part 5

243 32 2
                                        


Now that you know Jihyo siapa, tajuk sebenar cerita ini ialah

                 🔽🔽🔽

'The Last Gumiho'










Sebelum suasana langit mula senja, Jihyo bergegas berlari menuju ke rumah. Nasib baik Jinyoung sanggup menemani Jihyo dan menghantarnya sampai dekat kawasan rumah Jihyo.

"Eomma, Jihyo dah balik.... " kata Jihyo lemah.

Jisoo, eomma Jihyo segera menuju ke arah Jihyo lalu menarik lengan Jihyo dan membawanya ke sofa.

"Kenapa Jihyo nampak lemah semacam nie? Sekolah baru tak best ke? Ada lagi mereka buat hal? " soal eomma Jihyo risau. Risau kalau anaknya diapa apakan.

Jihyo hanya terdiam.

"Eomma.. " kata Jihyo sepatah.

"Mmhmm? "

"Masuk akal tak, kalau gumiho jatuh cinta dekat werewolf? " soal Jihyo. Serta merta suasana menjadi hening seketika.

"Jihyo, apa maksud Jihyo nie?? Kalau dah tu takdir kita, nak buat macam mana? Tapi, eomma mohon tolong jaga diri. Jangan jatuh cinta dekat werewolf luar sana. Kita tak tahu apa niat mereka dekat kita. Biar mereka hidup dalam suasana mereka sendiri, aman memikirkan kita dah pupus. Okey?"

Eomma Jihyo berasa mula risau dengan anaknya yang tiba tiba menyoal soalan yang mengejut. Risau kalau anaknya terjebak dalam dunia werewolf.

'Macam mana dengan nasib anak aku nanti? Dia nak berjodoh dengan siapa lagi? Manusia dekat sini dah semakin berkurang, tambah lagi Jihyo masih muda. '

Hati ibu Jihyo semakin risau. Dia termenung jauh sambil mengelus rambut anaknya. Jihyo yang sedar ibunya diam mula memandang wajah muda ibunya.

"Eomma? Eomma fikir apa tu? " tegur Jihyo

"Ah, takde apa apa lah. Nie, Jihyo pergi mandi dulu nanti eomma panggil. Appa masih kat luar sana. "

Tidak lama kemudian, appa Jihyo datang membawa seekor kambing hidup hidup. Jihyo pun terus tersenyum riang melihat daging dihadapannya. Perutnya dari tadi lapar dan berkeroncong.

"Dah pergi mandi sana, busuk..!! " gurau appa Jihyo lalu ketawa.

Di mansion biru gelap, kelihatan Sehun duduk diatas kerusi tingginya sasa sambil memikirkan Jihyo.

Tidak lama kemudian, telefonnya berdering.

"Ya, Namjoon. Dah dapat maklumat apa yang aku nak,? " katanya dengan nada tegas.

Sehun terus tersengih smirk.

"Aku nak kau hantar maklumat tu sekarang. " kata Sehun lalu mematikan panggilan telefon.

Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya Namjoon datang membawa dokumen dan beberapa keping gambar.

Sehun berpuas hati dengan Namjoon. Apa yang dia minta, Namjoon akan melaksanakan arahan Sehun dengan pantas.

"Ni dia, Tuan Sehun. " kata Namjoon hormat lalu menundukkan kepalanya.

Sehun merampas kasar dokumen tersebut.

"Kalau takda apa apa penting, awak boleh beredar."

Namjoon pun menundukkan kepalanya lalu beredar meninggalkan Sehun di ruang besar bilik privatenya.

Sehun pun mula mengeluarkan kertas tersebut satu demi satu.

Dia meneliti setiap kertas tersebut dan dahinya berkerut.

The Last Gumiho [OSH X SJH]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang