❦Chapter Twenty Three❦

583 108 153
                                    

Jadi pembaca yang bijak ^,^

«ᴇᴠɪʟ ғʟᴏwᴇʀ»
______________________

Sunghoon masuk ke bilik tandas pelajar lelaki. Pili air di singki itu dibuka lalu Sunghoon membilas wajahnya berkali-kali. Tak peduli rambut depannya sudah sedikit basah. Dada Sunghoon turun naik, berusaha menormalkan nafasnya ketika itu. Kedua tangannya mengepal penumbuk lalu Sunghoon memejamkan rapat kedua matanya.

'Sunghoon sedarlah. Aku kena sedar. Aku kena tahan. Tapi kenapa bau dia makin kuat eh? Tak, aku kena sedar--'

"Sung-- " Sunghoon yang merasakan bahunya disentuh, refleks Sunghoon menangkap tangan itu dengan cepat membuat orang itu tersentak. Sunghoon menghela nafas lega apabila orang itu ialah Taehyun. Lalu Sunghoon melepaskan genggaman. Taehyun pun membasuh tangannya juga.

"Kau okey ke? " tanya Taehyun. Sunghoon diam. Tak menggeleng, tak juga mengangguk.

"Kau stress sebab Leeseul selalu kacau hidup kau? Kadang aku terfikir, kenapa kau benci dia. " kata Taehyun lagi namun Sunghoon masih enggan bersuara. Bukan apa tapi topik itu tak menarik. Sunghoon malas nak bercakap tentang gadis itu. Tak, bukan malas. Tapi Sunghoon nak elakkan daripada bercakap tentang Leeseul. Namun sesuatu yang terlintas di fikiran Sunghoon saat itu.

"Taehyun-ah. Kau suka Leeseul? " eleh Sunghoon ni. Tadi bukannya nak elak daripada bercakap tentang Leeseul eh?  Soalan itu membuatkan Taehyun mengukir segaris senyuman.

"Kalau kau betul-betul dah kenal siapa Leeseul, aku jamin kau pun akan sukakan dia. Ya, aku memang pernah suka dia." ujar Taehyun lalu berdiri tegak menghadap Sunghoon. Kedua jejaka tampan itu saling bertentang mata—entah apa di fikiran mereka terutamanya Taehyun kerana tatapannya kini berubah lebih serius. Sunghoon menyedari—sudut bibir Taehyun terangkat sedikit mengukir senyuman sinisnya. Sehinggalah kata-kata Taehyun selanjutnya cukup membuatkan Sunghoon bungkam.

"Biar aku teka. Sunghoon, kau ada fetish kan dengan bau minyak wangi Leeseul?"

Deg!

Sunghoon berusaha mengawal riak wajahnya. Rasa terkejut tak usah cerita—kerana sememangnya Sunghoon tak menyangka Taehyun akan berkata demikian.

"Aku tak hairan. Sebab aku pun macam kau juga. Tapi aku tak ketarakan sangat. Tapi kau.. aku boleh nampak kau cuba tahan diri tiap kali Leeseul dekat dengan kau. Kau suruh dia jangan dekat kau bukan sebab kau tak suka dia—" Taehyun terjeda seketika. "Tapi kau takut kau hilang kawalan kan? " Taehyun tersenyum sinis seusai berkata. Sunghoon mengepal penumbuk.

"Mana adalah. Aku memang tak sukakan dia." nafi Sunghoon.

"Oh ya? Kesiannya Leeseul. Dia desperate sangat nakkan cinta kau tapi kau tolak. Dah kau cakap tak sukakan dia, jadi aku ada peluang la ni kan? " Taehyun menepuk bahu Sunghoon dua kali sebelum melangkah keluar dari ruangan tandas lelaki itu.

Pada saat itu juga baru Sunghoon sedar akan sesuatu. Hatinya bagai terusik.

Setiap kata-kata Taehyun tadi membuatkan hati Sunghoon tak sedap hati. Muncul banyak persoalan bermain di fikiran Sunghoon. Dalam masa yang sama, Sunghoon bingung akan diri dan perasaannya.

'Tak, kenapa aku risau? Baguslah Taehyun suka Leeseul. Tapi—tunggu. Taehyun sukakan Leeseul sebab dia pun ada fetish dengan bau minyak wangi Leeseul? Haisy apa aku fikir ni? Sunghoon, kau kena bencikan Leeseul. Ya, aku tak suka Leeseul. Aku benci dia.'

Setelah selesai bergelut dengan pelbagai persoalan, Sunghoon pun membasuh tangannya buat kali terakhir.

Sebelum Sunghoon beredar keluar, dia memandang imejnya di pantulan cermin yang berada di hadapannya. Satu keluhan panjang dilepaskan.

'Kalau aku gagal bencikan Leeseul..


















..aku kena buat Leeseul bencikan aku. Aku penat dengan semua ni. Aku tak boleh tahan lagi.'

















'Sorry Seul kalau aku kasar dengan kau.. aku ada sebab kenapa aku buat macam tu.'








_________________

+ 10 votes reached so thats why I updated it!

+ tsundere betul la Sunghoon hmph

+ the meaning of 'fetish'
a strong and unusual need or desire for something ; a need or desire for an object or body part.

—Source from Mr. Google.

Evil Flower | Park SunghoonWhere stories live. Discover now