part 30

92 17 2
                                    

"Tuan, esok kita akan naik pergi ke jet untuk pergi ke tapak binaan residen yang masih dalam pembinaan."

Sehun yang masih menghirup kopi panas pun mengeluh. Kerjanya tidak habis habis dan memenatkan beberapa hari ini. Ditambahlagi dengan kehadiran Jihyo, Sehun merasakan dirinya gila kerana mengambil tindakan tidak masuk akal untuk mengurung Jihyo dalam penthouse nya. Bagaimana mungkin seseorang menyimpan musuhnya di kediamannya sendiri?

"Tuan, Tuan dengar tak? " Taeyong menyapa Sehun yang termenung jauh itu dengan tangannya.

"Ya - ya. Kau cakap apa tadi?"

"Tuan, kemungkinan kita akan mengambil masa yang lama dekat sana nanti sebab klien kita ajak kita berbincang tentang jumlah pelaburan yang seterusnya nanti. Jadi,  waktu jadual yang telah saya susun semula nanti menunjukkan yang kita balik semula ke bandar ni nanti pukul 1 pagi. Tuan setuju ke? Kalau tak setuju, saya akan pindah semula tarikh meeting dengan klien kita nanti. " kata Taeyong panjang lebar. Dia tahu, Sehun kini agak penat dengan kerjanya tetapi kerja juga penting. Namun, kesihatan yang perlu diutamakan.

"Tak payah. Saya boleh handle ni. Taeyong, aku nak kau cancel lunch kita dengan klien kita haritu. Aku nak makan dan rehat kejap dekat bilik aku." kata Sehun.

Dari luar, kelihatan Song Jihyo mengintip perbualan mereka pada pintu. Dari awal sampai ke akhir, dia mendengar semua perbincangan mereka. Mujur sahaja tidak ramai pekerja Sehun lalu lalang ketika ini.

"Baik tuan. Saya pergi dulu. Saya masih ada urusan dekat pejabat sana. " Taeyong pun menunduk kepala hormat lalu berjalan ke pintu bilik pejabat peribadi Sehun.












Jihyo segera melarikan dirinya namun malangnya  kakinya terlanggar pada kaki meja disitu. Tanpa diduga, tindakannya tadi diperhati oleh Taeyong yang baru sahaja keluar dari bilik pejabat peribadi Sehun. Taeyong agak terkejut melihat seorang gadis di penthouse Sehun. Dia rasa dia macam pernah lihat gadis itu sebelum ini dan selama Taeyong menginjak kakinya di penthouse Sehun, dia tidak pernah melihat kewujudan gadis itu di sana. Dia percaya selama ini Sehun tidak pernah menyimpan mana mana perempuan di kediamannya.























"Awak- siapa? " tegur Taeyong lalu menghampiri Jihyo yang kaku.















"S-saya--"
Kata kata Jihyo tersekat. Bagaimana dia ingin menjawab? Takkanlah dia nak cakap yang dia orang tahanan? Takkanlah dia nak cakap dia kena culik Sehun sendiri?



















































"Ohh... Awak tentu girlfriend Tuan Sehun kan??" wajah Taeyong yang hairan tadi bertukar gembira.

"Hu-huh..? " Jihyo tidak menduga tentang kenyataan Taeyong tadi.














"Yes, dia girlfriend aku."

Sehun yang kebetulan keluar segera mencelah dari belakang. Naya dia kalau Jihyo jawab dengan sangat jujur. Mujurlah Taeyong sekadar mengagak Jihyo itu girlfriend Sehun.

"Kan, sayang? " dengan spontan Sehun merangkul pinggang Jihyo, dirapatkan Jihyo pada dirinya.

Jihyo memandang Sehun dengan pandangan meluat. Boleh pula Sehun ni selamba je berlakon dengan realistiknya?

Jihyo cuba melepaskan dirinya daripada pautan Sehun namun Sehun memperketatkan lagi pelukannya. Gila ke apa? Mereka berdua tu musuh, MUSUH. Tetapi mereka kini kelihatan rapat seolah olah sudah 10 tahun bersama.

The Last Gumiho [OSH X SJH]Where stories live. Discover now