Akhirnya Sehun sudah tumpas di tangan Wonwoo. Tidak mampu menandingi tenaga vampire dihadapannya.
'Kenapa aku lemah sangat sekarang nie?! ' bentak Sehun dalam hati. Wonwoo sudah tersenyum sinis, mengetahui kemenangan di tangannya.
"Kau kena ingat, jangan ambil apa aku punya,huh, kids? Aku tua lagi dari kau tak hairan lah kalau lawan kau tu setakat lawan macam anak harimau. Kuat tapi depan aku lemah. Tch. Kalau ikutkan aku nak bunuh je kau nie, tapi, aku kasihankan kau tu. Masih muda jadi... Membesarlah dengan elok. Kau takkan fikirkan kekasih kau lagi lepas nie. " Wonwoo ketawa sambil menepuk pipi Sehun yang berdarah.
"Ke.. Kenapa..?? " rintih Sehun mula lemah. Hati dia meraung sedih, kenapa dia dan Jihyo perlu dipisahkan?
"Kenapa? Kenapa kau cakap?? Kau tak sedar ke, dia tu gumiho, kau werewolf. Mustahil dapat bersama! Tak sedar ke?
Ah! Buat apa kau nak tahu lagi?"
Wonwoo mendukung badan Jihyo ditangan nya sambil menghala muka Jihyo yang sudah pengsan di depan mata Sehun.
"Aku bagi kau tengok muka dia buat kali terakhir. Lepas nie korang berdua takkan berjumpa lagi." ujar Wonwoo puas.
"Nak tahu kenapa? "
'You'll forget her soon. "
Wonwoo terus tersenyum sinis melihat wajah Sehun terkejut tambahan pula dia sudah terbaring lemah diatas tanah yang dilumur darah yang banyak. Sehun hanya mampu merintih didalam hati. Tidak mampu melindungi buah hatinya, mate dia sendiri. Sebelum Sehun sempat menutup matanya, dia melihat Jihyo sudahpun pengsan dalam dukungan vampire di pandangannya yang mula mengkabur. Dia tidak mampu lagi bertahan tatkala tubuhnya semakin lemah.
Benda terakhir yang dia sempat tangkap adalah barangan berharga yang dia hadiahkan kepada Jihyo jatuh berciciran tepat pada tapak tangannya, cincin perkahwinan mereka.
Air mata Sehun turun laju dan seraya itu dia terus sahaja pengsan, tidak mampu lagi bertahan. Rasa hatinya patah seribu, melihat buah hatinya dirampas begitu sahaja. Paling menyakitkan lagi apabila dia tidak berdaya mempertahankan haknya.
'I hate myself. How i wish it wasn't us to be apart away. I'll look for you again, my love. '
5 tahun kemudian...
"Sial! Tak guna!! " jerkah seorang lelaki dengan perasaan marahnya semakin menggunung. Sakit hati apabila mengetahui anak buahnya sentiasa balik dalam keadaan cedera parah. Segala barangan kaca yang mahal dihadapannya dilempar kasar sehingga pecah berderai.
"Shit!! " sumpah lelaki itu lagi.
"Tuan... Mohon bersabar.. " cemas sahaja pembantunya menyejukkan hati tuannya dihadapan.
Lelaki itu terus sahaja menjeling pembantunya dingin lalu menyambar lehernya kasar.
"Kau ingat, senang ke aku nak cari dalang tu siapa, huh?! Kau ingat aku tak sakit hati kalau anak buah aku terus sengsara disebabkan orang jahanam tu?! Aku takkan berdiam diri! Aku akan cari orang tu sampai ke lubang cacing dan aku akan pastikan nyawa orang tu tamat di depan mata aku!!"
Menyedari pembantunya mula sesak nafas, lelaki itu melepaskan cengkaman kasarnya lalu menghembuskan nafasnya kasar.
Dia sedar, dia mudah marah dan apa apa sahaja mungkin akan berlaku terhadap sesiapa disekelilingnya jika dia tidak dapat mengawal kemarahannya.
"Sekarang, aku nak kau batalkan semua mesyuarat hari ini dan esok! Aku takda angin! " lelaki itu terus beredar dengan egonya yang tinggi.
Pembantunya pula, Renjun menunduk kepala hormat kepada bosnya, tidak berani menentang kata kata Alpha dihadapannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Last Gumiho [OSH X SJH]
Romance"Awak siapa sebenarnya?? " Fantasy ff. Song Jihyo x Oh Sehun. Nonsense story line but worth to read it. "I won't let you go for the rest of my life. " /////////////////////////// [Reedit] "Pure flowers aren't mine, yet it's dangerous to be touched...
![The Last Gumiho [OSH X SJH]](https://img.wattpad.com/cover/236743160-64-k382403.jpg)