mengutip kertas itu lalu dibukanya lipatan.
"Hwayeon-ah~ " tetiba Ningning pula datang ke arah Hwayeon. Ningning dapati Hwayeon sedang memegang sehelai kertas yang berbentuk surat. Hwayeon juga sedar Ningning menerima surat lebih kurang sama.
"Leeseul.. ini dari Leeseul. " kata Ningning. Hwayeon hanya mampu mengangguk.
"Padahal aku baru je nak rapat dengan dia. Tak sangka dia dah nak pindah sekolah. " ujar Ningning lagi. Hwayeon pun memeluk bahu Ningning.
"Takpe. Kita doakan supaya Leeseul selamat sampai kat sana. " Ningning mengangguk dengan kata-kata Hwayeon itu.
Tak sampai sehari, berita tentang Leeseul dah pindah sekolah tersebar di seluruh Victoria Highschool. Hampir semua pelajar bercakap tentangnya.
"Aku nampak sebelum ni baik-baik je. Takde tanda-tanda pun dia nak pindah sekolah. "
"Patut la sejak akhir-akhir tu dia berubah jadi baik. Sebab dia nak pindah sekolah. "
"Weh aku ada dapat surat dari dia. Dia cakap dia pernah bencikan aku sampai ke tahap nak balas dendam tapi dia batalkan niat tu. So dia minta maaf. "
"Woah betul ke? "
"Haa engko baca la surat ni! "
"Cuba kau tengok surat ni. Dia cakap dia pernah mengata tentang aku di belakang dan pernah cakap aku ni lembab. Dengan mudahnya dia minta maaf. Pakai surat lak tu."
"At least dia minta maaf. "
Dan pelbagai lagi reaksi. Takkan nak cakap satu-satu pula? Jake juga tak dilupakan. Buka-buka je loker, eh ternampak pula surat. Jake sudah tahu siapa pengirimnya, sebab itu dia turut membaca surat itu.
"Hai Jake. Aku tahu kita tak rapat. But since kau ialah kawan Sunghoon, aku tak lupa nak bagi kau surat juga. Jangan lupa cek laci meja kau tau. Aku ada beli hadiah untuk anjing kau. Jujur, anjing kau comel dalam gambar yang kau post kat IG. Tak taula kalau realiti. Sorry juga sebab pernah kacau kau makan hari tu. Okeh tu je. Jaga Sunghoon baik-baik sama macam kau jaga anjing kau. Bye. " Jake tertawa kecil setelah membaca surat singkat dari Leeseul itu.
"Comel. " beberapa detik kemudian, Jake terus tersedar apa yang baru saja dia katakan. Jake menampar pipinya. Surat itu pula dia masukkan semula ke dalam loker.
"Apa benda aku cakap tadi tu? " gumamnya.
Situasi Sunghoon pula. Dia berada di bumbung sekolah. Tangannya mula menyeluk kocek seluarnya lalu mengeluarkan surat yang diterimanya. Sudah pasti dari Leeseul. Sunghoon temui di dalam lokernya juga.
Sunghoon tersenyum kecil melihat isi kandungan surat itu. Orang lain dapat ucapan yang panjang dari Leeseul. Tetapi bagi Sunghoon hanyalah..
Dear Sunghoon♡
I like you. And aku janji takkan lupakan kau. Jangan lupakan aku tau.-L.Seul
Haha. Singkat bukan? Sunghoon mendongak wajahnya apabila terdengar bunyi kapal terbang. Kelihatan ada satu kapal terbang berada di langit. Ah, Leeseul pasti sudah berlepas. Dan kapal terbang itu mungkin yang dinaiki oleh Leeseul.
Setiap love story tak semestinya happy ending. Dan kisah antara Sunghoon dan Leeseul ini pula tentang cinta seorang gadis yang bertepuk sebelah tangan. Setiap orang ada haluan masing-masing dan impian masing-masing. Leeseul sayangkan Sunghoon, tapi takkan nak lepaskan impiannya? Leeseul mahupun Hwayeon, kedua-duanya tidak memiliki Sunghoon. Adil kan? Hanya Leeseul yang masih menyatakan yang dia masih sukakan Sunghoon.
Sedangkan Sunghoon? Hanya seorang lelaki yang terpikat dengan Leeseul bukan kerana wajah atau personaliti gadis itu tetapi wangian dari tubuh gadis itu.
Bukannya alahan tetapi Sunghoon mempunyai fetish terhadap bau tubuh badan Leeseul. Setiap kali Sunghoon dekat dengan Leeseul, dia menyuruh gadis itu menjauhinya bukan kerana tak suka tetapi risau Sunghoon tak dapat kawal dirinya.
Apa akan terjadi jika Sunghoon lepas kendali? Ingat je la kejadian antara Taehyun dengan Leeseul kat library tu. Haa itu akan terjadi.
Dan Sunghoon tak nak dicap lelaki tak guna jika dia melakukan itu. Sebab itu dia berusaha menahan dirinya, kalau boleh enggan bertemu dengan Leeseul sama sekali.
Namun lama-kelamaan, perasaan Sunghoon terhadap Leeseul mulai berputik. Menyesal? Tak ada gunanya lagi.
Entah perpisahannya dengan Leeseul ini perkara baik atau buruk.
Diam-diam Sunghoon mengeluh.
"Aku akan tunggu.."
_____________________
The End !
TAPI BO'ONG!
Ok ok, gurau. Sabar, ada satu lagi chapter. Lepastu, tamat dah.
Guys, as of 02-03 of May, a lots of thing happened. So much thanks to co-engenes in streaming. Y'all, my tl was on fire bcs of Enha top one on charts!!
Also, im so happy because enha look so happy during their fansign😭 kita yg international engene hanya mampu tersenyum even dalam hati mmg broke-
YOU ARE READING
Evil Flower | Park Sunghoon
Fanfiction[C O M P L E T E D] ❝ Her smell was lovely, But her heart was evil; I tried not to fall for her, Guess I'm lost. ❞ __________________________________________________ ᴀᴜᴛʜᴏʀɴɪᴍ ; @alwaysofmoments ɢᴇɴʀᴇ ; ᴛᴇᴇɴғɪᴄᴛɪᴏɴ-ᴄᴏᴍᴇᴅʏ ʟᴀɴɢᴜᴀɢᴇ ; ᴍᴀʟᴀʏ Starte...