part 1

443 37 4
                                        

"Kalau hari esok kau dah mula buka hati, kau nak hidup dengan siapa, Jihyo? "

Tiada angin tiada ribut, pertanyaan dari lelaki dihadapan Jihyo sekarang cukup membuatnya tersedak sewaktu menikmati coffee. Mana taknya, pertanyaan secara mendadak membuatkan Jihyo tidak percaya apabila mendengar kata kata yang baru sahaja keluar dari mulut lelaki itu. Mata bundar Jihyo terkebil kebil memandang 'manusia' dihadapannya lalu segera  dia mengalihkan pandangan.

Jihyo terdiam. Kemudian menundukkan kepalanya perlahan.

"Emm... Tak tahu... "

Kemudian, Jihyo mengangkat semula kepalanya untuk bertembung mata dengan lelaki dihadapannya. Dia pun mengukirkan senyuman.

"Kalau kau nak tahu, aku tak mudah jatuh cinta dekat orang. Sebab aku takut, aku yang disakiti. Lagipun, aku siapa nak kacau hidup macam korang, aku sekadar manusia biasa. Takda werewolf nak pandang aku. Masing masing ada mate sendiri. So, apa apa pun yang bakal terjadi, biarlah rahsia. "

Oh Sehun pun kembali meneguk coffee americano dihadapannya sehingga habis. Dia pun smirk.

"Dahtu, macam mana kau boleh tersekat kat sini? Tak rasa asing ke kau sorang je manusia kat sini? Dunia kami ni berbeza Jihyo, bila bila masa nyawa terancam. Even kami werewolf sendiri tak dapat jaga diri sendiri kalau dah cuai. Apatah lagi manusia lemah macam kau. Hampir setiap hari keluar berita golongan manusia yang tinggal di kawasan werewolf nie, ditemui tercedera teruk. Walaupun dah tahu werewolf tak boleh serang manusia. Hingga aku pun boleh naik muak dengar berita sama setiap hari. Kau tak kisah ke Jihyo nyawa dalam bahaya? " Sehun segera mendekatkan dirinya kearah Jihyo lalu menyandarkan lengannya atas meja sambil menopang dagunya.

Jihyo mengetatkan pegangan tangannya pada baju putihnya. Seolah olah menahan kecaman dari Sehun.

"Aku tak kisah. " jawab Jihyo singkat.

"Bahkan waktu  sekarang pun aku boleh serang kau, kau pun tak kisah? Aku yakin kau tak dapat sikitpun pertahankan diri kau tu-"

Jihyo mengetap giginya. Kata kata Sehun tadi seolah olah menyindir Jihyo. Telinga Jihyo terasa bahang panas. Dia pun berdiri. Dengan pantas dia memotong ayat Sehun.

"Kejap, Oh Sehun. Kau tak rasa melampau sangat ke bila bercakap tu? Aku tahulah nak buat macam mana hidup aku. Kalau dah ditakdirkan hidup aku macam mana, terserahlah. Kau siapa nak sindir aku?? Mentang mentang kau tu Alpha. Ingat hebat sangat ke? Kau sengaja je kan bazir masa aku?  "

Jihyo segera melepaskan segala kemarahannya kearah Sehun setelah lama bertahan. Akhirnya Jihyo mengambil langkah besar untuk beredar dari Sehun. Hatinya masih lagi panas mendengar kata kata sindiran dari Sehun.

'Kalau aku tahu dia ajak aku minum semata mata nak sindir aku, patutnya aku mereput jelah dalam rumah tadi!' dengus Jihyo dalam hati.

Dia sempat meninjau langit yang kebiruan sudahpun sedikit gelap, menampakkan bulan terang mengambang. Jihyo pun mengeluh risau

"Tak pasal pasal aku balik rumah lambat. "

Walaupun Jihyo terperangkap dalam  dunia werewolf , namun masih ada sedikit populasi manusia yang masih wujud di dunia werewolf. Akan tetapi, mengejutkan,  Jihyo adalah satu satunya manusia yang masih berdarah muda dan masih berusia 17 tahun. Manusia yang lain kebanyakkan sudah berusia dan tidak dapat menambah lagi populasi manusia di dunia werewolf.

Setiap kali Jihyo berjalan melalui jalan raya, hujung matanya selalu menangkap pandangan mengancam dari werewolf lain yang kebetulan lalu lalang di sekitarnya. Jihyo segera mempercepatkan langkahnya dan secera perlahan langkah kakinya segera berlari. Pada pendengarannya dia dapat mendengar beberapa pendapat dari mereka.

