Setibanya Jihyo di sekolah, dia sekali lagi mendapat perhatian dari ramai pelajar lelaki berserta dengan bunyi siulan mereka. Jihyo terpaksa memekakkan telinganya.
Kuasa gumiho didalam badannya membuatkan Jihyo mempunyai aura yang menarik sehingga memikat hati werewolf yang melihatnya. Jihyo pula agak terganggu kerana sepanjang masa dia akan terserempak dengan werewolf sebegini terutamanya mereka yang belum menjumpai mate mereka tentu sekali mereka akan membuat perangai.
Tapi, apa yang Jihyo hairan, bagaimana Sehun boleh menghidu bau vanilla Jihyo? Setahu Jihyo, werewolf tidak dapat mengesan bau yang menjadi aura seorang gumiho melainkan....
'Ye tak ye... Dia Alpha..." Jihyo mengeluh dan kesal kerana bertemu dengan seorang Alpha. Dan banyak banyak Alpha, hanya Sehun seorang sahaja mampu menghidu vanilla Jihyo. Bahkan Jihyo sendiri tidak tahu bagaimana bau dia.
"Hey, pretty. " tegur salah seorang dari mereka yang melepak. Jihyo sedaya upaya mengabaikan mereka dan terus berjalan. Tiba tiba pinggangnya dirangkul dari belakang. Jihyo tersentak dan memandang belakangnya.
'Oh Sehun? Dia buat apa nie? ' fikir Jihyo hairan.
Tangan Jihyo cuba melonggarkan pelukan erat Sehun namun sukar apabila pelukan Sehun semakin erat. Seolah olah Sehun tidak ingin melepaskan Jihyo.
"Sehun..! Apa nie? Lepaskan aku..! " bisik + jerit Jihyo ke telinga Sehun. Sehun hanya menayang poker face dan menjeling tajam pelajar lelaki yang mencuri pandang kearah wajah cantik Jihyo. Dia berdehem kuat.
"Kalau awak taknak kena kacau pelajar werewolf nie, baik awak turut arahan saya. Saya Alpha jadi jangan nak main main!! Saya tak suka cara mereka pandang awak! Sakitkan mata! " kata Sehun yang agak menengking. Sehun sedar dirinya mula kelihatan sedikit posesif namun ini sahaja caranya untuk menjauhkan Jihyo dari pandangan gatal pelajar lelaki. Dia terpaksa berkasar dengan Jihyo dan mengancam pelajar lain.
Pelajar lelaki yang cuba mengurat Jihyo cepat cepat pergi dan ketakutan melihat pandangan mata Sehun yang agak marah dan matanya menjadi merah menyala.
Jihyo yang risau keadaan semakin keruh hanya menurut kata kata Sehun dan badannya terdorong oleh Sehun. Sehun hanya berkepit dengan Jihyo sepanjang mereka melalui koridor. Ramai mata memandang mereka yang kelihatan begitu dekat. Tangan kekar Sehun menempatkan Jihyo ke dadanya sambil mereka berjalan dan matanya serius sahaja menjeling setiap pelajar lelaki yang lalu dengan pandangan seperti,
'Jangan berani nak kacau dia lepas nie!'
Jihyo menayang muka kosongnya dan mengenggam erat kedua dua tangannya. Berharap agar masa berlalu dengan pantas. Ini baru hari ketujuh, bagaimana Jihyo ingin meneruskan hari lainnya di sekolah? Dia sudah malas berpindah randah.
Setelah suasana menjadi sepi, Sehun menghentikan Jihyo dihadapan kelas Jihyo dan mendapatkan bahu Jihyo.
"Well Jihyo. Enjoy your last day here because this will be your last class here. " kata Sehun lalu smirk.
Sehun menjamah dagu Jihyo dan membawa Jihyo ke pandangannya.
Jihyo pula terkebil kebil."Jaga diri sayang. " Sehun menghampiri Jihyo lalu menghidu leher Jihyo sebelum beredar.
Jihyo terkelu. Sumpah hati dia berdegup kencang. Dia tak faham apa maksud Sehun tadi. Last day? Ada sesuatu akan terjadi ke?
Jihyo melihat Sehun berjalan pergi sambil kedua dua tangan Sehun menyeluk poket seluarnya.
Sebaik sahaja Jihyo masuk, dia melihat berlambak jambang bunga rose diatas meja dia. Jinyoung yang sudah tiba pula hanya berkerut dahi sambil menunggu Jihyo tiba.
"Jihyo! Awak dah sampai. Tengok apa awak dapat! " kata Jinyoung berlari mendapatkan Jihyo dan memaut lengannya.
Jihyo menayang muka bingung.
"Siapa hantar nie..? " soal Jihyo hairan.
"Saya pun tak tahu. Datang datang sini je dah tengok bunga berlambak. Awak dah popular Jihyo. " kata Jinyoung.
"Aku tak tahu nak buat apa dekat bunga nie. Jinyoung kalau kau nak ambil beberapa, ambillah. Nak ambil banyak pun takpe. " kata Jihyo lalu tersenyum.
Dia melihat banyak surat dalam setiap jambak bunga dan memutuskan untuk tidak membaca surat tersebut. Jihyo hairan, bagaimana boleh mereka tertarik sangat dekat dia sedangkan ramai lagi pelajar perempuan werewolf cantik. Jihyo tidak sedar mengenai kelebihan lain sebagai gumiho.
Banyak lagi kuasa yang Jihyo miliki belum dia ketahui. Tidak lama lagi, kelebihannya bakal dia ketahui sedikit demi sedikit. Semuanya bermula dari tindakan Sehun.
Apabila tiba waktu rehat, Exo menuju ke kantin dan seperti biasa diiringi peminat setia mereka yang mengikut dari belakang. Namun kali ini, peminat mereka tidak dapat berlama lama sangat melayan Exo dan Exo akhirnya dapat berjalan dengan bebas.
"Hei, Sehun. Aku dengar banyak rumor pasal kau baru baru nie. " tegur Suho yang mengubah topik perbincangan mereka.
"Tentang?? " soal Sehun sepatah.
"Siapa lagi kalau bukan dengan manusia tu, Song Jihyo. Banyak pelajar yang bergosip tentang korang berdua." kata DO pula.
"Korang ada sesuatu ke..? " soal Xiumin pula.
Sehun hanya tersengih dan mengukirkan senyuman sumbing. Smirk.
"Sehun, aku nasihatkan kau. Jangan buat perkara yang dilarang. Kau kan tahu manusia tidak dapat bersatu dengan werewolf. " kata Kai risau .
"Kalau tu yang aku nak, macam mana? Walau macam mana takdir aku disusun sekalipun, aku akan sedaya upaya menentang takdir aku sendiri. Aku sedar aku ada suatu perasaan terhadap dia."
Ahli Exo mendiamkan diri dan fokus mendengar Sehun.
"Sarang. Aku cintakan dia. Tak kira macam mana sekalipun, aku akan lindung dia dari werewolf liar kat luar sana. Sedikit sentuhan pun aku takkan benarkan mereka mendarat ke atas badan Jihyo. I make my promise."
"Kalau tu yang awak nak, kami sokong awak, Sehun. Kami hanya mengharapkan apa yang awak fikirkan nie adalah yang terbaik. "
Mereka sempat menambah semula daging di pinggan mereka dan meratah daging lapar. Sambil sambil itu mereka berbual.
"Tapikan Sehun. Macam mana kau boleh tertarik Kearah Jihyo? I mean, selama nie saya tak pernah tengok awak terpikat dengan mana mana perempuan lain. Awak terpikat dengan manusia pula tu. Awak tak rasa hairan ke? " soal Tao pula.
Sehun tersentak.
Yalah, kenapa dia terpikat dengan manusia seperti Jihyo? Mungkinkah dia tiada mate?
"Listen. Aku tahu kata kata aku mungkin mengarut. Tapi, naluri aku kuat mengatakan Jihyo tu..... Bukan manusia."
Exo yang lain berkerut dahi. Mereka memandang satu sama lain.
"Kau nak cakap dia tu vampire lah, Sehun?? " soal Chanyeol hairan.
"Aku tak rasa lah. " kata Baekhyun.
Semua mereka berdiam diri biar perasaan menguasai mereka.
To be continued .....
YOU ARE READING
The Last Gumiho [OSH X SJH]
Roman d'amour"Awak siapa sebenarnya?? " Fantasy ff. Song Jihyo x Oh Sehun. Nonsense story line but worth to read it. "I won't let you go for the rest of my life. " /////////////////////////// [Reedit] "Pure flowers aren't mine, yet it's dangerous to be touched...