Sorry for the late update 😥
Please keep on support ya....
//////////////////////////////////
Sejak kejadian yang berlaku pada Jihyo dan Sehun tempoh hari, dunia werewolf gempar dengan berita kematian Alpha mereka, Blue Knight.
Namun, kesedihan itu hanyalah sementara apabila mereka menerima berita bahawa kematian Alpha Sehun dikhabarkan hanya lah palsu. Tapi hakikatnya, itu hanya lah bagi menutup hal sebenar yang berlaku hanya Jihyo dan Sehun sahaja tahu.
Selepas 2 hari terlantar di hospital, akhirnya mereka berdua boleh keluar.
Dan sejak kejadian itu berlaku, hubungan Jihyo dan Sehun semakin rapat, lebih dari sekadar kawan. Bagaikan pasangan lain yang, jatuh cinta...
****
"Eh, Sehun! Awal awak datang hari nie!" tegur Chanyeol yang baru tiba di kelas diikuti Baekhyun dibelakangnya. Mana tak awalnya? Ini kali pertama Sehun tiba awal di kelas, 30 minit awal dari biasa!
Sehun tersenyum malu hanya berdiam diri dan merenung ke luar tingkap.
Ya... Dia sudahpun menyediakan sesuatu yang bakal berharga dalam hidupnya.
Melihat Sehun yang tersenyum, terus Chanyeol dan Baekhyun berpandangan sesama sendiri lalu turut tersenyum meleret . Masing masing faham kenapa.
"Oooh... Dah official dapat awek tak nak bagitahu?? Tahulah dapat girlfriend cantik dah taknak kawan dengan kita orang! Nak rapat dengan Jihyo pun takleh." ejek Chanyeol, lebih kepada menyindir.
Sehun pun smirk lalu memberi pandangan mata tajam. Pantang lelaki menunjuk minat terhadap perempuannya, walaupun hanya sekadar memuji Jihyo cantik. Kawan sendiri pun tak boleh! Lokek punya Sehun 😑
"Bagi korang sentuh habuk dia pun memang taklah aku bagi! She's mine. Got it? " saja Sehun tekan dengan kuat ayatnya tadi lalu berpeluk tubuh. Ya... Dia tahu kawannya bergurau sahaja, tapi dah nama Sehun nie Alpha possessive nak buat macam mana. Sensitif!
Sehun pun memandang luar tingkap. Gotcha! Jihyo baru sahaja menapak masuk ke sekolah dengan langkahnya yang ringan. Automatik Sehun tersenyum bahagia melihat Jihyo yang kelihatan cantik hari ini, rambutnya yang panjang ikal dengan senyumannya yang membuat Sehun terikat dengan dia. Tiba tiba, terus mati senyuman Sehun dan muka nya terus tegang. Ha.... Dah mulalah dia
"Girl... You make me crazy... " gumam Sehun lalu bangkit dari tempat duduknya, ingin mendapatkan girlfriendnya. Hatinya panas melihat adegan depan matanya nya tadi
"Hell..! Budak tu tak tahu ke Jihyo aku seorang punya! Shit! " carut Sehun lalu berjalan pantas sekali melanggar pelajar di sisinya.
Suasana Jihyo
Sedang Jihyo berjalan masuk ke sekolah, dia mendapat pandangan luar biasa dari seorang pelajar lelaki yang tidak dikenali. Dek kerana Jihyo bertentang mata dengan lelaki itu, dia kekok kerana pandangan lelaki itu seolah olah ingin menerkamnya. Cepat cepat Jihyo senyum kekok dan berjalan laju.
Tanpa dia sedar, lelaki tadi mengikutinya dari belakang.
Jihyo mula berasa tidak selesa apabila lelaki tadi masih mengikutinya tanpa petanda akan berhenti.
Jihyo terkejut kecil apabila lelaki tadi merentap pergelangan tangan Jihyo lembut.
Jihyo berpaling ke belakang.
"Hi... Nu... Nuna.." panggil lelaki tadi sambil tertunduk malu malu.
"Ya... Ada apa..? Perlukan bantuan ke? " kata Jihyo tenang. Mungkin dia tidak berniat buruk kot. Lagipun dia lagi muda dari aku, dia macam adik kot, fikir Jihyo
Pelajar tadi masih berdiam diri, memikirkan apa yang dia harus katakan.
Masing masing berdiam diri manakala Jihyo masih menunggu lelaki tadi bersuara.
"Er.... Awak..? Ada apa nak tanya, tanya lah. " kata Jihyo, apabila lelaki itu masih berdiam diri sambil memandang lantai
"Er.. Er.. Er... " kata lelaki itu tergagap.
"Kenapa? " soal Jihyo hairan.
"Noona saya suka awak! " jerit lelaki itu lantang. Jihyo terus tersentak dengan luahan lelaki tadi. Terus dia berasa serba salah.
Apa dia patut balas? Sepatutnya seisi sekolah sudah tahu yang Jihyo dan Sehun officially bersama namun...?
Ramai pelajar lelaki terutamanya yang belum berpunya menaruh perasaan terhadap Jihyo, gumiho.
Pelajar disekeliling mereka mula bergosip dan memberi tumpuan terhadap perkara yang live dihadapan mata.
"Matilah dia! Dia bodoh ke apa nak rembat girlfriend Alpha? Tak takut ke kena belasah? " bisik pelajar perempuan kepada rakannya.
Macam macam yang boleh didengari Jihyo dan dia tidak ingin perkara yang berlaku ini dibesar besarkan.
"Emm.. Saya hargai apa yang awak cuba cakap tapi awak kan tahu-"
"Noona! Saya tahu awak dimiliki Sehun tapi itu bukan bermaksud awak sudah ditanda dia. Tolong terima saya, noona! Paling kurang pun, terimalah coklat nie! Saya rasa saya jatuh cinta dengan awak!" lelaki tadi lalu menundukkan tubuhnya dan menghulurkan coklat ditangannya.
"Tak payah nak ngorat perempuan aku, budak!" tegur suara garau lalu mendekati Jihyo dan memeluk pinggang ramping Jihyo.
Matanya tajam bak helang memerhati pelajar lelaki dihadapannya. Berani nya nak pikat Jihyo dia!
"Su.. Sunbae... " kata lelaki tadi ketakutan.
"Pergi dari sini sebelum kau mati aku kerjakan!" tempelak Sehun. Sungguh dia tidak suka melihat adegan ini depan matanya. Mereka nie pekak ke line slow ke apa tak tahu yang dia dan Jihyo sudah bercouple? Tak, tak boleh jadi nie! Sehun perlu bertindak sesuatu.
Jihyo masih berdiam diri dengan kejadian tadi. Sungguh dia tidak sangka tindakan lelaki tadi berani meluahkan perasaannya walaupun tahu dia akan ditolak.
"Why so quiet girl? Awak happy ke terima luahan macam nie? " soal Sehun tegang sambil menatap wajah Jihyo.
Jihyo pun membuat muka blur.
"Sekali lagi i tanya. You suka ke orang confess nie? " tanya Sehun sambil menekup pipi Jihyo.
Jihyo pun menampar tangan Sehun
"A-apa nie..? Saya tak cakap saya suka. Satu lagi, sejak bila awak dah pandai ber'i - you' nie? " kata Jihyo lalu menepis tangan Sehun dan berjalan pergi.
Sehun tersengih puas mendengar jawapan Jihyo. Tentu sahaja Jihyo tidak akan meninggalkan Sehun, dan memikirkan hal itu, Sehun tertawa bahagia lalu mengejar Jihyo yang sudah jauh berjalan pergi.
"Sayang... Tunggu oppa! " jerit Sehun.
"Huh?! Wuerrkk.. " Jihyo merasa jengkel dengan ayat Sehun tadi lalu berlari ke kelas. Sebenarnya, dia lari kerana dia blushing, habis merah mukanya malu mendengar ayat geli Sehun tadi.
Sehun meletus ketawanya dan memegang perutnya yang sakit kerana ketawa. Bukan dia tidak tahu, ketara sangat Jihyo blushing sehingga telinganya merah padam.
"Haihh... Comel nya.." gumam Sehun perlahan.
Dia pun memerhatikan sekelilingnya.
Ramai pelajar perempuan fangirling dengan dirinya.
"Kyaaa... Handsomenya Sehun oppa! " jerit mereka.
"Apa pandang pandang?! Dah pergi jauh jauh. " terus Sehun berubah tegas.
'haih... Jihyo jihyo.. Kau patut tahu yang aku suka kau sorang je sampai tak pandang perempuan lain. Aku perlukan kau je, tak lebih. ' Sehun pun tersenyum kecil sambil masuk ke kelas.
Hmmm... Berapa kali Sehun nak gila nie, asyik senyum sorang sorang? 😅
To be continued...
ANDA SEDANG MEMBACA
The Last Gumiho [OSH X SJH]
Romance"Awak siapa sebenarnya?? " Fantasy ff. Song Jihyo x Oh Sehun. Nonsense story line but worth to read it. "I won't let you go for the rest of my life. " /////////////////////////// [Reedit] "Pure flowers aren't mine, yet it's dangerous to be touched...
![The Last Gumiho [OSH X SJH]](https://img.wattpad.com/cover/236743160-64-k382403.jpg)