"Dia tak tahu ke tepat jam 7 malam manusia tidak dibenarkan lagi merayau rayau? " kata seorang yeoja werewolf.

"Entah, dah nasib manusia tak sempat keluar. Alamatnya terperangkap sampai bila bila lah kat sini. Malas dah aku nak dengar lagi berita baru esok keluar-------"

Perlahan lahan suara mereka menjauh dari pendengaran aku. Jantung aku berdegup resah. Risau kalau terserempak dengan werewolf liar.

Jihyo mempercepatkan lagi langkahnya sambil matanya mengelak pandangan dari werewolf yang sudah memandangnya. Jihyo meneguk air liurnya.

'Janganlah serang aku. Tak lama lagi nak sampai, bertahan lah. '

Perlahan lahan beberapa werewolf mendekati Jihyo dari belakang sambil tersengih.

"L, aku nak kau sambar dia cepat cepat. Jangan biar dia terlepas. Cantik manusia tu. " bisik Hoya sambil menjilat bibir.

Jihyo mula berasa seram sejuk apabila menyedari werewolf namja dibelakangnya mengikut perlahan. Jihyo tidak berani menoleh kebelakang.

Akhirnya, rumahnya berada sedikit lagi depan mata. Jihyo segera berlari lebih laju dengan harapan werewolf dibelakangnya sudah beredar menandangkan tiada lagi bunyi dibelakangnya.

"Woi. " tegur satu suara garau dari belakang.

Infinite yang ingin mendapatkan Jihyo dari belakang tidak kesampaian niat mereka lalu mengerutu tajam.

"Shit! Jantan mana ni kacau mood aku tengah berburu nie?! "tengking L sebelum berpaling ke belakang. Apabila menyedari werewolf berpangkat Alpha memandangnya tajam, L segera menundukkan kepalanya dan meminta maaf.

Sehun yang bercekak pinggang menghampiri mereka dengan pandangan tajamnya. Dia segera mencengkam leher L kuat dan kaki L mula berjauhan dari atas tanah.

"Listen here. Aku benci kalau ada orang menyumpah kat depan aku. Second, jangan korang berani ancam kehidupan manusia dekat sini lagi. Kalau aku dengar berita korang buat hal lagi, aku bunuh korang hidup hidup. Faham?!" bentak Sehun. L hampir kehilangan nafasnya akibat cengkaman kuat Sehun segera menepuk tangan Sehun untuk dilepaskan.

Sehun pun smirk lalu melepaskan L yang sudah terbaring atas jalan sambil mengambil nafas besar.

Infinite yang lain turut ketakutan dengan tindakan Sehun. Nyaris nyaris lagi nyawa kawan mereka tercabut.

Sehun mula menaiki Ferarinya lalu mengukir senyuman smirk. Dia masih mengingati kejadian sebentar tadi.

"Jihyo, Jihyo.. Sebenarnya kau siapa? " monolog Sehun sendiri.

Flashback

Sehun hanya memandang selamba melihat Jihyo berjalan pergi. Matanya melirik kearah coffee Jihyo yang masih ada lalu segera tangannya menyambar ke arah cawan tersebut.Sehun segera meneguk sedikit minuman Jihyo. Kemudian, anak matanya sedikit mengembang dan mula menghabiskan coffee milik Jihyo sehingga tiada setitis air pun tinggal.Matanya perlahan lahan bertukar warna biru gelap dan menghidu semula coffee tersebut.

"Arrhh.... Wanginya.... " kata Sehun halus.

"Aneh... Tak de bau coffee sikit pun. Bau vanilla. Wangi. " Sehun sepertinya sudah ketagih dengan bau vanilla yang agak kuat dari dalam coffee tersebut. Dia menutupkan matanya dan menikmati bau wangi vanilla tersebut.

Kemudian, dia terfikirkan keselamatan Jihyo memandangkan malam mula menjelma. Dia segera menjejak Jihyo sehinggalah memberi ajaran maut kearah sekumpulan werewolf yang menghampiri Jihyo.

Namun sedikit demi sedikit, kehairanan mula menjalar di hati Sehun. Jihyo seorang manusia, macam mana dia boleh mengeluarkan bau wangi sedangkan Sehun tadi tidak menghidu apa apa bau dari tubuh Jihyo. Nampak gaya Jihyo memang seorang manusia biasa.

Mungkin disebabkan dia belum bertemu matenya, yang seharusnya werewolf dia masih keliru bagaimana rupa bau mate dia nanti.





















To be continued......

The Last Gumiho [OSH X SJH]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang