part 12

222 28 1
                                        


Sebaik sahaja Jihyo tiba di kelasnya dia mengemaskan semua buku bukunya lalu disimpan dalam begnya. Sekali sekala dia menyeka air mata yang laju sahaja mengalir. Jihyo sedaya upaya menahan air matanya turun namun dia tumpas. Dia terus menangis kuat dan berpeluk tubuh. Dia semakin yakin Sehun hanya sekadar bermulut manis dan tidak mempunyai apa apa perasaan terhadap Jihyo.

Tiba tiba, suasana kelas yang tadinya cerah, terus bertukar agak gelap. Jihyo pun hairan. Kemudian hadirkan seorang lelaki berpakaian suit hitam dari entah mana yang kelihatan segak menuju kearah Jihyo.

"My darling, why are you crying? " sapa lelaki tersebut.

Jihyo terkejut mendengar teguran dari lelaki yang tidak dia kenali. Laju dia menyeka air matanya.

Lantas Jihyo angkat.

"A... Awak siapa??" Kata Jihyo ketakutan. Lihat sahaja bajunya sudah tahu lelaki misteri tersebut bukan pelajar dari sekolah tersebut.

"You will know me someday, darling. Awak cantik, jadi betullah apa yang saya jangkakan. " kata lelaki tersebut menghampiri Jihyo. Jihyo pula semakin mengundurkan dirinya.

"Awak penceroboh! Berani awak kesini. " marah Jihyo dengan nada kecil.

Lelaki tersebut sekadar tersenyum nipis lalu mengelus pipi Jihyo lembut.

"I'll make you mine one day. Just wait for me. " bisik lelaki tersebut.

"Geosjimal hajima! Pergi sekarang atau aku jerit nanti!" ugut Jihyo. Sebenarnya dia agak takut dengan lelaki dihadapannya. Kelihatan taringnya terpapar dengan telinganya yang ditebuk dan digantungkan anting warna hitam. Kulitnya juga berwarna putih pucat.

Akhirnya baru Jihyo sedar lelaki dihadapannya ialah



Vampire!

Mata Jihyo terbuka luas apabila lelaki tersebut menghidu lehernya sambil anak matanya mengembang. Jihyo sedaya upaya menolak pergi tubuh kuat lelaki tersebut namun dia tidak berdaya.

"Well, this is  for you, pretty." lelaki misteri itu menghulurkan bunga rose  namun Jihyo langsung tidak menegur bunga didepan mata. Dia hanya sekadar memerhatikan sahaja bunga kosong. Lelaki itu sekadar senyum sinis.

"Kalau tak nak, takpe. "

Lelaki tersebut menjatuhkan bunga tersebut atas lantai.

"Soon, Jihyo... Soon... " bisik lelaki tersebut lalu menghilang.

Jihyo pula lemah lututnya dan tersungkur atas lantai.

"Ma... Macam mana dia tahu nama saya?? " Kata jihyo kecil. Dengan segala kudrat yang ada, dia bangkit lalu tangannya laju sahaja mengemas barangnya dan menelefon ayahnya agar mengambilnya pulang.

Dengan tergesa gesa, Jihyo berlari dan tidak peduli dengan sesiapa lagi. Air matanya juga mengalir laju namun Jihyo cuba bertabah dan bertahan.

Akhirnya tidak sampai 2 minit, kereta milik ayahnya laju sahaja tiba di depan Jihyo. Appa Jihyo pun mendapatkan anaknya yang berlari kearahnya. Mata tuanya jelas kelihatan risau. Tentu ada yang tidak kena dengan anaknya.

"Hyo... Hyo okey tak nie? " kata appanya lalu menyeka air mata anaknya.

Jihyo mengangkat kepalanya.

"Hyo masih okey.. Cuma Hyo tak berapa sihatlah appa.. Balik nanti Hyo ceritakan. Cepat appa, cepat pergi sebelum Hyo kena tahan. " kata Jihyo mendesak appanya.

Appanya yang sepertinya sudah faham, segera membuka pintu untuk anaknya dan kereta mereka laju sahaja berjalan.

Sehun pov

The Last Gumiho [OSH X SJH]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang