Part 7

273 32 4
                                    

Setelah mereka selesai makan, mereka pun secara berkumpulan berjalan sambil ketawa dengan taletah masing masing kecuali Sehun. Sehun masih terdiam memikirkan Jihyo dari tadi. Tiba tiba hatinya berdetak kencang.

Suasana menjadi sedikit sepi apabila mereka mendengar bunyi teriakan dari seseorang perempuan yang amat familiar. Exo mula berhenti berjalan.

"Jangan sentuh aku jebal! " kata Jihyo merayu. Jinyoung pula tiada berdekatan lagilah Jihyo risau. Jihyo menyesal kerana tidak meminta Jinyoung untuk menemani dia ke tandas. Dia faham, Jinyoung sebagai ketua kelas ada banyak hal perlu diuruskan. Jadi dia berfikir dia berjalan sendiri tidak dipedulikan pelajar lain. Namun dia silap. Ada seseorang pelajar lelaki yang obses terhadapnya cuba untuk menarik tangan Jihyo.

"Sesiapa, tolong! " jerit Jihyo. Sehun segera mengecam suara tersebut dan berlari mendapatkan Jihyo. Rahangnya mengeras dan dia marah teramat. Dia menggenggam kedua dua tangannya kuat dan menumbuk lelaki dihadapannya kasar apabila lelaki tersebut cuba mencium bibir Jihyo. Pukulannya yang kuat menyebabkan pelajar lelaki tersebut tersungkur atas lantai dan mukanya penuh berdarah.

"Bangun!! Bangun!! " teriak Sehun sambil meramas kolar baju lelaki tersebut kasar. Jihyo ketakutan lalu menutup telinganya. Takut dengan sifat ganas Sehun.

Sehun mengugut lelaki tersebut dan menumbuk lelaki itu kuat di perutnya. Sehun pada ketika ini benar benar marah apabila perempuan yang dia sayang hampir disentuh lelaki lain. Exo yang baru tiba terkejut dengan sikap agresif Sehun terus sahaja menahan kedua belah tangan kuat Sehun bagi menghentikan Sehun dari menumbuk lelaki itu kuat. Silap silap boleh maut lelaki itu dikerjakan Sehun. Lelaki tersebut merayu agar dilepaskan sambil berlutut kearah Jihyo meminta maaf.

"Tolong maafkan saya. Saya janji takkan kacau awak lagi." rayu lelaki itu dengan tangisan. Risau dia diserang Sehun.

Jihyo berasa serba salah. Dia pun terus berubah riak wajahnya dan tersenyum kecil.

"Takpe. Saya maafkan awak. Cepat pergi sebelum Sehun mengamuk." Jihyo turut berlutut lalu menyentuh wajah lelaki tersebut dengan sayu. Ni pun salah dia juga, salah kerana menganggap lelaki dihadapannya seorang yang obsesif. Namun, lelaki itu hanya lah werewolf yang menaruh perasaan terhadap Jihyo.

Pada masa ini Jihyo teringin sekali merawat luka lelaki itu namun niatnya terhenti kerana dia tidak ingin mendedahkan personalitinya dihadapan werewolf.

Sehun kembali marah melihat Jihyo berlembut dengan lelaki yang baru sahaja menganggu dia tadi. Baru sahaja dia ingin mengumpul kekuatannya untuk melepaskan diri dari kawannya, lelaki itu sempat melarikan diri sebelum Sehun sempat melakukan apa apa terhadap dia. Sehun yang melihat Jihyo melepaskan lelaki itu pergi mengetap giginya kasar dan marah terhadap Jihyo. Jihyo menyedari Sehun yang marah menghampirinya.

"Sehun. Saya mohon awak. Semarah mana pun awak tolong jangan berkasar dengan mereka. " kata Jihyo. Sehun melepaskan tangannya dari genggaman Luhan dan Suho yang semakin melonggar. Sehun menarik nafas dalam sebelum menekup pipi Jihyo.

"Awak tak faham apa yang saya rasa, Jihyo. Saya paling tak suka orang ambil kesempatan dekat awak. Kenapa awak baik sangat nie?" kata Sehun berlembut. Dia memandang Exo yang sudah tersengih melihat adegan romantik depan mata.

"Kenapa berhenti nie? Teruskan berbual. Anggap je kami takde. " kata Chanyeol tersengih.

"Hyung. Tolong tinggalkan kami kejap. Saya perlukan privasi. " kata Sehun serius.

"Uuuuuu.. Tengok betapa serius uri maknae nie, huh?" ejek Suho lalu menepuk bahu Sehun sebelum pergi.

Akhirnya loceng berbunyi dan Jihyo melangkah pergi.
Namun tangannya diraih Sehun. Sehun mendekatkan dirinya kearah Jihyo dan mereka berdiri secara bertentangan.

The Last Gumiho [OSH X SJH]Where stories live. Discover now