"You're part of me. "
___________________________
Tit - tit - tit
Tiiiittttttttt......
"Cepat! Cepat sikit!! "
Doktor doktor sedaya upaya menyelamatkan nyawa Sehun yang bagaikan telur di hujung tanduk. Bila bila masa sahaja nyawanya boleh pergi.
Exo yang lain berasa terkilan dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa nyawa Sehun dan Jihyo dalam bahaya.
Tubuh Sehun segera dibalut berpuluh puluh pakaian tebal demi meningkatkan semula suhu tubuhnya namun tiada apa apa perubahan berlaku. Nafas Sehun juga turut tidak dikesan.
"Doktor!! Cepat buatkan Sehun hidup semula!! " kata Chanyeol dengan kasar sambil meramas kolar baju doktor tersebut. Air matanya kasar sahaja turun. Dia tidak sanggup kehilangan sahabat yang dia sayangi.
"Canyeol, Chanyeol, sabar.. Kami pun faham apa awak rasa.. Kami pun sedih tapi buat masa sekarang biar doktor laksanakan tugas mereka. " kata DO cuba menenangkan Chanyeol. Semua mereka turut berlinangan air mata. Mereka juga bertambah sedih melihat keadaan Jihyo turut juga pengsan, kaku tidak bergerak.
"Tolong keluar sebentar, tuan. Kami perlukan ruang privasi untuk melakukan kerja kami. Jangan risau kami akan cuba sedaya upaya kami untuk menyelamatkan nyawa kawan tuan tuan semua. " kata seorang jururawat lalu menyuruh mereka keluar dari bilik Icu. Masing masing mereka mundar mandir dan tiada seorang pun berbicara. Semua sibuk melayan hati masing masing berharap agar kedua dua nyawa lover tersebut selamat. Tidak dikecualikan, pelajar sekelas dan guru pembimbing turut menemani mereka.
- - - - - - - - - - - - - - - -
[part nie perlukan imaginasi]
"Kalau hari esok kau dah mula buka hati, kau nak hidup dengan siapa, Jihyo? "
Suasana tempat tadi yang asalnya caffe, terus bertukar. Jihyo sedar dia tengah memakai baju uniform dan dihadapannya sekarang ialah Sehun.
"Jangan risau Jihyo. Aku selama lamanya milik kau. " Sehun tersenyum.
Bayangan Sehun memimpin tangan Jihyo, menarik Jihyo agar mengikutinya ke sebuah taman rahsia yang Jihyo kenal. Jihyo berasa hairan. Macam mana dia tahu tempat nie?
Sehun kembali memandang Jihyo.
"Aku nak hidup dengan kau sampai bila bila dan aku terima kenyataan kau siapa. "
Pandangan mata Jihyo terus gelap dan dia membuka semula matanya apabila angin lembut menyapanya. Sedar sedar sahaja, waktu tersebut menjadi malam. Terdapat pelukan dari belakang.
"Suatu hari nanti, aku akan claim kau jadi mate aku, Jihyo. " Sehun menatap mata Jihyo sedalam dalamnya. Jihyo pula ingin memeluk Sehun namun tubuhnya ditolak.
Buat kali keberapa, dia bertukar lagi tempat dan dia sedang berada di laluan koridor. Semakin dia berjalan ke belakang, dia mendengar dua orang pelajar yang sedang bergaduh antara satu sama lain.
Dia kenal suara itu. Jihyo berdiri tepat dihadapan mereka sambil air matanya mengalir.
"Okey cool!! Aku taknak kisah pasal kau nanti!! Biarlah mereka tu letak tangan atas badan kau tu!! So fuck up like there's no tommorow!! " jerit Sehun marah. Jihyo yang terasa membahang telinganya, terus menampar pipi Sehun kuat. Sehun pula wajahnya mula kaku dan berhenti seketika. Tidak sangka perempuan dihadapannya menamparnya.
Sehun yang marah teramat menekan badan Jihyo pada dinding dengan kasar.
"Kau tak guna!! Berani kau tampar aku ye?! Selama nie tak pernah ada orang tampar aku! " marah Sehun.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Last Gumiho [OSH X SJH]
Romantik"Awak siapa sebenarnya?? " Fantasy ff. Song Jihyo x Oh Sehun. Nonsense story line but worth to read it. "I won't let you go for the rest of my life. " /////////////////////////// [Reedit] "Pure flowers aren't mine, yet it's dangerous to be touched...
![The Last Gumiho [OSH X SJH]](https://img.wattpad.com/cover/236743160-64-k382403.jpg)