Saturday Club
Sehun rimas dengan bunyi bingit di sekelilingnya. Kalau bukan kerana kawannya menghantar urgent call, memang dia sudah berehat sahaja di rumah.
Beberapa perempuan mula menyentuh dia membuatkan Sehun naik angin.
"Jangan sentuh aku perempuan!" jerkah dia kuat. Beberapa gadis yang mengatal dengan dia tadi mula kepucatan muka mereka mendengar tengkingan dari mulut Sehun. Tahulah mereka, kini mereka buat hal dengan Alpha Blue Knight. Mereka pun dengan kalutnya melarikan diri. Dia tidak suka perempuan gedik yang selalu sahaja sedaya upaya memikat dia. Secara ringkasnya, dia tidak mudah jatuh cinta dengan sesiapa sahaja di sekelilingnya. Malah dia tidak ingin tahu siapa matenya kerana dia tidak kisah hidup membujang.
Akhirnya, dia terjumpa rakan karibnya, Kai yang sedang meneguk arak entah berapa botol sudah dibedal.
Kai pula sudah sedar dengan kehadiran Sehun segera menarik mukanya yang tersenyum sengih akibat sudah mabuk
"Yo, Sehun...! Meh join aku minum arak malam nie! " jerit Kai separuh sedar.
"Kau dah kenapa nie Kai?! " jerit Sehun apabila suaranya samar samar kedengaran akibat bunyi kelab malam yang bingit. Sungguh dia tidak suka dan takkan pernah memijakkan kakinya lagi kat sini.
"Weh Sehun! Aku ada hal nak bagitahu nie... " kata Kai yang sudah muram wajahnya.
Kai pun menangis dan merengek seolah olah mukanya yang matang tidak kena dengan sikapnya yang menangis macam budak budak.
Kai pun menceritakan luahannya kepada Sehun. Sehun apatah lagi hanya memutarkan biji bola matanya ke atas, malas nak dengar luahan Kai yang baginya mengarut.
Rupa rupanya Kai bersedih kerana dia baru sahaja berpisah dengan girlfriend dia dan bla bla bla..
Sehun sekadar dengar tak dengar sahaja bebelan Kai. Entah apa kena dengan kawan dia nie, kalau berpisah, berpisah jelah. Orang boleh ganti.
Sedar tidak sedar, Kai terus sahaja 'pengsan' sambil tangannya melepaskan cengkaman botol arak. Sehun mengeluh kasar.
"Huh..! Aku dah agak dah nie jadi. Apa nak jadilah kau nie Kai! Ingat aku nie kuli batak kau ke? Cis!"
Sehun segera menghubungi pembantunya dan memaklumkan pembantunya untuk datang mengambil Kai dan menghantarnya pulang.
Setelah Sehun selesai, dia terhidu bau yang harum. Segera dia mengangkatkan kepalanya dan memerhatikan sekeliling. Bunyi bingit yang kuat memenuhi ruang club tersebut mula samar samar kedengaran di telinga Sehun tatkala dia kaku dengan perkara yang terjadi kini.
"Bau apa nie..? " segera Sehun berjalan perlahan dan memerhatikan orang di sekelilingnya.
Entah kenapa, dia tertarik sangat dengan bau tersebut.
Tidak lama kemudian bau itu menghilang. Sehun mula tidak keruan.
'Mana bau tadi..? !" getus hati dia.
'Apa tu tadi?' fikir Sehun hairan. Tiba tiba Sehun teringat dia pernah menghidu bau itu sebelum ini.
Bau Vanilla.
Sehun segera melabuhkan tubuhnya atas katil. Penat dan mindanya masih runsing memikirkan bau yang dia hidu tadi.
Segera dia menggelengkan kepalanya.
"Tak, kenapa aku nie kisah sangat? !" marah Sehun. Dia penat dan dia ingin melepaskan lelahnya
****
"Oh Sehun... "
"saya sanggup korbankan satu untuk awak."
"Remember my eyes... "
Dia melihat bayangan seorang gadis yang agak kabur dihadapannya.
"I'll look for you once again, my love. "
Sebentuk cincin jatuh dalam genggaman tangannya dan pandangan terhadap gadis itu mula kabur apabila gadis itu semakin menjauh.
Sehun segera bangun dari tidurnya. Gara gara mimpi tadi tiba tiba sahaja dia bangun dari tidurnya yang awal tadi lena.
"Apa tu tadi..?" kata Sehun mamai dan runsing.
Dia melihat jam di sisinya.
Kebetulan sudah pukul 6 pagi, waktu untuk dia bersenam dan berjoging.
Lantas dia angkat dari tidurnya lalu menyelesaikan apa yang patut.
Dia pun mula berjoging di kawasan berdekatan.
Larian Sehun semakin laju tatkala mindanya tidak berhenti memikirkan mimpi malam tadi.
Semakin Sehun memikirkan mimpi itu, semakin laju dia berlari agar berharap fikirannya akan berubah. Namun tiada apa yang terjadi.
"Arghhhh!!! " teriak Sehun, menghilangkan rasa gusar yang melekat di hatinya.
To be continued...
YOU ARE READING
The Last Gumiho [OSH X SJH]
Romance"Awak siapa sebenarnya?? " Fantasy ff. Song Jihyo x Oh Sehun. Nonsense story line but worth to read it. "I won't let you go for the rest of my life. " /////////////////////////// [Reedit] "Pure flowers aren't mine, yet it's dangerous to be touched...