Jihyo langsung tidak memakan apa apa makanan yang disediakan sejak pagi tadi. Dia lagi rela kelaparan daripada memakan makanan yang disediakan oleh musuhnya sendiri. Mana mungkin dia sanggup mengorbankan nyawanya untuk makan makanan yang mungkin diracunkan?
Perut Jihyo berbunyi menahan lapar. Dia baring di atas katil sambil mengusap perutnya yang berkeroncong minta diisikan.
"tak boleh tahan ke? " gumam Jihyo. Dia hanya sekadar memerhati makanan dihadapannya yang sudah diletakkan jauh.
"Aku takkan jatuh dengan taktik lelaki ni. "
"Taktik apa? " tegur suara tegang dari seseorang yang baru sahaja membuka pintu bilik tidur.
Jihyo hanya berdiam diri dengan mengendahkan Sehun.
"Aku dah cakap aku benci kalau aku tanya tak jawab. " sehun mencengkam dagu Jihyo kuat.
"Jadi? Kau nak buat apa? " soal Jihyo balik.
"Aku humban kau dekat sangkar haiwan aku nanti. " jawab Sehun kejam.
Jihyo pun smirk.
"Cubalah. Tak cuba tak tahu, kan? " balas Jihyo.
'Urghh! Geramnya dengan perempuan nie! ' fikir Sehun dalam hati.
"Kau jangan nak melawan. Bila aku suruh kau makan, makan jelah! Aku tak kejam lagi sampai letak racun dalam makanan tu." tegas Sehun.
"Hello. You're nobody to me. Awak siapa nak tegur saya? Mengarutlah. Semalam bukan main tekad lagi cakap nak bunuh saya."
Prang!!
Pinggan yang kosong pecah berderai di baling Sehun ke tepi Jihyo. Hampir sahaja dia mencederakan Jihyo.
Jihyo mengeletar manakala jantungnya berdegup kencang.
"Macam ni ke cara awak bunuh saya?! Ataupun awak berniat nak cederakan saya?! Huh? "
Sehun mencerlung tajam kearah gadis itu. Lengan baju kemejanya yang panjang ditarik ke atas paras siku tatkala dia menyandarkan tangannya pada dinding. Buat seketika dia memilih untuk berdiam diri. Dia perlu fikir apa yang dia perlu balas.
"Kenapa diam?? Kalau awak tak mampu, saya boleh tolong." Jihyo segera mencapai kepingan kaca pinggan yang bertaburan atas lantai lalu dihalakan ke pergelangan tangannya. Dia bukannya rugi banyak pun, setakat hilang 1 ekor, 2 ekor dan seterusnya...
Sehun yang melihat tindakan Jihyo itu sepantas kilat menghampirinya lalu membaling serpihan kaca pinggan dari tangan Jihyo jauh jauh lalu dia menggenggam erat pergelangan tangan Jihyo.
Dia menatap tajam wajah Jihyo dan mereka kini berperang mata.
"Kau bodoh, Jihyo. Bodoh!" kata Sehun.
"No. "
"Yes, yes and yes! Kau nak tahu kenapa? Takkan kau langsung tak nak pertahankan diri kau, huh?! Sikit sikit nak cakap pasal aku bunuh kau. Kau memang tak pernah hargai apa yang kau ada? Oh... Fikiran kau tu memang lemah dan kau sia siakan kebolehan kau tu. " kata Sehun lagi.
Suasana menjadi diam.
Sehun pun terfikirkan semula ayatnya tadi. Wait, what?
"Semua ni takkan berlaku kalau aku wujud. Jadi tunggu apa lagi? Hapuskan lah aku sekarang! "
"Not now. "
"WHY? "
"Sebab aku nak bagi kau masa sekejap untuk kau bahagia! " Ah... Dah terlepas akhirnya kata kata Sehun yang dari tadi terngiang ngiang di fikirannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Last Gumiho [OSH X SJH]
Romance"Awak siapa sebenarnya?? " Fantasy ff. Song Jihyo x Oh Sehun. Nonsense story line but worth to read it. "I won't let you go for the rest of my life. " /////////////////////////// [Reedit] "Pure flowers aren't mine, yet it's dangerous to be touched...
![The Last Gumiho [OSH X SJH]](https://img.wattpad.com/cover/236743160-64-k382403.jpg)