Sehun kini memandang wajah gadis dihadapannya dengan renungan tajam.
Gadis itu pula hanya berdiam diri. Malas ingin melayan Alpha dihadapannya.
Suasana kelihatan hening.
Sehun pun berdehem sebelum memulakan perbualan.
"Kau nie siapa sebenarnya, perempuan? " soal Sehun. Langsung tiada kedengaran ramah suaranya. Dingin sahaja.
Jihyo pula malas membuka mulut lalu terus sahaja mengeluarkan ekornya
Anak mata Sehun terus bertukar merah. Segera dia menggenggam erat kepalan tangannya. Kalau diikutkan, dia sudah bersedia meragut nyawa gumiho dihadapannya. Yet you can't do it.
"Aku benci tengok kau. Aku tak suka pandangan mata kau bila tatap wajah aku. Entah kenapa aku kurung kau kat sini. Ah ya! Aku bagi kau sengsara kat sini dulu sebelum aku cabut nyawa kau tu. Tch! " sindir Sehun. Jihyo pula hanya tersenyum sinis.
"Huh! Aku pun benci tengok muka kau tu. Kalau bencikan aku kenapa tak bunuh aku je sekarang? Bunuh jelah! Alang alang dah depan mata kan, nanti aku lari macam mana? Tak ke kau yang kecewa?" sindir Jihyo pula
Sehun pula terasa panas hatinya. Tidak sangka gadis dihadapannya itu berani mencabar dirinya. Tangannya diketap kuat dan akibat perasaannya yang marah, dengan segera dia menumbuk meja yang panjang yang menjadi pemisah antara mereka berdua sehingga rosak.
Jihyo hanya diam memerhati. Kan dah cakap... Dia malas dengan semua nie.
"Aku tengah tahan sabar sekarang nie! Aku nak sangat bunuh kau tapi..!-"
"Tapi apa?! Kau tak sanggup kan?! Sama macam kali pertama kau cuba nak bunuh aku, tapi kau tak dapat. Kali kedua pun..
Hfmmm... Belum lagi. I'm still alive and now I'm here! Kenapa? " balas Jihyo. Dalam diam, dia rasa sakit hati seolah olah dia bagaikan tidak diingini semua orang. Sampai bila dia kena hidup dalam keperitan?
Sehun segera mencengkam bahu Jihyo kasar dan dihempaskan badannya pada dinding kasar. Jihyo mengerang sakit dan cuba mengelak Sehun. Sehun menatap mata Jihyo tajam.
"Pandang aku! Pandang aku dan dengar sini! Jangan sesekali cabar aku atau aku betul betul bunuh kau dekat sini! " tempelak Sehun. Jihyo pula terkejut dengan tengkingan lelaki dihadapannya.
Segera dia mencapai pedang di pinggang Sehun lalu menampakkan pedang didepan mata Sehun.
"Yakah?? Buat lah sekarang! Buatlah! Aku nak tengok seberapa banyak hebat kau nie! Ambillah!" Jihyo menghulurkan pedang didepan Sehun.
Sehun tersentak melihat gadis dihadapannya. Air mata Jihyo laju mengalir dan dia berasa sebak.
Hati Sehun segera disapa sesuatu yang halus. Perasaannya yang marah tadi mula perlahan menghilang. Riak wajah Sehun terus berubah. Sehun menarik pedang dari tangan Jihyo dan dilemparkannya ke tepi dengan kasar.
Clang!
"Kenapa tak nak? Kerja ni patutnya mudah ke kan?! Kalau kau betul bencikan aku kenapa tak tamatkan hidup aku je kat sini?! " kata jihyo marah dan sedih.
Sehun mula meraup rambut dan wajahnya kasar. Dia berasa runsing dengan sesuatu yang menahan dirinya.
"Bukan dengan cara murah tu! Sebelum tu, kau akan tetap dikurung dekat sini. Waktu kau akan tiba. " kata Sehun lalu berlalu pergi.
Segera Jihyo dibawa ke bilik untuk dia menetap sementara. Dia melihat kosong biliknya. Tidak ubah seperti bangsal. Hanya ada jerami dan sebuah tilam nipis dan tingkap kecil yang tinggi sahaja ada.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Last Gumiho [OSH X SJH]
Romance"Awak siapa sebenarnya?? " Fantasy ff. Song Jihyo x Oh Sehun. Nonsense story line but worth to read it. "I won't let you go for the rest of my life. " /////////////////////////// [Reedit] "Pure flowers aren't mine, yet it's dangerous to be touched...
![The Last Gumiho [OSH X SJH]](https://img.wattpad.com/cover/236743160-64-k382403.jpg)