Dengan langkah lemah, doktor doktor yang merawat Jihyo dan Sehun keluar. Sebaik sahaja mereka keluar, Exo mula berdiri menunggu keputusan.
"Kami disini ingin mengumumkan keputusan rawatan tadi. Satu berita baik, dan satu lagi.... Berita buruk. " kata Doktor Lee Kwang Soo rendah.
Exo mula berpandangan antara satu sama lain.
"Cakaplah, doktor "
"Berita baiknya, Cik Song Jihyo masih bernafas. Dia masih hidup."
Exo yang lain menjerit gembira apabila mengetahui Jihyo selamat.
"Sehun pula? " kata Baekhyun.
Pandangan Doktor tersebut bertukar sayu.
"Itulah berita buruk kami. Tuan Alpha Sehun.... "
"Apa dia doktor? Dia masih hidupkan?"
Doktor Lee Kwang Soo diam tanpa membalas.
Exo mula risau dan berharap apa yang mereka fikirkan tidak benar.
Perlahan doktor Lee Kwang Soo menundukkan kepalanya.
Kai terduduk lemah. Chanyeol pula menyandarkan dirinya pada dinding. Tidak dapat menerima kenyataan pahit.
Suho pula sudah bernyala merah matanya lalu meramas kolar baju doktor tersebut kasar
"Doktor tipu kan?! Kawan saya masih hidupkan?! Cuma dia minta doktor bergurau kan?! " suho menangis+ marah.
Doktor lain dan Exo meleraikan pegangan tangan Suho.
"Suho, tenang... Tenang.... " kata Tao lemah.
Masing masing menangis dalam diam.
___________________________
Sementara doktor lain keluar, suasana dalam bilik Icu kelihatan hening.
Mata seseorang terbuka dan dia lantas mengecilkan anak matanya apabila silau dengan cahaya lampu pada siling.
Jihyo terus bangun. Dia melihat sekelilingnya. Dia sedar, dia ada di hospital. Dia teringat dengan apa yang dia lalui sebentar tadi
Ciuman Sehun masih terasa hangat dibibirnya. Adakah itu hanya mimpi atau sekadar realiti?
'Kalau itu benar bermakna Sehun--"
Jihyo teringatkan semula Sehun.
"Sehun! "
Segera dia angkat dan mencabut segala benda yang melekat ditubuhnya dengan kuat. Tubuhnya masih lemah namun Jihyo tekad untuk menjumpai Sehun.
Dia melihat katil yang bersebelahannya. Dia mengenali susuk tubuh yang dia kesan. Segera Jihyo menghampiri katil tersebut.
Tapi kenapa tubuhnya ditutup kain?
Jihyo laju sahaja membuka kain tersebut dan tersentak melihat Sehun baring sambil matanya tertutup rapat.
"Sehun... Sehun... " rintih Jihyo.
Dia mencium kening Sehun dan dia merenung muka Sehun sebentar.
Dia mula menyayangi Sehun dan kini dia perlu menerima hakikat Sehun telah pergi.
"If you love him, do something. " sapa suara yang Jihyo kenal. 'Eomma.' Suara milik eommanya menerpa di telinga Jihyo meskipun tiada susuk tubuh ibunya disana.
Kini, Jihyo bingung. Apa dia harus lakukan agar Sehun kembali semula?
Jihyo menutup matanya erat.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Last Gumiho [OSH X SJH]
Romance"Awak siapa sebenarnya?? " Fantasy ff. Song Jihyo x Oh Sehun. Nonsense story line but worth to read it. "I won't let you go for the rest of my life. " /////////////////////////// [Reedit] "Pure flowers aren't mine, yet it's dangerous to be touched...
![The Last Gumiho [OSH X SJH]](https://img.wattpad.com/cover/236743160-64-k382403.jpg)